NOVEL 1: VIEMEN bhg 1

151 17 15
                                    

Tajuk: VIEMEN
Bab: 1
Genre: Aksi
Tahun tulis: 2009

Di Sekolah Tinggi Eisten II iaitu di Sydney, Australia. Di mana pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum dan negara. Hari ini pelajar Tahun 3 Quesk menerima seorang pelajar baru.

"Pelajar semua, hari ini kita ada menerima seorang pelajar baru dari Jepun, iaitu Zoka Musashi. Dia datang ke sini kerana mengikut bapanya iaitu Duta Jepun yang bertukar ke sini. Harap kamu semua memberi kerjasama sepenuhnya. Terima kasih".

Pelajar-pelajar yang sedang tekun menulis berhenti menulis dan memandang pelajar baru tersebut.

"Selamat berkenalan, saya Zoka Musashi. Sila beri tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih" kata Musashi.

Musashi berjalan ke tempat duduknya. Dalam perjalanan, dia terdengar pelajar-pelajar lain berbisik-bisik mengenai dirinya.

"Handsome.""Kacak betullah.""Menarik."Begitulah bisik-bisik yang didengarnya daripada pelajar perempuan.

Dalam kelas yang didudukinya, semua pelajar tidak menarik perhatiannya kecuali sekumpulan pelajar yang sedang bersembang. Memang ada pelajar yang ingin berbual dengannya, tetapi dia tiada mood nak bercakap.

Kebanyakan dari mereka hanya suka bercakap mengenai minat, teman dan suka berbual tapi kumpulan yang satu ni dari tadi bercakap mengenai politik, pelajaran dan hal ehwal semasa seolah-olah mereka itu seorang pembahas yang hebat. Mereka saling berdebat dan perdebatan mereka semakin panas. Musashi sukakan keadaan itu.

"Kerajaan sebenarnya tak boleh buat macam tu. Jika mereka benar-benar sayangkan bumi hijau ni mereka tak boleh beri lesen kepada pengusaha untuk tebang pokok sesuka hati. Kalau begitulah baik tak payah beri lesen itu dan ini untuk buat sesuatu..."hujah Kim Hock.

"Mana boleh. Jika tak beri lesen sudah tentu habis pokok ditebang mereka dan ekosistem akan musnah. Jika beri lesen senanglah nak dakwa mereka jika mereka buat sesuatu yang dilarang," balas Musashi.

"Ingatkan awak ni sombong orangnya. Semua pelajar yang cuba nak cakap dengan awak langsung tak layan,"kata Izan.

"Nak cakap macam mana, dia ni tak akan minat fasal-fasal teman ni. Tengoklah dia orang, macam manalah dia ni nak suka, kan?" bidas Sharma sambil melirikkan mata ke arah pelajar perempuan lain.

Yang perempuan bermuka macam hantu kerana cemburu dan lelaki pula menjeling-jeling tanda protes kerana teman wanita mereka macam terlekat dengan Musashi. Setiap kali dia lalu di hadapan pelajar perempuan lain, mereka semua ada yang tersenyum, yang berperangai macam hantu sebelum ni berjalan dengan sopan, sengaja menunjukkan perangai ala model dan bersuara manja.

Yang lelaki pula apabila bertembung, sengaja memuncungkan bibir, membengiskan muka dan mengacukan penumbuk. Ini kerana gara-gara dirinya bagi pendapat pihak perempuan terlalu memikat hati dan kacak.

*****

"Musashi, macam mana dengan sekolah hari ni?"tanya Pn. Haruka.

"Baik......"jawab Musashi acuh tak acuh.

"Macam tak gembira aja?" Tanya Miyako, iaitu kakak Musashi.

"Nak gembira macam mana? Yang perempuan begitu gatal dan yang lelaki pula macam tak suka saya ada dalam kelas tu."balas Musashi.

"Tapi baguslah, ada peminat..kan?"usik Miyako.

"Lecehlah, cakap dengan orang perempuan ni. Saya naik dululah."kata Musashi sambil memuncungkan mulut.

"Tengoklah mak. Anak emas intan payung buah hati yang manja macam tuan puteri ni dah boleh ikat muncungnya. Kesian...." ejek Miyako.

"Bodoh..."bebel Musashi dan terus naik.

"Anak manja...emm.."sindir Miyako.

"Sudahla tu Miyako. Tak habis-habis dengan perangai tu. Ha, kata nak keluar, kenapa tak pergi lagi? Tanya Pn Haruka.

"Emm..aaa..tunggu Maryien" jawab Miyako.

*****

Keesokan harinya, seperti biasa Musashi pergi sekolah. Dan seperti biasa ramai yang bertembung dengannya buat perangai masing-masing. Ada kalanya dia menggeleng kepala melihat perangai pelajar-pelajar di sekolah ni dan ada kalanya dia merasa menyesal belajar di sekolah ini. Tapi nak buat macam mana, dah nasib ayahnya seorang duta.

Di Zon Makmal Terlarang milik Profesor Eng, Prof. Eng dan pengikut fanatiknya sedang bermesyuarat sesama mereka untuk menangkap Vieppy, robot idaman mereka.

"Kita mesti menangkap Vieppy"kata Prof Eng.

"Tapi tuan, kita tak tahu di mana robot tu sekarang"balas Jon.

"Kita juga tak tahu siapa yang memiliki robot tu. Setahu kita, robot tu tak ada lagi dengan kerajaan. Mereka semua dah serahkan robot tu kepada keluarga Zoka setelah selesai melakukan kajian ke atas robot tu.

Mereka berpendapat robot tu dah tak berguna kerana mereka dah guna semua tenaga yang diperlukan dan termasuk tenaga yang dijangka dapat memusnahkan bandar ni." kata pula Kon.

"Kalau macam tu, awasi keluarga Zoka. Siasat dimana mereka letak robot tu, faham? Robot tu sangat berharga kepada kita yang berhajat untuk menguasai negara ni." kata Prof Eng.

"Bagaimana jika robot tu ada pada salah seorang daripada ahli keluarga Zoka tu dan dia tak mahu serahkan?" Tanya pula Fon.

" Kita tawarkan dulu kepada wang kepada dia. Jika dia tak mahu terima, kau orang buatlah apa yang kau orang suka asalkan dapat robot tu. Ingat, kegiatan kita adalah rahsia dan jangan sampai sesiapapun tahu mengenai kerja kita. Kalau tidak, aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau orang."kata Prof Eng sekaligus memberi amaran.

Jon, Kon, dan Fon tersengih gembira apabila mendengar perkataan ' buatlah apa yang kau orang suka' kerana dalam fikiran mereka hanya tahu membelasah orang yang tidak mendengar kata dan kemudian mereka kembali kecut apabila terdengar amaran keras dari Prof Eng.

BERSAMBUNG>

Nota: Tulisan ini tidak pernah diedit.

FLY HIGH! ANGEL_K20Where stories live. Discover now