𝑖𝑖 - 𝑏𝑟𝑎𝑑𝑒𝑟

239 36 0
                                    

Babyana melajukan langkah kakinya untuk ke Watsons. Sebaik saja nampak papan tanda yang tertulis kedai yang dicarinya itu lantas dia mengeluh lega. Beberapa kali dia menoleh ke belakang dengan takut-takut. Nasib baik la ada brader yang dia tak kenal datang tolong, kalau tak naya nasib dia. Punah-ranah masa depan. Babyana menggeletis kegelian, terbayang wajah yang penuh jambang tadi. Tandas awam pun dah tak selamat sekarang.

"Byy, buat apa kat sini?" bahu Babyana tersentak bila tiba-tiba saja dia ditegur. Dia mengangkat muka. Serta-merta wajah putih cerah miliknya menjadi merah padam, bukan kerana malu tapi marah. Individu yang bernama Fadil menegurnya seperti tidak bersalah. Nak tahu apa salah Fadil kepada Babyana? Cis! Fadil memang makhluk perosak. Di dahinya jelas terbentang nama penuh si Fadil, Buaya Darat Kebangsaan.

"Dah lama Fadil tak jumpa Baby. Dulu kita selalu jugak keluar date sama-sama. By the way, Baby single lagi ke? Baby tunggu Fadil eh?"

Dari riak menyampah Babyana terus rasa nak muntah. Mati hidup semula pun dia takkan lagi masuk mulut buaya darat ni. Salah satu spesis buaya yang soft spoken tapi terjerat nanti derita sepanjang hayat.

"Baby?"

Ya Allah! Kenapa hari ni ramai sangat yang suka seru-seru nama Babyana ni?

Fadil dan Babyana serentak berpaling. Babyana bangun dengan mata membulat. Hero tandasnya tadi!

"Nah." Hero Tandas tu hulurkan lipstick milik Babyana. Mungkin tercicir ketika Babyana terkejut tadi.

"Jap! Baby? Fadil tak faham apa yang berlaku sekarang ni? Baby kenal ke mamat ni?"

Babyana tepuk dahi. Ya Allah, penyibuk betul si Fadil ni. Dia bukan watak utama pun sampai Babyana perlu beritahu pasal brader handsome tu dekat Fadil.

"Baby jangan cakap dekat Fadil ni pakwe Baby? Mustahil la Baby. Mamat ni Fadil kenal sangat la. Dia ni budak rempit. Bawak motor macam nyawa ada sembilan. Dia fikir dia kucing ke apa? Baby ingat tak masa kita date haritu sampai Fadil lost control masa drive, haa dia ni lah penyebabnya. Dia bawak laju."

"Stop it Fadil! Dari buaya darat kau jadi macam mak nenek pulak membebel tak habis-habis. Apa masalahnya kalau dia pakwe baru aku? Kita bukannya ada apa-apa pun. Siapa suruh kau tak handsome macam dia." bila dijerkah oleh Babyana, Fadil cari pasal dengan brader yang tak bersalah tu pulak.

"Lu nama Bad kan? Badril Syah? camni la bro. Gua bukan apa tau, tapi gua pantang kalau orang macam lu kacau cikaro gua. Lu memang tak kenal la sapa Bang Long Fadil. Kawasan motor yang lu rempit tiap-tiap malam tu pun bawah kawasan gua. Jangan sombong la. Kalau kena dengan geng Lang Merah ni memang habis kau."

Kepala Fadil, Babyana luku sepuas hatinya. Si Fadil merapu apa pun Babyana tak tahu la. Puas hati dia bila Fadil mengaduh sakit sambil menggosok kepala. Biar bengkak kepala yang tiada otak tu.

Brader Bad tu pun malas nak cakap banyak, terus dia cengkam lembut leher baju Fadil dan berbisik. Butir bicara tak berapa jelas di telinga Babyana. Tapi berdasarkan apa yang Babyana lihat, Fadil terus berlalu tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Babyana seperti kebiasaannya. Jalan pun cepat-cepat dengan muka menunduk. Apa hal pulak si Fadil tu?

"Erm abang bisik apa dekat dia?" tanya Babyana ingin tahu.

