𝑥𝑣𝑖𝑖𝑖 - 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟

238 28 0
                                    

Tujuh 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑑𝑖𝑎𝑛...

Sakit kontraksi mula dirasakan di bahagian ari-ari. Nafas Babyana berubah tercungap-cungap. Dahinya berkerut menahan sakit yang mula dirasakan. Kelahiran yang pertama kali dirasakan ini sangat memeritkan. Sejujurnya Babyana rasa gugup dan cemas. Bisikan daripada jururawat yang membantu kelahiran bayinya supaya mengingati dan memperbanyakkan selawat itu seakan memberi sokongan yang dia perlukan.

Tangisan bayi yang kedengaran di wad bersalin itu menyedarkan Babyana yang berhempas-pulas dari tadi. Jerih payahnya dia untuk melahirkan khalifah ke muka bumi membuatkan Babyana tersenyum. Matanya mula kuyu menahan rasa penat yang teramat.

"Puan, kami akan pindahkan puan dan bayi puan ke wad biasa. Pihak hospital dah inform suami dan keluarga puan." jelas jururawat kecil molek itu sambil tersenyum. Babyana cuma mengangguk.

Dan entah bila Babyana sendiri tidak peka, dia sudah dipindahkan ke wad biasa. Dia melihat suaminya, Badrilsyah sudah berdiri di samping katil.

"Nak air tak?" botol air yang berisi air masak disua, dengan berhati-hati tubuh Babyana dibantu unutk memberi keselesaan kepada isterinya itu meminum air.

"Kejap lagi nurse hantar bayi kita. Anak kita dalam incubator tadi macam muka mak dia."

"Tak. Ma. Cam. Mu. Ka. Abang." satu persatu ayat itu dituturkan dengan keadaan dirinya yang masih lemah. Sebaik melahirkan anak mereka tadi, Babyana sempat menilik muka anaknya memang sebiji muka Badrilsyah. Mungkin campuran muka mereka berdua sebagai ibu dan bapa anak mereka.

Pintu wad terbuka dari luar, seorang jururawat masuk sambil menolak katil bayi yang dibalut dengan kain bedung rona merah jambu, menandakan bayi mereka berjantina perempuan.

Jururawat yang bertag nama Azrina itu memgendong manusia kecil itu ditangannya sebelum diserahkan ke pangkuan Babyana.

"Puan boleh bagi baby menyusu dulu. Nanti kalau ada hal kecemasan boleh tekan butang merah dekat kepala katil." pesan Azrina selaku jururawat bertugas sebelum dia meminta diri memberi ruang untuk ibu bapa mengukuhkan ikatan dengan bayi mereka.

"Betul la, macam muka mak dia. Terima kasih, sayang sebab sudi lahirkan anak yang comel macam mak dia." dahi si kecil di pangkuan Babyana dikucup oleh Badrilsyah penuh kasih sayang.

Air mata Babyana bertakung, entah kenapa dia rasa terharu dengan ucapan itu. Mungkin juga kerana panggilan sayang yang dituju kepadanya.

Selesai menyusu, wad yang menempatkan ibu bersalin itu menerima kehadiran pelawat yang rata-ratanya merupakan ahli keluarga Babyana dan Badrilsyah.

Sebakul buah-buahan bernutrisi untuk ibu yang berpantang diletakkan di atas meja. Puan Marlyana memeluk anaknya erat.

"Nanti Baby pantang macam mana? Tinggal dengan ibu jelah. Boleh ibu dengan Mak Wan jaga kamu masa berpantang nanti." pelawa Puan Marlyana. Sejak habis tempoh iddah selepas penceraiannya dengan Rosman, Puan Marlyana lebih kerap berada di rumah. Jadi kalau Babyana berhajat untuk berpantang di rumah keluarga mereka dia boleh menjaga dan menyediakan makanan pantang untuk anaknya itu.

"Abang?" Babyana yang masih kelu meminta Badrilsyah untuk memberi jawapan.

"Tak apa kot ibu. Sebab saya boleh je cuti sebulan. Kerja dekat bengkel tu pekerja saya yang lain boleh uruskan." leher yang tidak gatal digaru, rasa serba-salah menghimpit tangkai hati Badrilsyah. Lagipun dia nak jaga sendiri kebajikan dan keperluan isterinya ketika dalam pantang.

"Okey. Kalau ada apa-apa bagitau ibu. Ibu boleh datang ke rumah kamu. Jaga elok-elok masa berpantang ni. Kalau tak dijaga beri kesan masa dah tua nanti."

Baby ✔Where stories live. Discover now