NOVEL 2: GO MINCY GO (3)

39 7 2
                                    

Tajuk: Go Mincy Go
Bab: 3
Genre: Action, Comedy, Sci-Fi.
Tahun: 2010

"Abang, macam mana Fiy tak tahu bila perangai abang ni pelik sangat malam ni. Petang tadi abang balik lewat, bila ayah marah abang terus naik, masuk bilik dan tak keluar-keluar hinggalah masa solat berjemaah tadi. Pastu pula, belum pun bersalam dengan ibu dan ayah, abang dah lesap. Lagi satu, abang tahu tak pukul sekarang? Dah pukul 10 malam tau. Ibu bising dah tu Tanya kenapa anak terunanya tak keluar-keluar bilik, tak makan malam. Ini betul-betul pelik, kebiasaannya abang orang pertama yang berkejar ke dapur, buka tudung saji dan terus menjamah hidangan. Baca doa pun entah sempat ke tidak." Dia bersyarah panjang, menyindir pun ada.

"Oh ye abang, apa benda dalam baju abang tu? Nak kata hamster bukan, besarnya macam double telur ayam gred A, ada hidung, mulut yang comel, sepasang mata yang bersinar galak, jernih dan lengkap dengan tangan dan kaki. Bulu pula...alahai, comelnya. Abang...boleh Fiy tengok?" Dia membuat muka kesian dan penuh mengharap.

"Tapi...!"

"Fiy takkan bagitau ayah. Janji." Pantas dia memotong.

"Betul ni? Kalau ayah tahu...siap kau!"

"Ya, ya!"

Wafiy pantas menutup pintu dan menguncinya dari dalam. "Mincy, ulang semula apa yang awak bagitau abang saya tadi. Please.."

"Baiklah. Macam ni. Bla bla bla..." Mincy mengulang ceritanya sama seperti dia menceritakan kepada Hazziq. Wafiy mendengarnya penuh minat.

"Hebatnya. Macam filem.."

KUK!

"Adoii..apa ni bang? Main je sengkeh orang.. sakit tahu!"

"Apa dah jadi ngan otak kau ni? Dah berkarat ke? Orang cakap betul dia kata filem pulak. Ok, cakap dengan abang, dah berapa buah filem kau tonton bulan ni?"

"Emm..10."

"10? Masya Allah, patutlah dah bengap sangat kepala otak adik aku ni. Hah..."

Hazziq menarik nafas panjang.

ISNIN, 23 JAN.

"Sekarang, Cikgu akan umumkan pelajar terbaik bulan ni. Para pelajar sekalian, pada pendapat kamu siapa yang terbaik?" Cikgu Cindy memerhatikan seluruh isi kelas. Ada yang berbincang, sibuk menanya, perasan sendiri dan macam-macam lagilah fiil perangai pelajarnya.

"Cikgu, saya rasa Muthu." Salah seorang pelajarnya bangun. Muthu yang sedang menulis terpinga-pinga, tak tahu hujung pangkalnya.

"Kenapa?"

"Sebab Biologi dia higher, tak da yang dapat lawan. Pelajaran lain pun dia skor A."

Cikgu Cindy mengangguk. "Lagi siapa?"

"Anuar."

"Kenapa?"

"Dia kalahkan Hazziq dalam pelajaran Sains Teknologi."

"Oh, begitu. Lagi?"

"Mei Kuan."

"David."

"Sara."

"Aiman."

"Siapa Hua Lei? Aiman? Siapa Aiman?" Cikgu Cindy mengerutkan dahi. Semua rakan sekelas memandangnya.

"La, ni kan nama Hazziq. Muhammad Aiman Hazziq. Cikgu dah lupa ke?"

"Oh, maafkan Cikgu. Cikgu benar-benar terlupa tadi. Okey class, actually semua nama yang you all sebutkan tadi tu memang pelajar terbaik tapi pelajar yang terbaik dari yang terbaik ialah....Anna Shuwayna. Anna, tahniah Cikgu ucapkan. Bagus. Kekalkan prestasi awak, teruskan berusaha. Yang kedua ialah Hazziq. Bulan ni Hazziq kalah 1 mata je dari Anna. Dan yang ketiga ialah Anuar. Dia ketinggalan 10 mata di belakang Hazziq. Yang lain, tunggu buku laporan. Okey semua? Cikgu harap kamu semua teruskan berusaha, SPM 3 bulan je lagi dan Cikgu nak nasihatkan you all jangan cepat berputus asa. Cikgu tahu anak didik Cikgu ni semuanya bagus-bagus dan akan berjaya. Cikgu doakan."

FLY HIGH! ANGEL_K20Where stories live. Discover now