NOVEL 2: GO MINCY GO (2)

18 4 0
                                    

Tajuk: Go Mincy Go
Bab: 2
Genre: Action, Comedy, Sci-Fi.
Tahun: 2010

JUMAAT, 20 JAN.

Termasuk hari ni, sudah empat hari Hazziq membersihkan kebun itu secara keseorangan tiap-tiap petang. Letihnya bukan main. Apa tidaknya balik je sekolah kena pergi ke kebun. Ayahnya pula duduk goyang kaki di rumah. Seketika dia merebahkan diri atas tanah. Matanya dicelik luas, memandang ke langit biru. Sungguh luas langit ciptaan Allah. Hatinya tercetus rasa kagum pada-Nya. Sambil matanya merenung langit, mindanya terbang jauh kembali ke rumah.

Dia betul-betul tak faham apa sebab ayahnya paksa dia belajar di sekolah dan sekelas dengan Anna. Sepatutnya pada usianya sekarang, dia belajar di universiti, bukannya belajar pelajaran U kat rumah. Yang tambah membengangkan lagi kepalanya ialah kenapa ayahnya beria-ria suruh dia menyertai UFD. Sebab UFD tu jugaklah dia terpaksa belajar pelajaran SPM semula dengan tak rela. Kadang-kadang, sifat protes sekali sekala timbul dalam jiwa. Hari ni, terpaksa pula menebas semak samun. Uhh...sungguh menyakitkan. Dia menarik nafas panjang.

"Kadang-kadang sesorang itu perlu bersabar dalam menempuh hidup ni, kawanku." Tiba-tiba satu suara menegurnya, teguran yang berunsur nasihat.

"Sabar?"

"Ya, sabar. Sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran. Takkan kamu sebagai manusia Bumi tak tau erti sabar?"

"Ye, aku tau la sabar tu apa. Tapi aku nak kau tau, sabar pun ada had jugak. Hua Lei, cuba kau bagitau aku patut ke aku bersabar lagi dengan karenah ayah? Aku betul-betul bengang la sekarang, dia senang-senang je suruh aku berkebun, bersihkan tanah dia yang luas ni, pas tu dia goyang kaki kat rumah. Waktu pagi, aku dipaksa ke sekolah padahal aku dah 22 tahun la. Sepatutnya aku duk kat U sekarang ni tau, bukannya belajar pelajaran U kat rumah. Mana satu aku nak ulang kaji subjek U dan mana satu aku nak bahagi otak aku kat pelajaran SPM. Ah...!!"

"Kawan, tak baik kamu kata begitu pada ayahmu. Dunia akhirat dia tetap ayahmu. Ingat Allah kawan, mengucap. Berdosa seorang anak mengutuk ayahnya sendiri."

"Tapi.."

"Tak da tapi-tapi kawan. Dia tetap ayahmu! Hentikan cakap itu. Berdosa!"

Hazziq mencerna nasihat itu. Ya, memang benar mengutuk seorang ayah yang sudah bersusah payah membesarkan, mencari nafkah untuk keluarga. "Astaghfirullah..!" Dia beristighfar.

'Eh..nanti dulu! Kenapa Hua Lei bersyarah macam seorang ustaz? Bukan ke dia bukan Islam?' Hazziq hairan. Pantas dia berpaling ke belakang. Tiada. Bulu romanya meremang. Kalau bukan Hua Lei yang bercakap tadi, siapa? Dia memandang sekeliling, hari sudah senja. Hantu ke? Dia pantas berdiri dan membuang sisa-sisa rumput yang melekat dia seluarnya. Dicapainya sabit yang masih di tanah dan bersedia untuk pulang.

"Hei, manusia Bumi, kawanku! Tunggulah saya..!"

Hazziq memberhentikan langkahnya serta merta. Dia memandang sekeliling. Tiada sesiapapun di situ. Dia memberanikan diri. " Siapa kau? Apa kau nak dari aku?"

"Kawan, saya Mincy."

Hazziq tercari-cari suara itu. Suara sama yang memberikan nasihat tadi, suara sama yang menyuruhnya tunggu dan suara sama yang memanggilnya dengan manusia Bumi! "Mana kau? Kau ni manusia ke, jin ke atau syaitan? Atau kau ni orang bunian? Tunjukkan diri sekarang." Pekiknya.

"Saya makhluk Allah, bukan dari golongan jin, syaitan ataupun orang bunian. Saya datang dari Planet Merah, atau di Bumi manusia panggil Planet Zuhrah. Saya bukan halimunan, saya ada betul-betul di kaki kamu sekarang."

Hazziq memandang ke bawah. Seekor makhluk yang teramat comel, tersenyum memandangnya. Pada pandangan pertama, dia jatuh cinta pada makhluk tu! Dia menunduk lalu menyentuh makhluk tu. Lembutnya!! Tanpa berfikir panjang, dia pantas mengambil makhluk tu lalu dimasukkan ke dalam poket bajunya lalu dibawa balik ke rumah.

