NOVEL 1: VIEMEN bhg 2

64 10 15
                                    

Tajuk: VIEMEN
Bab: 2
Genre: Aksi
Tahun tulis: 2009

"Alahai, lambat pulak la dia ni nak datang."keluh Musashi.

Kawan-kawannya semua dah pulang dan jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Hari ni dia pulang agak lewat kerana ada latihan perbahasan bersama Kim Hock, Sharma dan Izan. Mereka bertiga sudah pun pulang dijemput ibubapa masing-masing. Musashi mengambil keputusan untuk telefon saja pemandunya.

Sebaik sahaja dia menekan beberapa nombor, dia terasa hidung dan mulutnya ditekup dengan sapu tangan yang ditumpahkan kloroform. Bau kloroform itu begitu menyengat dan dia cuba untuk tidak menghidunya kerana dia tahu akibat jika terhidu.

Sapu tangan itu semakin kuat dilekap sehingga tiada ruang untuk membolehkan dia bernafas walaupun dia meronta sekuat hati. Musashi semakin lali dan penglihatannya semakin kabur.

Di kala itu dia terdengar percakapan orang. "Budak ni dah pengsan, bawa dia pergi."kemudian dia tidak terdengar apa-apa lagi dan tidak tahu apa yang berlaku.

"Eh, apa ni?". Pelajar lelaki bernama Max tersepak sesuatu. "Handphone rupanya. Tapi, kenapa ada di sini?"Max hairan. Kawasan itu padang sekolah dan handphone itu terselit di celah-celah rumput. Di situ juga ada kesan seperti satu pergelutan telah berlaku.

"Telefon ni kepunyaan siapa?" ayat itu yang diulang berkali-kali oleh Cikgu Cindy dan Max apabila bertanya dari kelas ke kelas sehingga lah sampai ke kelas 3 Quesk.

"Eh, itukan handphone Musashi!"kata Kim Hock."Mana awak tahu?"balas Marie. "Aku tengoklah kelmarin Musashi bawa handphone. Bentuk dan warnanya sama dengan yang itu. Kalau bukan dia punya, siapa lagi?"ujar Kim Hock pantas.

"Eh, mana Musashi?" tanya Jeremy.

"Yalah, dia tak ada pun dalam kelas."balas Rina.

"Ha, kalau begitu bila Musashi hadir nanti bagi kat dia ya."kata Max.

Kim Hock menyimpan handphone tu untuk Musashi. Dalam hatinya terdetik untuk membuka handphone tu. Pada masa rehat, dia membuka handphone dan lihat semua perkara yang ditulis, dibual, dan video yang tersimpan.

Bila dia ternampak ayat yang tertulis di tajuk tayangan video suara yang dihantar kepada Tn Sujiro, dia terpaku. 'DIAM, KALAU TIDAK AKU BUNUH KAU' membuatkan hati Kim Hock berdebar-debar tak tentu arah. Pantas jarinya menekan butang dan melihat semula tayangan video tersebut.

'DIAM, KALAU TIDAK AKU BUNUH KAU. KALAU KAU MERONTA SEKUAT HATI, MENJERIT PUN TAK ADA SESIAPA AKAN DENGAR DAN NAMPAK. INI JON LAH, JAGUH TINJU KAU TAHU TAK. JADI KAU DIAM DAN JANGAN MERONTA, KALAU TIDAK MAMPUS KAU AKU KERJAKAN, BETUL TAK KON? HA!HA!HA!. BUDAK NI DAH PENGSAN, BAWA DIA PERGI.'

Kim Hock berpeluh melihat tayangan itu. Pantas dia mencari Sharma dan Izan. Mereka berdua apabila melihat tayangan itu, terpaku dan pucat lesi. Mereka bertiga saling berpandangan.

"Apa kita nak buat sekarang?" tanya Sharma terketar-ketar.

"Laporkan pada polis" cadang Izan.

"Gila kau. Ini kes berat. Kita kena pastikan dulu barulah boleh lapor pada polis."bantah Kim Hock.

"Nak pastikan macam mana?"tanya Izan.

