𝑥𝑖𝑖 - 𝑏𝑒𝑡𝑖𝑛𝑎

145 31 0
                                    

Orang-orang dewasa yang berada di bilik itu masing-masing cuma mampu menggelengkan kepala.

"Tindakan kamu semua ni telah memalukan nama baik sekolah kita. Macam mana kalau kes ni kecoh dan sampai ke pengetahuan ibu bapa pelajar lain? Kamu tak fikir ke baik buruk nanti?" suara pengetua Tuan Haji Abdullah memetir di dalam bilik mesyuarat itu.

Joe, Sajad dan Man Utagha memandang sesama sendiri. Dalam benak masing-masing saling kebingungan.

"Joe, ayah kamu tu pegawai PPD. Cuba jaga nama baik ayah kamu sikit." tambah Cikgu Farid.

"Teruk sangat perkara ni cikgu. Saya rasa kita perlu panggil ibu bapa atau wakil penjaga mereka ke sekolah." cadangan Cikgu Zerina itu membuatkan keempat-empat pelajar terkebil-kebil. Takkan la lepak dekat belakang bangunan sekolah pun kena panggil mak bapak?

"Kamu bertiga, cikgu nak tanya apa yang kamu buat dekat bangunan belakang sekolah? Jangan cuba-cuba nak menipu." Cikgu Zerina mula memberi amaran. Laporan dari seorang pengawas tadi jelas mengecewakannya bila mereka berempat betul-betul ada di sana dan Babyana dalam keadaan yang mengaibkan.

"Saya dengan kawan-kawan saya baru je lalu kawasan tu dan kami nampak budak perempuan ni dekat sana dengan seorang pengawas lelaki. Bila kami jerit, pengawas tu lari. Kami syak dia nak buat benda yang tak senonoh dekat dia ni." Man Utagha menunding jari ke arah Babyana.

Guru-guru memandang sesama sendiri. Laporan yang diterima sangat lain plotnya dengan apa yang diceritakan oleh Man Utagha itu.

"Awak berempat tahu tak kenapa saya tak percaya kepada cerita rekaan awak semua ni? Sebab awak berempat bukan pelajar cemerlang, selalu buat masalah. Babyana, perempuan jenis apa awak ni sampai sanggup jual badan dan offer diri untuk buat perkara tak senonoh dengan ramai lelaki. Mana maruah awak sebagai seorang perempuan?"

Babyana yang menunduk kepala mula mengangkat muka memandang Cikgu Zerina. Jual badan? Buat benda tak elok dengan ramai lelaki?

"Cikgu jangan nak fitnah saya tanpa bukti! Saya tak buat semua tu. Saya pergi belakang bangunan tu pun sebab Hadi yang nak jumpa saya dengan alasan nak bagitau sesuatu. Dia yang cuba ambil kesempatan dan cuba nak cabul saya. Nasib baiklah mereka bertiga sempat selamatkan saya."

"Kalau betul Hadi yang suruh awak pergi belakang bangunan sekolah, awak perlu buktikan sahih atau tak cerita awak tu." Cikgu Zull mula fokus dengan sesi soal jawab.

"Dia bagi surat dekat saya."

"Mana surat tu?" Cikgu Zerina menambah.

"Sa...saya dah buang." pertama kalinya Babyana rasa bodoh kerana terus membuang surat itu ke dalam tong sampah.

Cikgu Zerina menggelengkan kepala. "Dah buat salah, awak fitnah pulak orang lain. Tuan pengetua, saya selaku ketua guru disiplin sekolah nak minta kebenaran pengetua untuk memanggil wakil penjaga Babyana selesaikan isu ini. Saya rasa kita kena bincang masalah ni dengan keluarga pelajar."

"Kami tak buat apa-apa. Dan kalau betul pun perempuan ni jual badan, kami ada di sana bukan untuk buat benda bukan-bukan." Joe mula bersuara.

Cikgu Zerina berdehem sambil melirik ke arah Cikgu Zull sebelum menyambung kata, "Untuk awak bertiga, Cikgu Zull yang akan uruskan."

"Babyana, jangan lupa balik nanti bagitau penjaga awak supaya datang ke sekolah minggu depan. Kalau awak sengaja tak bagitau penjaga awak, cikgu akan call mak awak ataupun bapa tiri awak. Untuk sementara waktu ni awak akan digantung sekolah selama seminggu." ugutan dari Cikgu Zull itu langsung tak menjentik rasa takut Babyana.

