Part 4 Calon Suami?!!

145 12 0
                                    

Tiara cuba call adiknya..Mana budak ni?!..Aduh geram betullah..Dia lihat kereta yang masih tak bergerak itu..Kenapa boleh jem time macam ni?!.Dia cuba call adiknya lagi.Selalunya ok saja dia angkat phone,hari yang tak terduga nilah dia tak nak angkat pula.

"Ishraf,Call Kakak balik...Kamu ni time emergencylah kamu tak nak angkat phone,"Tiara hantar voice call.Harap sempatlah.

Tiba laluan highway phone berbunyi,Tiara pasang earphonenya.

"Ishraf!,"

"Ya kenapa kak?..Maaf Ishraf meeting tadi..Kenapa?,"Tanya Ishraf.

"Nenda nak balik rumah..Dah ada kat situ agaknya..Kakak tak boleh bergerak ni,Jem..Kamu tolong balik tengok Nenda..Buat dia seksa pembantu-pembantu rumah kita nanti,"Kata Tiara...Bukan boleh Nenda tu,Ada saja tak kena.

"Ya,Nenda dah mesej Ishraf..Jangan risau,Pakcik Kamil ada di rumah,"kata Ishraf.

"Oh Yakah?..Aduh Nenda ni buat kecut perut saja..Kakak hampir terbabas tadi ,"

"Akak hati-hati memandu...Jangan pecut,Jangan risau biar Ishraf uruskan Nenda...Akak hati-hati,"Pesan Ishraf berkali-kali.

"Ya,ya akak tahu...jumpa di rumah,"

********************
Tiara lihat Honda Civic Merah yang diparking elok dalam rumah itu...'Merah is garang'..Sesuai dengan tuannya.Telan air liur dia resah...Macam mana nak hadap Nenda ni?..Dah boleh agak apa soalan yang bakal dituju dan jawapan yang bakal ditolak. Dia toleh tepi,Kereta adiknya turut berada di situ.

Tarik nafas perlahan disertai ayat kursi ,perlahan dia jalan masuk ke dalam rumah.Baru saja hendak pulas pintu dia dengar suara merdu Nendanya.

"Mana Kakak kamu ni Ishraf?..Dah sejam setengah Nenda tunggu ni!,"

"Sabarlah nanti Kakak baliklah..jalan sesak,"

Terus kecut perut Tiara..Tak masuk lagi dah sakit perut,Kalau masuk mau tercirit kat situ.Nak lari tak ya?,Tak sedia lagi nak hadap Nenda.

"Mak kau!,"Tiara terkejut bila pintu terbuka tiba-tiba.Encik Kamil tersenyum di depan pintu.

"Cik Tiara dah balik?..Kenapa tak masuk dalam?,"Tanya En Kamil.Tiara diam.

"Tiara kamu dah balikkah?..Mari masuk,"Suara Nenda memanggil.

Tiara resah..Dia masuk juga perlahan-lahan.Rasa macam banduan masuk penjara saja.Dia lihat Adik dan Nendanya di ruang tamu..Tiara paksa diri untuk senyum dan dekati Nendanya.

"Assalamualaikum Nenda,"Tiara hulur tangan ingin salam.Hajah Sakinah mengangguk.

"Kenapa lambat sangat kamu balik?,"Tanya Hajah Sakinah.

"Jalan Sesak..Tiara dah cuba balik secepat mungkin,"Tiara duduk di sebelah adiknya.

"Dahlah jangan marah Kakak,Dia dah balikkan...Nenda jangan bengis sangat tak elok untuk kesihatan,"Ishraf tenangkan Nendanya.

Nenda berdengus saja dan peluk tubuh...Tiara jeling pada adiknya sedikit..’Kenapa Nenda balik tiba-tiba?.Ingat dia nak duduk dengan Pak usu lama sikit?,’..Ishraf angkat bahu saja.

"Macam mana Syarikat kamu,Ishraf?,"Hajah Sakinah mula menyoal.

"Baik,Kami dalam proses nak bekerjasama dengan pasaran luar. Mungkin mula dari Brunei atau China,"Ishraf senyum.

