𝑣𝑖 - 𝑏𝑒𝑏𝑒𝑙

155 31 0
                                    

Pagi itu memang pagi yang penuh kesialan untuk Babyana. Omaigad! Pagi-pagi lagi dia telah dipanggil ke bilik disiplin. Sebab apa lagi kalau bukan sebab si Diyan yang kononnya mangsa keadaan.

"Saya kecewa cikgu, saya tak sangka teguran saya yang berhemah boleh buatkan orang tak puas hati dan bertindak luar kawalan. Saya rasakan macam saya tak dapat tunjukkan contoh yang baik dekat pelajar lain." Diyan menangis tersedu-sedan dengan skrip lakonannya yang mantap tahap dewa sampai guru disiplin Cikgu Zerina pun mengelap hingus yang meleleh di hidungnya.

Babyana dah putarkan bebola mata. Menyampah! Palsu! Tak adil! Fitnah!

"Saya dah lama sabar dengan awak, Babyana. Bila awak nak insaf? Makin hari makin teruk perangai awak. Awak nak tunjuk samseng kat sekolah? Nak jadi betina belen? Tahun ni awak akan ambil SPM, cubalah jadi matang dan fokus kepada pelajaran."

"Betul la tu." jawab Babyana ala kadar. Tak dijawab karang kena jerkah pulak. Spoil mood betul. Dah lah petang semalam dia terpaksa cancel plan dating dengan Badrilsyah. Ini semua sebab Diyan. Kalau dapat cilikan mulut Diyan lagi best. Biar dia tahu azab dunia kalau cari pasal dengan Babyana.

"Awak biadap ye sekarang. Nasihat saya awak buat main pulak. Awak memang melampau! Awak patut bersyukur saya tak buat surat dari pihak sekolah untuk gantung persekolahan awak." Cikgu Zerina menuding jari telunjuknya tepat di muka Babyana. Nampak jelas siapa yang tidak beradab sekarang.

Mata Diyan membulat mendengar perkataan popular, gantung persekolahan. Babyana perasan senyuman kucing dari Diyan itu. Licik dan penuh muslihat.

"Macam ni lah, saya akan serahkan kes awak ni kepada guru kaunseling sekolah. Ida boleh urus kes ni kan?" Cikgu Zerina bertanya kepastian guru kaunseling yang sedang khusyuk menulis sesuatu di buku laporan.

"Boleh je Kak Na. Lagipun jadual kaunseling tak penuh pun. Kalau buat sekarang pun boleh. Babyana kan? Jom ikut ummi ke bilik kaunseling. Kita cerita kat sana." Cikgu Ida yang membahasakan dirinya sebagai ummi itu memang terkenal dalam kalangan pelajar sekolah sebagai guru kaunseling.

"Ingat Babyana berubah. Kalau awak tak berubah sekarang, masa akan datang nanti awak akan menyesal." pesan Cikgu Zerina lagi.

"Terima kasih, cikgu." ujar Babyana sekadar berterima kasih dengan bebelan yang diterima sebelum berlalu mengikut langkah guru kaunseling yang sudah mengorak kaki keluar dari bilik disiplin.

Tangga yang menuju ke blok kedua didaki. Suasana di laluan menuju bilik kaunseling agak lengang. Mungkin kerana masih dalam waktu pelajaran jadi bayang pelajar dan guru-guru pun tidak kelihatan.

"Awak duduk di kerusi sana ya. Ummi simpan beg kejap." Ummi Ida meletakkan beg tangannya di atas meja kerja sebelum dia mengambil duduk di sofa berdekatan dengan Babyana.

"Ni lah bilik kaunseling. Babyana pernah datang sini sebelum ni?" soalan Ummi Ida dibalas dengan gelengan.

"Dulu masa PT3 Babyana dapat berapa A?"

"Straight kot." balas Babyana acuh tak acuh.

"Masa tingkatan empat, prestasi akademik awak menurun sampaikan awak minta turun kelas, tukar aliran. Boleh ummi tahu kenapa?"

Babyana mengunci mulut. Dia rasa berat untuk berterus-terang dan membuka cerita yang selama ini dia simpan sendiri.

"Tak apa. Babyana boleh meluah dekat ummi. Apa-apa masalah boleh cerita. Ummi dengar je. Cerita sini habis sini. Pihak sekolah pun hairan kenapa prestasi awak jatuh merudum. Ramai yang risau pasal Babyana. Ramai yang ambil berat, prihatin. Semua nak bantu Babyana jadi bermotivasi, jadi pelajar cemerlang. Semua cikgu doakan yang cemerlang untuk anak muridnya. Ibu ayah Babyana pun mesti bangga kalau Babyana berjaya nanti."

"Ayah saya dah tak ada." Babyana mengemam bibir. Menahan diri sedaya upaya untuk tidak menangis. Dia lemah kalau disentuh topik-topik tertentu yang sensitif. Mulalah hatinya rasa sayu dan air mata nak mengalir.

"Jadi Babyana tak ada semangat sebab ayah dah tinggalkan Babyana?" Ummi Ida mula serkap jarang.

