Bab 16 Stress

53 9 0
                                    

Tiara kopek buah rambutan yang adiknya beli, lepas makan terus dia hadap rambutan pula.Orang cakap tak elok makan buah lepas makan nasi,tapi dia perduli apa. Maklumlah musim rambutan. Ishraf memang tahu dia suka rambutan, satu bakul budak ni angkut.Memang puaslah makan…Seronok juga ada adik yang selalu ingat kakak ni.

“Tiara,sudahlah dah banyak buah kamu makan tu,nanti sakit perut pula,”Kata Hajah Sakinah.Tiara cebik apa-apalah.

“Dik,nak tak?,”Tiara hulur buah rambutan yang sudah dikopek pada adiknya yang tengah buat kerja.. Dia ni di mana-mana pun boleh buat kerja,janji ada laptop saja.

“Nantilah kak,kenyang lagi ni,”Kata Ishraf masih mengetik kekunci laptopnya.

“Tiara,Esok free tak?,”Tanya Hajah Sakinah.

“Esok?..esok rasanya tak berapa sangat,Kenapa Nenda?,”

“Esok ikut Nenda,kita jumpa Datin Zira..Dia ada anak lelaki yang baru balik dari oversea-,”

“Ah terlupa,esok Tiara ada appointment,”Tiara memotong kata-kata Nendanya.

“Jangan nak mengada kamu ya,Esok kamu kena ikut..Nenda dah janji dengan Datin Zira,”Kata Nenda.

“Nenda ni, calon yang Nenda cari tu pun ada lagi tau,”

“Dah kamu tak suka semua calon-calon tu Nenda cari yang tiada dalam senarai,”kata Hajah Sakinah.Tiara cebik saja.

“Kamu tak adakah mana-mana lelaki yang kamu kenal?...Rakan universiti ka?.Takkan tak ada sesiapa yang pernah gayat kamu?,”..Cucunya ni bukan tak cantik,. Jika diikutkan, cucunya yang ni dia nampak lebih cantik dari cucu-cucu yang lain,bukan nak pilih kasih tapi itu kebenarannya..muka kacuk arab sebab arwah Mummy mereka keturunan arab turkey. Tapi kenapa yang ni tak berapa nak laku?. 

“Ada je yang pernah gayat, Tapi sekadar gayat sajalah..Tiara tak nak jenis yang main-main tanpa rancang masa depan,”Kata Tiara. Lagi satu sebab si stalker belakang dia ni asyik perhati setiap aktiviti yang dia buat. Nak keluar dengan lelaki pun tak boleh,tambahan lagi nak bercinta.

“Jadi bagaimana dengan pelanggan atau klien kamu?..,”

“Klien Tiara kebanyakan perempuanlah,kalau ada lelaki pun untuk teman isteri atau tunang mereka try baju,”Tiara senyum.Hajah Sakinah mengeluh.

“Takkan tak ada langsung?...Bunga yang kamu bawa balik hari tu dah tahu siapa bagi?,”Tanya Hajah Sakinah buat Tiara tersedak.Ishraf terhenti terus toleh pada kakaknya.

“Bunga?,”

“Nenda!,”Tiara geram.Kenapa mention depan Ishraf!.Punya dia nak sembunyi tak nak bagi Ishraf tahu.

“Apa?, Nenda nak tahu, Kamu cakap nak bagitahu pada Nenda jika dapat tahu siapa bagi...takkan tak tahu lagi siapa bagi?..punya cantik jambangan tu,”

Tiara diam resah,Nak cakap apa ni?

 “Akak!,bunga apa?!..siapa bagi?,”Tanya Ishraf.  

"Mana ada sesiapa bagi!,Akak beli sendiri lah!,"kata Tiara..Ya,alasan yang tak munasabah langsung.Sebab Ishraf tahu kakaknya memang takkan membazir duit beli benda yang tak berfaedah begitu.

"Akak!,"Ishraf beri amaran.

"Tak ada sesiapalah dik!,Jangan risau Akak boleh jaga diri sendiri,"Tiara tenangkan adiknya.Ishraf diam saja.. Susah nak percaya kata-kata kakaknya ni.

"Sudahlah,Apapun Tiara,pastikan kamu ikut Nenda esok,Nenda dah janji dengan Datin nak bawa kamu,"kata Hajah Sakinah.

"T-tapi,"

"Nenda janganlah paksa Akak kahwin,Kalau Akak tak kahwin tahun ni Nenda nak buat apa?,Nak buang Akak?,"tanya Ishraf.

"Ish,Taklah sampai nak buang cucu Nenda sendiri,"kata Hajah Sakinah.Tiara lega sedikit,sekurangnya dia tak kena buang keluarga.

"Tapi kalau Akak kamu tak kahwin tahun ni,Tahun depan Nenda terpaksalah kahwinkan dia dengan kawan Nenda,"kata Hajah Sakinah.Tiara tersentak.

"Kawan Nenda?..Siapa?,"Tiara rasa tak sedap hati.

"Kamu kenal dia...Dato Azkar,"

Tergamam Tiara dan Ishraf mendengarnya.

"Datuk Azkar?!..Duda tua anak 12 tu?!,"

Datuk Azkar dah 66 tahun kut!..Cucu pun dah ada,Anak-anak dia pun ada lagi tua darinya.

"Nenda!,Gila kenapa mesti orang tua tu?..Dia lagi tua dari Nenda tau tak,patutnya dia jadi suami Nenda bukan suami kakak,"Kata Ishraf.

"Ish kamu ni,Dah dia suka kakak kamu..Dato Azkar pernah nak masuk meminang kamu Tiara,tapi Nenda tolak sebab kesian kamu dapat suami tua nanti,Tapi Nenda bagi tempoh jika kamu tak kahwin juga tahun ni Nenda terimalah lamaran dia,"Kata Hajah Sakinah.Tiara terkedu..seriuslah..orang tua tunggu nak mampus tu ada hati nak masuk meminangnya?!.Gatal punya orang tua!

"Hahhhh!,Nenda janganlah buat Tiara macam ni..,"Tiara tak mahu..Tak sanggup kena panggil 'Mama' oleh anak yang tua darinya.

"Kalau tak nak,esok ikut Nenda faham,"Hajah Sakinah bangun dan beredar.Tiara lihat Nendanya beredar..kena kahwin dengan duda tua.

"Dikkkk!,"Tiara jerit.

"Akak bertenang,"

"Hotak kau bertenang, Nenda tak gertak konon...Hahh tak sukanya kena kahwin paksa ni,"Tiara merengek..Macam nak menangis saja sekarang ni,jangan sampai dia bunuh diri terjun kolam ikan koi sebab stress!.

*29 july 2021

OVERprotectiveWhere stories live. Discover now