Bad cuma menggeleng. Dia hulurkan kembali lipstick milik Babyana dan gadis itu menyambut.

"Abang kenal Baby? Sebab tadi Baby dengar abang panggil Baby." Babyana ukir senyum yang turut menyebabkan senyuman berbuah di bibir Brader Bad itu.

"Bad. Badrilsyah." Bad menghulurkan tangan tanda perkenalan pertama.

"Baby. Babyana." Babyana menyambut persalaman itu.

"Kita ada terserempak tadi dekat sekolah."

"Sekolah? Urm abang datang sekolah Baby?"

"Yup check result anak saudara aku... abang." nak tergeliat lidah Badril bahasakan diri sebagai 'abang' dengan Babyana. Sebelum ni mati hidup balik pun mustahil dia nak bahasakan diri guna panggilan tu.

"Oh." Babyana menunduk malu. Teringat bebelan ibunya tadi. Bertambah malu kalau Badril ada disekitarnya ketika itu dan mendengar ceramah perdana percuma daripada Puan Marlyana.

"Baby sorang je ke hari ni?"

"Tak bang. Baby tunggu kawan. Diorang dalam Watsons. Kejap lagi keluar lah tu."

"Hmm takpe lah kalau macam tu. Baby, abang gerak dulu. Hati-hati berjalan dekat public."

"Bang, terima kasih pasal tadi." Babyana memagung kepala. Matanya lurus menentang pandangan kornea mata Badril.

"Hal kecik je. Lain kali hati-hati. Pergi dulu."

"Kejap bang!" Babyana menahan langkah Badril dengan memegang tangan lelaki itu. Badril terkesima. Dia bagai direnjat elektrik bila lengannya yang tidak dilapisi sebarang kain disentuh oleh tangan halus Babyana. Lembut mulus tangan Babyana. Gaya Badril macam tak pernah dipegang perempuan tapi percayalah Badril dah buat lebih dari sekadar pegang.

"Boleh Baby mintak nombor telefon abang?" tanpa riak muka malu mahupun bersalah, Babyana terus meminta apa yang diinginkannya. Mana la tahu nanti dia takkan jumpa lagi Badril.

"Babyana, kita baru je kenal hari ni. Abang tak selesa sangat nak bagi macam tu je dekat orang yang abang tak kenal."

"Abang kan dah tahu nama Baby. Baby pun tahu nama abang. Abang tahu Baby sekolah kat mana. Baby minta nombor phone bukan sebab ada niat tersirat ke apa ke. Baby nak..." Babyana menggigit bibir bawah. Tabiat bila dia berfikir.

"...haa Baby cuma nak berterima kasih. Mana tau bila abang free, kita boleh keluar makan sekali. Tak! Maksud Baby... okey. Baby nak berkawan je." Babyana menyeringai sengih.

Badril senyum nipis. Wajah monyok yang ditunjukkan oleh Babyana buatkan dia tak sampai hati. Telefon pintar di dalam kocek seluarnya dicapai. Dia hulurkan kepada Babyana.

"Call nombor phone Baby." mendengar saja arahan Badril, Babyana sengih sampai ke telinga. Telefon Badril disambut cermat sebelum dia mendail nombor sendiri. Bunyi deringan dari dalam tote bag miliknya membuatkan Babyana tersenyum. Dia taip sesuatu di telefon lelaki itu lalu dihulurkan kembali kepada Badril.

"Thank you Abang Bad."

Entah kenapa senyuman di bibir Babyana boleh berjangkit kepada Badril. Bibirnya pun mengerekot tersenyum.

"Abang pergi dulu. Bye Baby."

"Bye abang."

Babyana cuma menghantar Badril yang berlalu dengan pandangan mata. Ada getar di hatinya yang berdegup sedikit kencang. Badril, brader handsome yang dah selamatkan dirinya tadi. Pipi Babyana terus memerah. Malu! Tak sangka cupid love dah bertindak membidik anak panah cinta ke hati Babyana.

🍼🍼🍼

saja nak publish balik cerita lama ni. so enjoy la mengkome. bai😐

vote & comment

Baby ✔Where stories live. Discover now