- UNTAIAN KATA -

193 22 23
                                    

Assalamualaikum dan semua.

Buku ini dimuat naik sebagai memori kepada saya sendiri bahawasanya saya pernah menulis cerita seteruk ini pada suatu ketika dahulu. Bagi saya, pengalaman mematangkan seseorang.

Saya meminati bidang penulisan sejak berumur 11 tahun. Ini semua gara-gara cikgu BM memaksa saya menulis 1 hari 1 karangan. Siapa tak siap, kena rotan tangan. Sakit! Disebabkan itulah, saya terbiasa menulis karangan panjang.

Naik sekolah menengah (Tingkatan 1), saya terlalu meminati anime bertajuk Mobile Suit Gundam Seed. Heronya handsome. 😂 Kerana itulah, saya membuat satu cerita berdasarkan watak tersebut (fanfiction).

 😂 Kerana itulah, saya membuat satu cerita berdasarkan watak tersebut (fanfiction)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kira Yamato

Athrun Zala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Athrun Zala

Dalam masa enam tahun bersekolah di sekolah menengah (Tingkatan 1-6) juga, banyak cerpen yang dihasilkan termasuklah tiga buah novel. Tetapi sayangnya, semua novel tersebut terbengkalai tidak siap sampai ke hari ini.

Sepanjang saya menulis cerita, saya tak tahu apa-apa mengenai hukum penulisan dan tatabahasa. Saya main tulis saja asalkan cerita saya menarik dan saya berpuas hati dengan hasil tulisan tersebut.

Saya menulis cerita tersebut di dalam buku latihan sekolah, kemudian upgrade sedikit ke kertas kajang. Seterusnya, barulah menulis menggunakan komputer. Zaman dahulu sebelum tahun 2010, mana ada smartphone.

Jadinya, sekarang tahun 2021, hasil penulisan yang tinggal hanyalah cerpen dan novel yang mana saya sempat taip semula sebelum kertas dan buku latihan tersebut hilang ditelan zaman. Sedih betul.

Tapi, nak buat macam mana? Lapan tahun saya tak ada di rumah kerana tinggal di kampus universiti (2011-2018), benda itu semua mungkin sudah dilupuskan. Biarkan sajalah, move on. Tugas saya sekarang, jaga baik-baik yang mana masih ada.

Jadinya di sinilah, saya akan memuat naik hasil kerja tersebut buat tatapan anda semua juga. Anda perlu tahu bahawa tahap penulisan saya juga bermula seperti anda. Zero knowledge.

Usaha tangga kejayaan.

Practice makes perfect.

Kan?

Baiklah, sekian saja dulu untuk pengenalan. 😄

Love,
Angel_k20.
_________________________
- Rabu, 18 Februari 2021, 11.00 malam -

FLY HIGH! ANGEL_K20Where stories live. Discover now