20

360 60 6
                                    

Satu minggu berlalu.

Tawa Ara dan Jungkook terhenti dan langkah dipercepatkan ke arah permainan ferris wheel yang terdapat di taman hiburan yang menjadi kunjungan mereka malam ini. Mereka masuk ke dalam setelah membayar menggunakan token yang telah ditukarkan dengan wang.

Ara dan Jungkook duduk bersebelahan. Ferris wheel itu mula bergerak dalam kadar perlahan untuk permulaan. "Cantik kan langit malam ni? Indah je." Ara bersuara, matanya tidak lepas memandang ke arah langit.

Jungkook sekadar mengangguk bersertakan senyuman tipis. Pandangannya juga dilemparkan ke langit yang terhiasi oleh bintang-bintang dan bulan. Kemudian, matanya melirik ke arah gadis yang bertakhta di hati itu.

Dia dapat melihat Ara sedikit kesejukan walaupun wajah gadis itu tampak tenang menatap langit. "Kau sejuk?" Soal Jungkook. Ara menoleh apabila Jungkook menegur. "Eoh? Bolehlah sikit." Ata tersengih comel di hujung ayat.

Jungkook mengangguk dan memandang langit semula lalu meregangkan kedua-dua belah tangannya secara sengaja. Tatkala Jungkook meregangkan tangannya, automatik tangan yang berada bersebelahan dengan Ara dibawa ke belakang tubuh gadis itu.

Ara yang sedar itu tertawa kecil seraya datang merapat. Dia tahu apa maksud Jungkook berbuat sebegitu. Jungkook sebenarnya mahukan dia memeluk tubuh jejaka tersebut agar kesejukan yang mencengkam diri beransur hilang sedikit demi sedikit.

Kepala Ara dilentokkkan di bahagian bahu Jungkook. Kedua tangan kekar Ara menyelinap masuk ke dalam jaket kulit yang dipakai Jungkook untuk memeluk pinggang kecil lelaki itu.

Tangan Jungkook pula melilit di tubuh Ara dan ditarik agar lebih rapat. Bahu Ara diusap lembut sebelum dia tersenyum kecil. Jungkook melihat Ara seketika dan kembali melemparkan pandangan ke arah langit.

Tanpa masing-masing mengetahui, hati mereka asyik berkata bahawa mereka mahu kekal dalam keadaan begini buat jangka masa yang lebih lama.

_____

Jungkook menghenyakkan punggung di atas sofa. Dia berniat mahu terus naik ke atas dan berehat saja tetapi ada Jimin sedang duduk di situ buatkan dia bertukar arah.

Sebelum duduk, Jungkook menepuk bahu Jimin dahulu agar lelaki itu sedar akan kepulangan. Jungkook berasa Jimin tidak sedar akan kepulangannya kerana Jimin tampak seperti mengelamun saja. Jadi dia berniat untuk menepuk bahu Jimin terlebih dahulu.

Lamunan Jimin mati apabila Jungkook menepuk bahunya. Benarlah firasat Jungkook bahawa Jimin sebenarnya tidak sedar akan kepulangannya walaupun jarak sofa yang diduduki dengan pintu utama sangat dekat.

Jungkook menatap Jimin lama dengan keningnya bertaut. "Kau kenapa ni? Okey tak? Apa cerita sampai sekarang tak baik-baik lagi? Kau orang gaduh pasal apa sebenarnya?"

Jimin menggeleng. "Tak ada apalah. Hal kecil je. Tak payah fikirlah." Jungkook menghela nafas kasar.

"Kecil sampai seminggu tak berbaik-baik? Cuba beritahu aku, apa sebenarnya yang dah jadi? Kau orang dua ni jarang gaduh tahu? Lepas tu sekarang tiba-tiba pula gaduh. Kalau sekejap aku tak kisah tapi seminggu. Seminggu tu ada tujuh hari. Tujuh hari tu seminggu. Seminggu dan tujuh hari itu lama!" Bebel Jungkook memutar belitkan fakta seminggu dan tujuh hari sehingga pening Jimin dibuatnya.

"Tak, betul. Tak a-" Bunyi kuakan pintu utama rumah agam yang dihuni oleh mereka berdua dan rakan yang lain telah memotong percakapan Jimin. Serentak mata Jimin dan Jungkook berpaling ke arah pintu utama.

 [C] Faded ; jjkWhere stories live. Discover now