Bab 53

56 9 0
                                    

Ishraf tercungap-cungap kepenatan..Gila penat. sakit tubuhnya rasa. Dia lihat 6 orang yang sudah pengsan itu. Kayu besbol yang penuh kesan darah dilepaskan jatuh ke lantai.

Dia terduduk betul penat..Tangannya mengesat darah yang mengalir di tepi bibirnya. Nafasnya cuba diatur kembali.Wahyu tu jumpa tak kakaknya?. Kenapa lama sangat?.

Pap,pap,pap,pap

Tepukan dari seseorang mengejutkannya. Dia toleh ke pintu masuk..seorang lelaki separuh usia muncul dengan senyuman kagum.

"Bravo boy, tak sangka kamu berjaya kalahkan orang-orang saya bersendirian...Tak sia-sia Haikal ajar kamu pertahankan diri,"Ujar Datuk Yusoff. Ishraf sinis.

"Dah balik kamu ya,Bagaimana 'singapura'?. Best tak?,"tanya Ishraf. Datuk Yusoff senyum.

"Takkan kamu tak tahu?,"

"Aku tahu. Kolot permainan kamu. Macam budak-budak. Kau kalau tak reti buat jahat tak payah jadi jahat...Sia-sia hidup tau,"Ishraf bangun.

"Kau ingat dengan menipu pergi singapura semasa kehilangan kakak, ingat aku tak tahukah?. Nak kaburkan mata aku konon. Aku tak bodohlah,"Ishraf mengeji Datuk Yusoff. Datuk Yusoff senyum.

"Ya,aku tahu kau tak bodoh,sebab tu aku bawa Tiara ke sini..gudang yang kau abaikan ni,"Datuk Yusoff lihat sekeliling. Dia pegang satu tiang dan usapnya.

"Gudang yang aku bina untuk Haikal, Aku habiskan duit berjuta untuk dia dan Syarikat dia. Malangnya dia tak hargai langsung usaha aku, gudang ni terbiar begitu saja...Kesian betul kesian,"Datuk Yusoff usap tiang itu bersimpati. Ishraf diam.

"Kamu sebagai anak Haikal sepatutnya kamu jaga gudang ni sebaiknya, bukan abaikan saja. Sekarang syarikat alami kerugian siapa nak tanggung?,"

"Pembetulan..Syarikat aku elok saja..Syarikat kau yang alami kerugian...Sebab apa?..Sebab 'sumber emas' kau sudah hilang...Oh silap, Sumber haram kamu,"Ishraf sinis.Datuk Yusoff diam.

"Aku tahulah permainan kau..Aku tahu gudang ni dijadikan tempat songlap duit syarikat PEARL. Patutlah Daddy cakap banyak duit hilang bila restok barang ke gudang ni. Rupanya ada 'kebocoran'...Duit hilang sedikit demi sedikit masuk ke Syarikat lain,"kata Ishraf...Dia bongkok sedikit menongkat dengan kayu besbolnya.

"Jadi bila aku ambil alih, aku kenalah buktikan yang aku boleh majukan syarikat PEARL tu. Aku 'tampal' segala 'kebocoran' yang kamu buat tu, Buang apa saja yang berpotensi membuatkan PEARL kerugian..,"Kata Ishraf.

"Jadi aku nak tanyalah Datuk Yusoff..Sedap bagi anak bini makan duit haram?..,"Ishraf senyum..Datuk Yusoff mengetap.

"Kau jaga mulut kau tu budak!, Aku takkan bagi anak aku makan duit haramlah!,"

"Oh sayang anak rupanya!, ingatkan tak sayang..kau dah gunakan dia untuk dapatkan kakak aku. Semata nak realisasikan impian kau tu saja,"

"Aku cuma ambil kembali apa yang jadi hak aku!, Haikal dah rampas semuanya yang sepatutnya jadi milik aku!. Dia rampas kejayaan aku, dia rampas Tania, dia rampas pangkat Tan Sri yang sepatutnya milik aku!, Dia rampas segalanya!,"Datuk Yusoff geram teramat.

"Apa?,Tania?..Mummykah?,"Ishraf terpinga..apa kena mengena Mummy dengan lelaki ni pula?.

Datuk Yusoff diam...Dia senyum sedikit.

"Ya Tania, Tania Aisyah binti Datuk Mustaffa. Usahawan Tekstile sama seperti aku..Kami rapat sebelum Haikal muncul lagi. Ibubapa aku sudah rancang nak jodohkan aku dengan Tania sebab besar peluang untuk majukan syarikat jika berkahwin dengan anak Datuk Mustaffa. Aku berusaha setiap hari untuk ambil hati Tania. Dia memang sedia nak terima Aku, Tiba-tiba si Haikal tu muncul pula dan musnahkan segalanya!,"Datuk Yusoff geram teramat..Ishraf diam mendengarnya.

OVERprotectiveWhere stories live. Discover now