Selepas dimarahi oleh ayahnya kerana pulang lewat dari pukul 7 petang, dia pantas berlari naik ke rumah. Lantai rumah papan yang berusia lebih dari 50 tahun itu berkeriut-keriut bila dipijak dan keriutnya bertukar menjadi seakan-akan irama lagu bila dipijak dengan kasar. Bukan dia merajuk dengan ayahnya tapi dia tak mahu ayahnya tahu mengenai Mincy. Ini kerana kalau sebab kena marah, dia tak kisah pun. Telinganya dah lali dengan bebelan ayahnya setiap hari lebih kurang 10 kali. Nah!

Setelah menunaikan Solat Maghrib dan membaca Al-Quran, dia mendapatkan Mincy yang sedang tekun bermeditasi. Niatnya mahu menanya Mincy pasal diri, keluarga, Negara, planet dan banyak lagi tapi kemudian dia memadamkan niatnya. " Tak baik ganggu Mincy bertafakur, nantilah!" Dia bermonolog sendiri.

Allahu akbarullahu akbar. Ashhadu Alla ilaha illah.....

Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu Isyak. Dia segera menyertai solat berjemaah bersama ayah, ibu dan adik lelakinya Wafiy. Begitu juga apabila selesai solat, dia orang pertama yang keluar dari jemaah itu dan join pula bersama Mincy. Ayah dan ibunya tidak menaruh syak melihat perangai pelik anaknya tapi tidak bagi Wafiy. Pelik betul perangai abangnya malam ni.

"Aku mesti siasat." Azamnya.

SABTU, 21 JAN.

Mincy menjelaskan bahawa dia adalah seorang saintis di Planet Merah. Di sana dia bersama-sama empat rakan seperjuangannya iaitu Ciccy, Dancy, Jancy, dan Piccy berusaha untuk mencipta lembayung penahan meteor. Usaha mereka Berjaya tapi masalah timbul apabila Guchy iaitu pengawal lembayung itu belot. Dia merosakkan alat itu tanpa berfikir bahaya yang akan mendatang kerana iri hati dengan kejayaan mereka berlima. Sebab tu lah pada hari tu juga Planet Merah dihentam meteor dan seluruh penduduk mati dan yang terselamat hanya mereka berlima. Planet mereka pecah dan mereka tak ada tempat untuk hidup lagi. Dalam terkapai-kapai di ruang angkasa lepas itulah, mereka tertarik ke Planet Bumi. Pergeseran dengan atmosfera bumi tak menjadi masalah bagi mereka berlima kerana mereka sudah biasa dengan suhu panas. Malang bertimpa-timpa kerana mereka terpisah dan hanya boleh berhubung melalui telepati. Melalui telepati, keempat-empat kawannya memaklumkan keadaan mereka. Setakat ini, mereka berempat baik-baik saja tapi mereka tak boleh bergerak ke mana-mana. Mereka ditawan! Siapa yang menawan tak mereka ketahui kerana apa yang mereka tahu, mereka berada di suatu tempat yang amat terpencil. Perhubungan mereka sesekali tergendala dan terputus.

Hazziq menjadi semakin tak sabar. " Jadi, apa yang awak nak lakukan?"

"Saya tak tahu... saya Cuma nak kawan-kawan saya balik dan berkumpul seperti sebuah keluarga bahagia. Saya dah tak ada tempat tinggal, planet saya dah musnah. Lepas ni, mungkin kami berlima akan berhijrah ke Marikh pula."

"Marikh? Alah..tak payah la pergi jauh-jauh. Mincy, dengar sini. Mulai hari ini, minit ini dan saat ini awak jadi kawan saya. Awak tak perlu la pergi. Just duduk je dengan saya. Boleh kan?"

"Awak terlalu mengharap, Hazziq. Saya sendiri pun tak tahu apa nasib saya jika terus di sini. Awak sanggup melindungi alien macam saya? Macam mana kalau semua cerita ni bohong, dan saya berhajat untuk menakluki planet Bumi ni? Awak sanggup ke berkongsi Bumi dengan makhluk lain?" Mincy menguji.

Hazziq merenung mata Mincy, mencari sinar kebenaran atas kata-kata itu. Seketika kemudian, dia tersenyum lebar. Tangannya membelai bulu lembut Mincy dan sekali-sekala mencuit hidung. " Apa ni Mincy, kok mahu menguji pun biarlah real. Ini tak, mata galak awak tu langsung tak mencerminkan kebohongan, tahu! Mata awak jernih, awak gagal untuk menjadi seorang pendusta. Mincy, keputusan saya ialah ...saya percaya awak 100%. Saya akan bantu awak membebaskan kawan-kawan dan membina sebuah keluarga bahagia untuk awak semua. Percayalah!"

"Ya, betul tu Mincy sayang. Abang saya takkan mengkhianati kawan sendiri. Saya pun." Wafiy berdiri betul-betul di pintu bilik. Dia tersenyum saja melihat abangnya meggelabah. Siap disembunyikan lagi Mincynya dalam baju.

Hazziq berpaling lambat-lambat ke arah adiknya yang masih tercegat di muka pintu. "Wafiy, macam mana...?"

BERSAMBUNG >

Ps: Novel ini tidak pernah diedit

FLY HIGH! ANGEL_K20Where stories live. Discover now