Hati Babyana mendongkol marah. Dia bangkit dari kerusi sebelum berlalu keluar. Sepatah kata pun tak diucapkan membuatkan para guru percaya bahawa Babyana sudah tiada harapan untuk berubah.

Babyana berlari anak untuk turun dari tangga. Bangunan sebelah yang menempatkan bilik kaunseling dituju. Ini semua salah guru kaunseling itu. Babyana yakin yang membocorkan ceritanya adalah guru kaunseling yang dipanggil Ummi Ida itu.

Bilik kaunseling yang berkunci menjadi petanda tiada sesiapapun yang berada di bilik itu tika ini. Babyana mengalih perhatian ke hujung laluan koridor yang berdekatan dengan tangga. Kelihatan seorang wanita sedang berbual melalui panggilan telefon sambil ketawa. Setelah diamati, sah! Itu memang Ummi Ida. Tanpa berlengah dia menjerit nama guru itu.

Berombak-ombak dadanya saat sampai di depan Ummi Ida.

"Ju, nanti Kak Ida call balik ye. Assalamualaikum." panggilan telefon ditamatkan bila dia diberikan isyarat oleh Babyana.

"Awak ni Babyana kan? Kenapa cari ummi ye?" dengan senyuman manis, Ummi Ida menyoal.

"Ustazah Hamidah kata mukmin yang sejati akan berpegang pada janji. Yang memungkiri janji ni cuma orang munafik. Dan bila orang bagi amanah untuk tak bocorkan rahsia, si munafik tadi dengan bangga cerita dekat semua orang. Macam kau! Munafik!"

Ternganga mulut Ummi Ida bila di depan mukanya diberi gelaran seperti itu. Ayat demi ayat daripada Babyana itu seakan-akan menampar keras pipi Ummi Ida.

"Ma...maksud Babyana apa ya? Kenapa? Ummi tak faham."

"Kau yang sebarkan cerita hidup aku dekat cikgu-cikgu lain kan? Kau tahu tak cerita yang aku dengar tu dah lari jauh dari cerita sebenar yang aku luah dekat kau? Kau ni memang tak layak jadi guru kaunseling, jadi guru biasa pun lagi la tak layak." cemuh Babyana.

"Awak jangan biadap dengan saya. Saya ni masih berstatus guru. Lagipun tak semestinya saya yang hebohkan cerita awak dekat guru-guru. Mungkin awak ada bercerita dekat kawan-kawan awak yang lain." Ummi Ida yang masih berusaha untuk menegakkan benang yang basah dipandang dengan riak muka menjengkelkan.

"Kau tak payah nak buat alasan la. Aku takkan hormat orang yang munafik macam kau!"

"Babyana! Awak jangan biadap dengan saya. Saya boleh laporkan awak kepada guru disiplin. Cuba hormat saya sebagai seorang guru. Patutla awak diganggu oleh bapa tiri awak, mungkin sebab awak ni terlalu biadap dan dia rasa dengan cara tu boleh didik awak. Jangan sampai saya doakan benda yang buruk-buruk dekat awak!"

"Kurang ajar punya betina! Kau ingat Tuhan akan makbulkan doa orang munafik macam kau ke?" Babyana yang sudah hilang kesabaran mula menarik tudung yang melilit di kepala Ummi Ida.

"Lepas! Saya cakap lepas Babyana! Biadap punya jalang! Lepaslah bodoh!" Ummi Ida juga tak tinggal diam, dia turut membalas kelakuan Babyana dengan menarik rambut Babyana sehingga kepala gadis muda itu terdongak ke atas.

Babyana cuba melepaskan pegangan Ummi Ida pada rambutnya dengan menolak tubuh wanita berusia pertengahan 40an sekuat mungkin.

Tanpa sengaja tubuh Ummi Ida terdorong ke arah tangga, dan tak sempat Babyana berkelip mata, tubuh wanita itu sudah bergolek di atas tangga bersama teriakan.

Babyana menekup mulut tak percaya. Dari bawah tangga, berdiri pula sosok tubuh Diyan yang jelas dalam ketakutan.




🍼🍼🍼

Happy reading. Undi, komen dan kongsi🐥

Baby ✔Where stories live. Discover now