"Kita ke rumah dia."jawab Kim Hock.

*****

"Puan, Musashi ada tak?"tanya Sharma dengan hormat. Petang itu, mereka berkunjung ke rumah Musashi untuk mendapatkan kepastian mengenai video itu.

"Musashi? Mak cik tak tahulah dia pergi ke mana, sampai hari ni pun dia tak balik-balik lagi."ujar Pn Haruka dengan sugul.

"Kamu ni kawan Musashi ke? Ada dia beritahu ke mana dia pergi? Kami sungguh risau sekarang ni. Budak ni memang menyusahkan orang." kata Tn Sujiro yang tiba-tiba datang ke ruang depan."Emm..kamu datang ni kenapa sebenarnya?" tambahnya lagi.

"Tn, Pn, sebenarnya kami bertiga datang ni untuk berjumpa Musashi. Dia tak hadir ke sekolah hari ni dan handphone dia dijumpai di sebalik rumput oleh Max, Penolong Ketua Pelajar. Tapi Tn, saya minta maaf kerana buka handphonenya tanpa kebenaran. Video dalam ni saya sangka tuan dah dapat, yang dihantar oleh Musashi ke nombor tuan." jelas Izan panjang lebar.

"Saya tak menerima apa-apa mesej video dari Musashi semalam. Apa yang kamu jumpa?" tanya Tn Sujiro.

"Ni."jawab Kim Hock pantas dan menghulurkan handphone tu kepada Tn Sujiro.

"Kau nak mampus ke hah?"jerkah Jon dan menarik kolar baju Musashi.

"Mana robot tu?" jerkah Kon pula.

"Pergi mampuslah kau. Kau cari sendirilah robot tu!" balas Musashi.

"PANGG!!"satu tamparan singgah di pipi Musashi.

"Hei budak. Kau ni memang kurang ajar betul. Kau langsung tak hormatkan orang tua."ludah Prof Eng.

"Orang tua? Orang tua ya....kau memang tua! Dah nak mampus tapi masih lagi perangai miang. Pantang nampak perempuan cantik!" sergah Musashi.

"PANGG!!"satu lagi tamparan menyinggah lagi ke pipi Musashi dan kali ini lebih kuat dan rasanya bertambah perit.

"Mana robot tu?"jerkah Jon sekali lagi disusuli tumbukan di perut. Tumbukan itu menyebabkan Musashi tidak dapat berkata-kata dan tertunduk menahan senak.

"Masukkan dia ke dalam bilik tu. Hei budak, jangan harap kau dapat hidup lagi lepas ni" kata Prof Eng dengan suara mengejek. Musashi diheret dengan kasar dan dihumbankan dalam sebuah bilik gelap dan berbau hapak.

"Macam mana ni bang!?" Pn Haruka menangis tersedu-sedu apabila melihat tayangan tersebut.

"Kita tengok dulu sejauh mana pintarnya si penculik tu. Musashi mempunyai tali pinggang hitam karate-do. Dia tak akan tewas di tangan penjahat," kata Tn Sujiro menenangkan Pn Haruka tetapi ayatnya itu lebih kepada menyedapkan hatinya sendiri.

"BODOH!!!" jerkah Prof Eng kepada anak buahnya. " Satu kerja pun tak boleh diharap! Mana telinga kau orang semua hah? Mana otak kau semua? Aku bagi kerja yang senang begini pun kau tak boleh nak buat." marah Prof Eng hari itu sampai 90 darjah celcius. Dapat membakar seluruh bangunan itu.

"Maaf Prof, kami tak sangka dia sepintar itu. Kami ingat dia tak akan dapat melepaskan diri lagi setelah di seksa begitu teruk." kata Jon, lebih kepada membela diri.

"Apa pun, cari budak tu sampai dapat. Dia amat penting dalam hal ni. Aku yakin, dia tak berada jauh lagi dari sini" arah Prof Eng keras.

BERSAMBUNG>


Nota: Cerita ini tidak diedit ejaan dan tatabahasa.

FLY HIGH! ANGEL_K20Where stories live. Discover now