Babyana menggeleng.

"Ibu kahwin baru. Saya tak suka ayah tiri saya." sekali nafas dia mula meluahkan apa yang tersirat di dasar hati, yang membelit akal jernihnya setiap hari.

Ummi Ida memeluk rapat tubuh yang berhati rapuh itu. "Sabar sayang. Allah nak uji sebab Allah sayang. Ayah tiri layan elok ke?"

"Dia selalu bagi duit, tapi dia gatal. Kadang-kadang kalau ibu outstation, malam-malam dia masuk bilik."

"Astagfirullahaladzim! Masuk bilik Babyana?"

Babyana mengangguk sambil menekup muka. Bayangkan kisah yang sudah hampir lima bulan disimpan sendiri. Dia tak sanggup nak membuka cerita kepada ibu sendiri. Hatta kalau dia cerita pun ibu akan percaya ke? Sedangkan lelaki itu sering memakai topeng malaikat dan menipu sesiapa sahaja yang terpedaya dengan lidah yang sentiasa basah mengungkapkan ayat agama.

"Astagfirullahaladzim. Allahuakbar. Dia ada buat apa lagi?" air muka Ummi Ida berubah resah.

"Tak ada yang lagi teruk. Sebab setiap malam lepas kejadian tu saya akan kunci pintu bilik. Kadang-kadang kalau ibu tak ada kat rumah saya tumpang tidur rumah kawan."

"Sebab ni lah Babyana tak boleh fokus belajar? Ummi tak nampak cara lain dah. Kalau kes macam ni, lebih baik kalau Babyana cuba bercakap dengan ibu. Kalau dia tak percaya cuba slow talk. Perbanyakkan doa, sebab doa orang yang dizalimi ini Allah makbulkan. Doa jugak minta perlindungan Dia dari segala musibah dan bencana." pesan Ummi Ida panjang lebar.

Babyana mengangguk akur. Sebagai remaja yang masih belum kukuh paksi keimanannya, dia akui pengetahuannya dalam  hal agama masih cetek. Tapi dia masih berpegang kepercayaan kepada Dia Yang Maha Kuasa.

"Dah nak masuk waktu rehat ni, awak boleh balik ke kelas. Ada apa-apa masalah boleh jumpa ummi. Sabar ye."

"Terima kasih, ummi." sejujurnya Babyana ada rasa lega. Rahsia yang disimpan seorang diri akhirnya boleh dikongsi kepada seseorang. Walaupun mungkin tiada jalan penyelesaian yang terbaik sekurang-kurangnya sesak di jiwanya sudah makin menghilang. Dalam tak sedar, Babyana sebenarnya sedang menggali lubang kuburnya sendiri.

Ummi Ida yang merupakan guru kaunseling itu menjenguk melalui pintu, belakang tubuh Babyana yang mula menjauh diperhatikan. Tergesa-gesa dia masuk kembali ke bilik kaunseling untuk mencapai telefon pintar di dalam beg tangan. Grup sembang di aplikasi WhatsApp dibuka.

Grup Borak Santai Guru-Guru🥳💝

𝘚𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘨𝘶𝘳𝘶-𝘨𝘶𝘳𝘶.
𝘐𝘥𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘢𝘯𝘢𝘴.

𝙲𝚐 𝚉𝚞𝚕𝚕 𝙱𝚖
𝘞𝘰𝘸. 𝘉𝘢𝘣 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘢𝘯𝘢𝘴 𝘭𝘢𝘫𝘶 𝘫𝘦 𝘪𝘥𝘢😂

𝙲𝚐 𝚉𝚎𝚛𝚒𝚗𝚊 𝚍𝚒𝚜𝚒𝚙𝚕𝚒𝚗
𝘌𝘩? 𝘗𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘬𝘦𝘴 𝘵𝘢𝘥𝘪 𝘬𝘦 𝘐𝘥𝘢?

𝘠𝘢. 𝘗𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘬𝘦𝘴 𝘵𝘢𝘥𝘪. 𝘛𝘦𝘳𝘬𝘦𝘫𝘶𝘵 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶
𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘥𝘪𝘢 𝘬𝘢𝘬 𝘯𝘢.
𝘙𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘦𝘴𝘪𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘯 𝘢𝘥𝘢.

𝙲𝚐 𝙽𝚊𝚗𝚒
𝘗𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘯𝘪?

𝙲𝚐 𝚂𝚊𝚒𝚙𝚞𝚕
𝘏𝘢𝘣𝘢𝘲 𝘭𝘦𝘬𝘢𝘪𝘩. 😆

•••

Mata Cikgu Ida yang merupakan guru kaunseling itu bersinar. Jari-jemari miliknya laju menari di atas paparan skrin telefon. Aksara demi aksara ditaip sehinggalah kesemua rahsia yang diketahui tersebar ke pengetahuan guru lain.


Untuk manusia seperti ini hanya dua perkataan yang sesuai, nate beruk!

🦋🦋🦋

happy reading bossku.
tersampuk mood rajin. nah ada update.
bai 😏

Baby ✔Where stories live. Discover now