18

342 62 16
                                    

Pintu bilik ditutup kuat, mahu menunjukkan betapa marahnya Kim Taehyung ketika ini. Kerusi yang ada di dalam biliknya ditendang kasar lalu dia duduk dia birai katil dengan keadaan yang tidak terurus.

Bukan dirinya yang tidak terurus tetapi emosinya. Emosinya benar-benar tidak terurus disebabkan kejadian di kafe malam semalam. Taehyung tidak menduga Jimin akan menamparnya semalam dan membela Ara sehabis mungkin.

Taehyung pada mulanya tidak menyangka buruk langsung terhadap Ara tetapi sewaktu Ara datang bertemu dengannya untuk meminta maaf kerana memberikan nombor palsu dan secara kebetulan pula, semasa proses permohonan maaf tersebut, ia telah diganggu oleh satu panggilan telefon.

Panggilan telefon yang tidak mencurigakan bagi Taehyung mula bertukar apabila nama Jaehyun menyapa gegendang telinga. Automatik otak Taehyung mula berfungsi memikirkan siapa Jaehyun dan dia teringat bahawa Jaehyun merupakan sepupu atau merangkap musuh kepada Jungkook.

Apabila Jungkook dan Jaehyun bermusuh, automatik juga Jaehyun menjadi musuhnya dan rakan yang lain kerana mereka satu kumpulan bersama Jungkook dan juga sahabat dengan Jungkook. Jadi sudah tentulah Taehyung dan yang lain akan berpihak pada Jungkook berbanding Jaehyun.

Sejak daripada Ara menerima panggilan daripada Jaehyun dihadapannya sendiri, Taehyung menjadi musykil dan mula siasat apa hubungan mereka berdua. Pada masa yang sama Taehyung juga telah mengintip Ara.

Hasil daripada siasatan dan intipannya, dia mengetahui Ara dan Jaehyun merupakan teman rapat tetapi hubungan teman rapat itu telah membuatkan Taehyung menjadi salah faham dan fikirannya terpesong ke arah yang jahat. Sekarang dia menganggap Ara dan Jaehyun mempunyai niat jahat terhadap Jungkook.

Nalurinya berkatakan bahawa Ara dan Jaehyun bersubahat untuk menjatuh dan menghapuskan Jungkook dengan cara halus. Cara halusnya adalah Jaehyun menghantar dahulu Ara untuk bekerja bersama Jimin.

Jejaka itu akan mengarahkan Ara untuk mengambil hati Jimin dan buatkan Jimin percayainya sepenuh hati. Setelah mendapat kepercayaan Jimin, barulah Ara akan mengupas tentang rakan-rakan terdekat Jimin pula terutamanya Jungkook.

Didekati Jungkook dengan niat yang seakan-akan baik dan buatkan Jungkook jatuh cinta dan menaruh harapan kepadanya lalu baru mereka akan menjalani misi yang sebenar. Itulah tanggapan Taehyung kepada Ara setelah membuat siasatan.

Walhal, kebenarannya adalah yang sebaliknya. Ara tidak pernah mempunyai niat yang begitu. Dia dan Jaehyun sekadar berkawan bukannya bersubahat atau apa-apa sahaja.

Tambahan lagi, Ara langsung tidak mengetahui Jaehyun dan Jungkook sepupu dan mengenali antara satu sama lain.

Dia tidak tahu bosnya, Jimin dan lima rakan Jungkook yang lain juga mempunyai kaitan bersama Jaehyun. Senang cakap, Ara tidak mempunyai kaitan apa-apa dengan permusuhan mereka semua.

Taehyung saja yang berfikiran lain. Syaitan jahat yang telah meracuni sepenuhnya minda lelaki itu.

Taehyung menggepal penumbuk geram, wajahnya naik merah dan urat-urat hijau juga timbul di tepi dahi dan tangannya. "Argh!"

Katil yang kemas dikusutkan kembali. Taehyung diam seketika sebelum dia ketawa persis orang gila. "Tak sangka licik betul permainan kau kan, perempuan? Sampai aku pun hampir jatuh suka. Tch. Tapi kau tak sedar yang aku ni bukannya bodoh sangat untuk kau mainkan. Jaehyun, Jaehyun, kau pun satu. Hantar orang tapi hantar orang yang salah. Huh, sama je kau orang berdua. Sama-sama bodoh!"

______

"Kau pasti Ara anak aku?" Sekali lagi Puan Jeong menyoal pada adiknya, mahukan kepastian yang benar. Jiwoo mengeluh.

 [C] Faded ; jjkWhere stories live. Discover now