"Hm baguslah tu..Tu Syarikat yang Bapa kamu tinggalkan untuk kamu, Pastikan kamu capai cita-cita dia untuk majukan lagi Syarikat tu dalam dan luar negara,"Kata Hajah Sakinah..Ishraf mengangguk saja.

Tiara senyum saja, dia pula yang kembang bila dengar adiknya dipuji. Maklumlah,Ishraf baru 24 tahun dah jadi CEO berjaya. Dia memang tahu Ishraf seorang yang pandai dan matang, sebab tu dia boleh bawa syarikat keluarga mereka diusia muda.

"Tiara,kamu pula bagaimana?,"

Tiara tersentak..Bagaimana apa?..Apa dia perlu cakap?, Apa Nenda nak tahu?...Tiara toleh pada Adiknya,Nenda tanya pasal kerja tadi,mungkin nak tahu pasal kerja dia juga.

"Erm..Butik Tiara semakin bagus,Jadi tumpuan Para Datin-datin..Sikit lagi boleh buka cawangan baru,mungkin di Subang atau Klang,"Tiara senyum.

"Bagus,"Kata Hajah Sakinah..Tiara mengeluh lega dapat jawab soalan itu.

"Bila kamu nak kahwin?,"

Ohlala!..Soalan yang dia sudah jangka dari dalam kereta lagi.Telan air liur dia tahu apapun jawapan yang diberi takkan diterima Nenda. Akhirnya dia tunduk saja.

"Tiara kamu tahu tak kamu dah 26 tahun..26!,..Nenda dulu kahwin umur 20,...Semua sepupu sepapat kamu kahwin umur 19 atau 23...kamu dah jadi andartu tahu tak?,"

"Nenda,Tiara baru 26lah..Tak masuk fasa andartu lagi,"Tiara terasa bila Nenda panggilnya andartu.

"Dah tu,umur berapa kamu nak kahwin?,30?,40?..Berapa?,"

Tiara toleh pada Adiknya minta bantuan,Tak tahu nak jawab apa dah.Ishraf mengeluh.

"Nenda,"

“Kamu diam Ishraf,Tak payah nak pick up kakak kau ni,"Hajah Sakinah menghalang...Terkelip dua cucunya..What?.

"Puan, Back Up bukan Pick Up,"En Kamil betulkan. Hajah Sakinah toleh pada En Kamil.Tiara tunduk saja tahan ketawa...Aduh Nenda.

"Ishraf bukan nak Pick-..Back Up Kakak,cuma Kakak tak ada calon lagi,"kata Ishraf.

"Itu saja jawapan dari habis sekolah sampai sekarang,"kata Hajah Sakinah.Tiara mengeluh saja.

"Nenda,Janganlah cakap macam tu..Tiara bukan tak nak kahwin,Tiara nak sangat Kahwin..Cuma..,"Tiara jeling pada Adiknya,Wajah Ishraf sudah keruh bila dengar Kakaknya nak kahwin.

"Tak kira,Tahun ni kamu mesti kahwin juga,"

Tergamam mereka berdua mendengar keputusan Nenda.

"Nenda!,"

"No way!,"Ishraf membantah keras.

"Kamu cakap kamu tak ada calonkan?,Jadi Nenda bagi kamu calon..Kamil,"

En Kamil buka faiknya dan tunjuk gambar-gambar lelaki pelbagai rupa...Resume apa pula ni?.

"Ni Senarai calon yang Puan Sakinah pilih untuk jadi suami Cik Tiara...Sila pilih mana yang berkenan,"Kata En Kamil..Tiara terkelip..Seriusly?!.

"Nenda apa ni?..Orang tak buat dah benda blind date semua ni..Old School sangatlah,"Ishraf tak suka.

"Old School tak Old School,Kalau tunggu New School kamu tu sampai tualah Kakak kamu tak kahwin,Tak Kira Kamu pilih mana-mana lelaki di sini dan bagi pada Nenda..Nenda Aturkan date untuk kalian nanti,"Kata Hajah Sakinah.Tiara perhati saja Resume bakal suami itu...Alahai, mati akal dibuatnya.

*
10/2/20
*Cerita akan dipost setiap isnin dan khamis saja, bergatung kepada kerajinan ye..

OVERprotectiveWhere stories live. Discover now