Bab 55

69 5 0
                                    

"Akak,"

Tiara toleh bila dengar suara adiknya. Ishraf dekati kakaknya sambil membawa air. Diletak mug berisi koko panas itu di meja bulat luar jendela. Sejuknya suasana malam ni.

"Kenapa kamu bergerak?,You should rest Ishraf..Kamu masih tak baik lagi,"

"Saya ok kak, Dan hampir sebulanlah. Jangan risaukan Ishraf,"

Tiara senyum...Sebulan ya. Dah sebulan sejak dia berpisah dengan Wahyu. Terus terputus hubungan mereka. Wahyu block panggilan dan mesej darinya. Terasa juga dia bila diperlakukan begitu..Wahyu betul-betul tak nak jumpanya lagi.

"Akak,"

Tiara tersedar, Dia gosok matanya yang berair itu. Ishraf mengeluh. Sejak kakak dan lelaki tu berpisah, setiap hari dia lihat kakaknya termenung sendiri..kadang-kala dia lihat kakaknya menangis.

"Sudahlah kak, Nak teringatkan lelaki tu lagi kenapa?. He let you go then it's his loss.. Jangan ingatkan dia lagi,"

Geram jugalah sebab lelaki tu buat kakaknya menangis. Kau dah kejar kakak sampai Kakak jatuh cinta,lepas tu kau nak putus pula..geram rasanya.

"Susah Ishraf...Kakak dah mula sayang dia. Susah sangat nak lupakan seseorang yang kita cinta,"Tiara sebak..teringat semua kenangan dengan Wahyu..Senyuman yang sering menghiasi wajah kacaknya, gelak-tawanya, Kata-kata lembutnya. 

Ishraf lihat saja kakaknya,dia mengeluh perlahan. Macam mana ni?...Memang pada asalnya dia lega kakaknya putus hubungan dengan lelaki tu. Tapi tengok keadaan kakaknya sekarang buatnya susah hati pula.

"Sebab nilah Ishraf tak suka Kakak bercinta dengan lelaki tu, Mesti Akak akan sakit nanti, Akak degil sangat. Sekarang macam mana?, Nak menangis sampai keluar airmata darahkah?,"Ishraf mengeleng. Memang dia dah boleh agak apa akan berlaku. 

Tiara sebak teramat...Terasa dengan kata-kata adiknya. Tapi memang betul pun, Adiknya dah beri amaran banyak kali tapi dia yang degil. 

"Yelah dik, memang betul pun. Akak degil sangat, Akak selalu ingkar kata-kata kamu. Akak sangka Akak dah boleh berdikari sendiri,Akak sangka Akak buat keputusan yang tepat..Tapi..,"Tiara tersenguk..Bodohnya Tiara.

"Akak minta maaf..Akak memang bodoh, Akak memang tak guna. Akak sangka Akak dah cukup matang untuk buat keputusan..tapi..,"

"Akak,"Ishraf dekati Kakaknya.Dia peluk bahu kakaknya.Tiara menangis di pangkuan Ishraf.

"Akak minta maaf..Akak minta maaf dik..,"Tiara teresak-esak.

"Akak sudahlah tu...Ishraf minta maaf juga kak. Ishraf tak bermaksud nak buat Akak terasa,"Ishraf serba-salah.
Bodohnya kau Ishraf, Dah tahu Kakak tengah sedih,kau tambahkan lagi kesedihannya buat apa!. Ishraf memarahi diri sendiri.

*******
Tiara tidur diriba adiknya selepas penat menangis, Ishraf mengeluh saja. Apa dia buat ni?, dia patut gembira Kakak tak bersama lelaki tu lagi,tapi kenapa dia rasa tak senang?. Ishraf raup mukanya..Apa patut dia buat ni?.

"Ishraf,"Suara Hajah Sakinah memanggil. Ishraf toleh lihat Nendanya.

"Tiara tidurkah?,"

"Erm,"

"Menangis lagi?,"

Ishraf mengangguk..Dah terbiasa lihat kakak menangis selama sebulan ni. Hajah Sakinah mengeluh.

"Apa kamu nak buat sekarang ni?. Nak biarkan saja Kakak kamu jadi mayat hidupkah?,"Tanya Hajah Sakinah.

"Nenda,Akak cuma sedihlah, tak sampai tahap mayat hidup lagi,"Ishraf cebik. Selamba saja Nenda panggil Kakak mayat hidup.

OVERprotectiveOnde histórias criam vida. Descubra agora