NOVEL 1: VIEMEN bhg 3

41 8 14
                                    

Tajuk: VIEMEN
Bab: 3
Genre: Aksi
Tahun tulis: 2009

"Vieepy, tolonglah..." bisik Musashi perlahan. Dia sudah tak larat hendak berlari lagi ditambah dengan rasa cemas dan takut. Kala itu, matahari hampir tergelincir di ufuk timur. Kawasan persekitaran itu sudah gelap dan pandangannya berbalam-balam. Akhirnya dia tertidur di pangkal pokok banir yang sebesar pemeluk dalam keadaan keletihan dan kelaparan.

******

"Okey, malam ni kita buat pesta unggun api, siapa mahu?" laung Max lantang kepada kawan-kawan seperkhemahannya. Semua kawan-kawannya mengangkat tangan tanda setuju dan mereka mula mengumpulkan kayu api untuk persiapan malam itu.

"Woi, ada sesuatulah di sini. Tengok." panggil Endrian, seorang pelajar lelaki keturunan Amerika. ""Entah- entah tu mata ular tak" balas seorang lagi pelajar. "Ah, mustahillah..mengarut betul. Kalau mata ular, takkan ia berkelip-kelip. Mengarutlah kau ni. Buang masa aku je" bidas Max.

"Aduh. Apa pulak ni" sungut Max menahan sakit akibat tersepak sesuatu. Dia pantas mengambil lampu suluh dan menyuluh benda yang di sepaknya tadi.

"Hah, kaki orang?" Max terperanjat besar. Tubuhnya serta merta seram sejuk dan menggeletar. Dengan terketar-ketar, dia menyuluh ke arah pangkal pokok. Kali ni lampu suluhnya benar-benar tejatuh. Dia dengan terketar-ketar memanggil kawan-kawannya.

"Musashilah!" beritahu Tyuga kepada teman-temannya.

"Tapi macam mana...?"

"Sudahlah, mari kita angkat dia ke dalam khemah, cepat" arah Max.

"Woi budak, mana kau hah? Berani kau lari dari aku! Nahas kau aku kerjakan nanti kalau aku jumpa kau! Musashi, mana kau?" pekikan keras dari Jon terdengar oleh Max dan kawan-kawannya.

"Cepat, sorokkan dia dalam semak. Habislah dia kalau orang jahat tu jumpa. Okey kawan-kawan, kalau penjahat tu jumpa khemah kita, kau orang buat-buat tak tahu je, faham? Kita jangan ambil risiko beritahu Musashi di mana. Dia ni anak duta, kalau apa-apa terjadi ke atasnya kecoh nanti. Esok, kita blah dari sini dan bawa balik kerumah aku. Jangan risau, ayah aku polis. Tahulah dia bagaimana nak uruskannya. Cepat, berlakon sekarang," pesan Max dengan suara yang seperlahan mungkin.

Sejurus selepas itu, Jon dan Kon muncul dengan M-16 di tangan.

"Kau semua ada nampak tak seorang budak lalu di sini tadi? Kau semua jangan berbohong, kalau tidak....." Jon mengacukan muncung M-16 ke dahi Western. "Mati!" sahut Kon dan mereka ketawa berdekah-dekah.

"Eh..eh..apa ni bang! Siapa budak yang abang maksudkan? Dari tadi hanya kami berlima saja di sini tak ada orang lain pun selain kami."jelas Ert Sui terketar-ketar apabila muncung M-16 itu diacukan kepadanya pula.

"Kon, periksa, khemah mereka. Cari juga di sekitar kawasan ni." arah Jon sambil mengetap gigi, menahan geram.Namun, setelah dua jam mencari, kelibat Musashi tetap tidak kelihatan. Dalam masa dua jam itu, mulut Kon telah penuh dengan sumpah seranah dan bebelan yang entah apa isinya.

"Sudahla tu Jon, takkan ke mana budak tu. Mari kita balik, aku harap Prof Eng tak akan jadi singa lepas ni" Kon bersuara kendur, mengandungi seribu satu persoalan yang tidak dapat dirungkaikan dalam benak fikirannya.

"Kita blah saja dari sini" Tyuga cepat-cepat menyimpan semua peralatannya. Kawan-kawannya turut berbuat demikian. Mereka sudah serik dengan babak tadi.

"Kau orang bawa Musashi, aku dan dia, dia, dan dia akan simpan semua alat-alat ni. Cepat semua!" Max memerintah dengan segera dan kelam kabut.

Sambil berlari, mereka berharap agar penjahat-penjahat itu tidak mengejar mereka dari arah belakang. Sambil kereta dihidupkan, mereka memasukkan semua barang dan jip itu memecut laju meninggalkan kawasan hutan itu. Mereka tidak takut apa lagi mengenai apa yang pernah di ceritakan oleh orang-orang di kawasan itu. Yang penting sekarang, lepas dari buruan orang jahat itu.

*****

"Maafkan saya, saya nak jumpa Kim Hock, Izan dan Sharma sekejap," pinta Max kepada Pn Srenta.

"Ada apa ni Max, nampak cemas je?" tanya Pn Srenta sebagai laluan untuk Max berjumpa dengan mereka bertiga.

"Pihak Kedutaan Jepun ingin jumpa mereka. Berkaitan dengan Musashi," jawab Max dengan segera.

"Dah jumpa...." ayat Izan terhenti apabila kakinya disepak oleh Sharma.

"Cepatlah..," gesa Max dengan tidak sabar.

"Sebenarnya, Musashi sudah dijumpai. Kami hanya nak ambil keterangan dari kamu semua," jelas Encik Shiramoto kepada mereka bertiga.

"Kat mana dia sekarang? Kami nak jumpa dia," kata Kim Hock terburu-buru. Ini kerana dia sudah lama tidak melihat Musashi.

"Sekarang ni Musashi berada di rumah saya sebagai langkah keselamatan." jelas Max.

"Macam mana dia sekarang?"tanya Izan pula.

"Dia kurang sihat lagi. Tapi saya harap kamu semua tidak membocorkan rahsia ni. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang tahu tentang perkara ni,"jelas Encik Shiramoto pula.

"Jangan ambil Vieppy...." Musashi meracau.

Semakin ditenangkan, semakin kuat racauannya. Musashi dibelai oleh ibunya seperti anak kecil. Tangannya menggenggam erat lengan ibunya. Nama 'Vieppy' disebut berulang-ulang kali.

"Saya akan pulihkan tuan," tiba-tiba terdengar suara Vieppy.

Serentak dengan itu, cahaya ungu terpancar dari antena di kepalanya dan terus meresap masuk ke tubuh Musashi. Secara beransur-ansur, mata Musashi terbuka perlahan-lahan.

"Ha...h, dia dah sedarlah," kata Max dengan perlahan.

BERSAMBUNG >

Nota: Cerita ini tidak pernah diedit.

FLY HIGH! ANGEL_K20Where stories live. Discover now