02

679 112 71
                                    

"Annyeonghaseyo, Tuan Jeon."

Jungkook mengendahkan ucapan selamat daripada Ara, sebaliknya dia duduk berlabuh di kerusi batu yang diduduki gadis itu sebentar tadi. Skrin telefon Ara yang berada dalam genggamannya direnung buat seketika waktu.

Ara yang masih berdiri statik menghadap Jungkook di situ kini kembali melabuhkan punggungnya bersebelahan Jungkook.

"Erm, Tuan Je-"

"Jungkook." Jungkook memotong percakapan wanita tersebut. Dia mendongak dan mata mereka berlaga tanpa tidak sengaja.

"Huh?" Ara sangat bingung waktu ini. Ini pertama kali dia bercakap dengan Jungkook walaupun mereka sudah banyak kali terserempak di hotel apabila Jungkook datang untuk bertemu dengan Jimin.

Tanggapan pertama Ara pada Jungkook sama seperti orang lain. Dingin. Kadang-kadang dia rasa takut apabila bertembung dengan lelaki itu. Dia dapat merasakan aura seram mengelilingi Jungkook.

Mahupun sekarang ini dia sangat takut bertentang mata dengan Jungkook dan duduk bersebelahan dengan jarak yang agak rapat.

"Panggil aku Jungkook. Aku bukan majikan kau." Kata Jungkook toleh pandang hadapan semula.

"Tapi tuan-"

"Kau nak aku suruh Jimin pecat kau ke?" Ugut Jungkook. Mata Ara membulat. Laju kepalanya digeleng ke kiri dan kanan tanda tidak mahu.

Pecat?

Itu perkataan yang sangat ngeri baginya. Kalau boleh tak nak sebut mahupun mendengar. Alergik dia dengan perkataan pecat. Nanti demam setahun.

"Ni boyfriend kau?" Soal Jungkook, skrin telefon yang memaparkan gambar Ara dan Taeyong dihala pada wanita itu.

Ara lantas menunduk seraya menggeleng pelan. Riak wajahnya kembali sedih namun, dikawal kerana dia tidak mahu Jungkook masuk campur dalam urusan masalahnya. Dia bukan jenis yang memberitahu orang lain tentang masalahnya. Dia akan pendam dan selesaikan dengan sendirinya.

"Habis ex boyfriend?"

Ara menggeleng lagi menafikan semua pertanyaan Jungkook. Dia tetap dengan pendiriannya. Masalah tidak harus dikongsi lagi-lagi dengan Jungkook yang baru hari ini dia bertegur sapa.

"Kalau bukan boyfriend, tunang kau? Ataupun suami kau?"

Ara menggeleng pelan kepalanya. Telefon pintarnya dirampas semula daripada pegangan Jungkook. Dia menunduk seraya memagut bibir bawahnya agar menahan air matanya dari turun lagi. Dia tidak mahu tampak lemah depan orang lain kecuali dirinya sendiri.

"Tak ada apa-apalah. Dia bukan sesiapa." Jawab Ara.

"Kau pasti dia bukan sesiapa sampai kau perlu menangis seorang diri di sini? Hampir nak baling telefon. Dia bukan sesiapa lagi kalau kau letak nama album yang penuh dengan gambar kau dengan dia yang bagi aku istimewa buat kau?"

Ara mengetap bibirnya kuat. Air mata yang ditahan kini jatuh jua menuruni pipinya sekali dia. Dia menangis teresak-esak di hadapan Jungkook. Akhirnya pendiriannya yang disematkan dalam diri sejak dia kecil lagi kini terlerai jua.

 [C] Faded ; jjkWhere stories live. Discover now