46

252 37 37
                                    

"Yah Jeon Jungkook!"

Laungan seseorang membuatkan Jungkook menoleh. Punggungnya automatik terangkat daripada terus duduk di atas kerusi yang tersedia di hospital ini. Satu senyuman terbit di bibir apabila matanya dipenuhi dengan kelibat Puan Jeong, Jaehyun dan Dohee.

Niat mahu menghampiri ketiga-tiga ahli keluarganya itu terbantut apabila Jaehyun menatapnya tajam. Bagaikan lipas kudung, Jaehyun berlari mendapatkannya dan satu tumbukan dilagakan pada wajahnya.

Jungkook rebah ke lantai hospital. Dia mengerang kesakitan. Darah segar yang menitik keluar dicalit dan dipandang seketika sebelum wajah Jaehyun yang tampak bengis itu dilirik.

Tatkala Jungkook ingin bangun dan berbincang cara baik, Jaehyun sekali lagi menyerangnya dan akhirnya pergaduhan antara mereka berdua berlaku.

"Apa kau dah buat dekat adik aku hah?!"

_____

"Eomma suruh dia keluar."

Terdiam seribu kata Puan Jeong setelah mendengar ucapan Ara. Matanya terus sahaja tertumpu pada susuk tubuh Jungkook yang berdiri tidak jauh daripada katil Ara. Wajah Jungkook terlihat begitu kecewa dengan Ara.

Puan Jeong berasa kasihan, anak perempuannya dilirik. Ara tampak tidak berasa serba salah dengan permintaannya yang dilontarkan sebentar tadi. Malah wanita itu telah mengubah posisi baring membelakangkan semua orang yang datang melawatnya.

Satu keluhan berat lahir di belahan bibir Puan Jeong. Dia memandang Jungkook, memberikan isyarat untuk jejaka itu keluar dan datang semula pada waktu lain. Jungkook sekadar akur, langkah dimulakan dengan begitu berat.

Sebelum dia benar-benar membawa diri, dia sempat menoleh dan memandang sayu figura sang isteri yang sedang berbaring di atas katil hospital. Manakala si Jaehyun pula sudah menyampah melihat Jungkook yang masih setia berada di situ.

Tidak cukup dengan lebam di wajah, mahu menambah lagi?

"Tak akan tak ada sedikit pun kemaafan untuk saya dalam hati awak sayang?" Bisik batin Jungkook lalu dia terus membawa diri keluar dari wad tersebut.

Langkah yang diambil sungguh perlahan, matanya pula tidak memandang ke hadapan tetapi setia menunduk membuatkan dia secara tidak sengaja melanggar orang yang lalu berselisihan dengannya. Namun, Jungkook tidak punya niat untuk memohon kemaafan kerana fikirannya benar-benar sudah melayang pergi.

"Cik, boleh saya tahu di mana wad Jeong Ara?"

Suara seseorang menghentikan langkah Jungkook. Dengan serta-merta Jungkook mendongak, mencari di manakah suara tersebut. Setelah menemui, raut wajah Jungkook langsung berubah. Detak jantungnya mula bertukar laju. Matanya mula berair.

Dua langkah di hadapannya, terlihat figura Tuan Jeon yang berada di kaunter hospital. Tidak lupa juga dengan kerusi roda yang menjadi peneman sejak lelaki berwarga emas itu mengalami kemalangan yang serius pada lima tahun yang lalu. Disamping Tuan Jeon, terdapat seorang lelaki yang berpakaian kemas. Lelaki itu merupakan orang kanan Tuan Jeon.

Lelaki tersebut selalu mengawasi dan menemani Tuan Jeon di sahaja dia berada. Tambahan pula Tuan Jeon adalah warga emas dan mengalami kelumpuhan yang di mana kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong. Jadi pergerakan Tuan Jeon sudah terbatas dan dia amat memerlukan orang kanan selain daripada pembantu rumah.

 [C] Faded ; jjkWhere stories live. Discover now