SERVER 16

12 3 0
                                    

Permukiman Fuego,HyperServ

Fared sekadar memandang ke arah Ismail yang duduk bersebelahan dengan Kirin.Unggun api yang dinyalakan semula menerangi persekitaran.Sesekali kedengaran unggas saling bersahutan menghiasi latar bunyi malam di perhutanan itu.Fared sekadar menjadi pemerhati gelagatnya.Kelihatan Ismail sedang memerhatikan Batu Prasasti Dunia yang bersaiz gergasi itu.Akalnya ligat memikirkan situasi semasa ketika ini.Sesuatu yang mungkin difikirkan tidak masuk akal sama sekali.Apakah benar seperti yang dikatakan oleh Kirin.Adakah ini benar-benar dunia yang lain selain dunia realiti? Dia berada di dunia mana sebenarnya? Pelbagai persoalan menyesakkan akal fikiran Ismail kala ini.Dahinya berkerut.

"Itu adalah Batu Prasasti Dunia." Fared memecahkan kesunyian apabila menyedari Ismail memandang pada batu itu agak lama.Kelihatan sedang memikirkan asal usulnya.Memikirkan tentang kewujudannya.Sekilas Ismail menoleh kepada Fared.Mereka bertentang mata.Saling 'tikam-menikam' menerusi pandangan mata.Ismail masih tidak mempercayai lelaki yang bernama 'Fared' itu.

"Aku tahu.Kirin dah beritahu aku tentang batu ni." Ismail membetulkan duduknya.

"Kau tahu apa tujuan mereka datang sini?" Fared lebih merujuk kepada Tajima dan Zaidi.

Ismail menggelengkan kepalanya tanda tidak mengetahui niat tersembunyi ahli Blackserv itu menyerang mereka sebentar tadi.

"Mereka mahu memusnahkan batu ini." Jelas Fared secara ringkas tanpa riak wajah yang serius.Ismail tercengang.

"Kenapa? Apa kena-mengena batu ni dengan mereka?" Terpacul dua soalan serentak dari bibir Ismail.

"Mereka adalah kumpulan Hacker.Mereka mahu mencipta dunia yang hampir sama dengan dunia Hyperserv ini namun gagal kerana Hyperserv ada resepi penciptaannya tersendiri yang unik.Oleh sebab mereka mahu hanya ada satu sahaja dunia seperti ini, jadi mereka datang ke sini untuk memusnahkan Hyperserv ini.Jadi, senang untuk mereka membolot kemewahan.Menjadikan diri mereka raja.Memaksa semua penduduk yang menggunakan Brainlink untuk masuk ke dunia ciptaan mereka dan sekaligus mencatatkan nama mereka sebagai raja di tempat mereka sendiri." Panjang lebar Fared menjelaskan keadaan yang sedang berlaku kepada Ismail yang kelihatan tidak tahu apa-apa mengenai dunia digital itu.

"Kau tahu siapa mereka?" Ternyata Ismail tidak mengetahui secara terperinci tentang dunia ciptaan manusia ini.Fared mengganggukkan kepalanya perlahan tanda reaksi kepada soalan Ismail.

"Mereka daripada kumpulan Blackserv.Itu nama yang diberi.Atau lebih tepat kepada Hyperserv versi kegelapan." Ringkas Fared sambil mencampakkan sebatang kayu ke dalam unggun api yang marak menyala.

"Jadi kau kenallah mereka?" Ismail masih tidak berpuas hati.

"Pada asalnya, aku tidak kenal.Malah aku pun tak tahu tentang kewujudan mereka.Tapi kawan aku ada menceritakan perihal mereka." Fared merujuk kepada Irfan.Sebelum dia 'berangkat' masuk ke Hyperserv secara menyelinap memandangkan sistem Hyperserv dikunci, Irfan ada menceritakan serba sedikit perihal musuh mereka.

Itulah misi yang perlu dilangsaikan oleh Fared.Dia perlu menyelesaikan permasalahan ini dengan kadar segera kerana jika dibiarkan berlarutan, ia akan memakan nyawa yang tidak bersalah malahan akan semakin ramai bilangannya.

Ismail memandang sekilas pada Batu Prasasti Dunia itu.Pastinya batu itu memiliki satu kuasa yang luar biasa hebatnya sehingga ia menjadi rebutan di antara dua pihak.Dia sendiri tidak tahu sama ada mahu mempercayai 'cerita dongeng' itu ataupun sebaliknya.Malahan dia sendiri tidak tahu lokasi keberadaannya ketika ini.Sama ada di dunia asing seperti yang diceritakan kepadanya atau berada di mana-mana lokasi sebuah hutan belantara di dunia realiti.Dia sendiri buntu.Namun sekiranya difikirkan semula, dia telah meyaksikan sendiri keupayaan senjata canggih yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini termasuklah senjata laser yang digunakan oleh Tajima serta bola sfera cahaya pelindung yang melindunginya dari ledakan pembunuh senjata laser.Semua senjata dan teknologi itu tidak pernah dilihatnya malahan tidak mengetahui tentang kewujudannya.Dia sedia maklum bahawa dunianya ketika itu berada pada satu zaman kemuncak teknologi tetapi senjata secanggih itu masih terasa asing baginya.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now