SERVER 58

7 2 4
                                    

Anggota keselamatan dan anggota polis mula memenuhi ruangan halaman teratak Hairuddin lanjutan dari serangan lelaki buas sebentar tadi.Jasad lelaki itu diselubung dengan plastik hitam sebelum ianya diangkat dan akan diuruskan mengikut prosedur keselamatan yang sedang berkuatkuasa.Situasi genting yang melanda ketika ini ternyata amat membimbangkan.Serangan dari manusia yang bersifat haiwan buas itu masih menjadi tanda tanya dan masih di dalam siasatan.Buat masa ini, mereka hanya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengukuhkan benteng pertahanan masing-masing disamping membuat rondaan ketat 24 jam tanpa henti bagi memastikan tiada nyawa marga yang tergadai.

Hairuddin bersama Hadif duduk diberanda teratak kediaman Hairuddin sekeluarga.Lengan dan dada Hairuddin yang luka sedang dirawat oleh pegawai kesihatan yang turut serta hadir ke teratak Hairuddin. Lukanya dibersihkan dan dibalut bagi mengelakkan pendarahan semula sekaligus mengelakkan jangkitan kuman pada luka.

"Encik Hairuddin...boleh saya tanya tentang perkara yang berlaku sebentar tadi?" Dua orang pegawai polis menghampiri Hairuddin dan Hadif. Mereka berdua lengkap berpakaian seragam anggota polis dan keselamatan.Hadif juga tidak terkecuali memandangkan ketika ini adalah waktu dia bertugas.

Hairuddin menceritakan setiap perkara yang terjadi secara terperinci memandangkan kesemua maklumat itu amat diperlukan oleh anggota polis dalam menjalankan siasatan.

"Menurut dari maklumat kami, kesemua suspek yang pada asalnya adalah manusia biasa.Perwatakan mereka berubah sepenuhnya menjadi buas dan ganas.Tidak ubah seperti haiwan liar yang mencari mangsa.Ianya berpunca dari penggunaan Brainlink." Salah seorang pegawai polis menjelaskan secara ringkas.

"Penggunaan Brainlink telah luas digunakan sejak sekian lama.Kenapa tiba-tiba boleh berlaku perkara sebegini, tuan?" Hairuddin pula menyuarakan persoalan.Dia juga tertanya-tanya.

"Perkara itu masih di dalam siasatan kami.Memandangkan situasi sekarang teramat berbahaya.Ramai nyawa yang tidak bersalah maut di tangan mereka." Jelas anggota polis itu lagi.

"Ada maklumat lain menyatakan, manusia yang normal pada asalnya berubah menjadi ganas dan buas akibat penggunaan Brainlink dalam tempoh yang sangat singkat. Sedangkan, sambungan data ke pengkalan data induk ketika ini masih terputus dan masih belum dapat diperbaiki lagi. Bagaimana Brainlink boleh berfungsi kalau pangkalan induk utama masih down dan tidak beroperasi?" Hadif pula bersuara.

"Itulah yang merumitkan keadaan.Kita tidak tahu mengapa mereka menggunakan Brainlink ketika itu sedangkan alat itu masih tidak dapat berfungsi tanpa sambungan ke sistem induk utama. Mengikut perangkaan saya, mungkin berlaku masalah teknikal pada alat itu.Mungkin ianya adalah glitch pada sistem." Salah seorang pegawai polis itu menyuarakan pandangannya.

"Mana mungkin, tuan. Glitch hanya berlaku berdasarkan pada sesebuah sistem sahaja atau ianya hanya melibatkan satu peralatan sahaja. Sekarang, kesemua suspek yang memakai Brainlink jadi perkara yang serupa.Ianya berlaku dalam jumlah yang banyak dan serentak.Pada masa yang sama, tiada aktiviti yang aneh pada sistem induk utama.Pakar teknologi kita telah menyemak secara keseluruhan pergerakan data pada sistem induk utama berulang kali dan hasilnya tetap sama.Tiada aktiviti yang aneh berlaku. Kita mendapati tiada glitch yang berlaku pada sistem induk utama juga." Hadif juga tidak ketinggalan memberikan pandangannya.

Keadaan semasa ketika itu, pihak pakar teknologi saling berganding bahu bagi menyelesaikan masalah teknikal pada sistem induk utama sekali gus mengaktifkan kembali sistem server utama yang melumpuhkan kehidupan seharian manusia ketika itu.

"Itulah yang lebih merumitkan keadaan.Ketiadaan teknologi ketika ini melumpuhkan prosedur siasatan kita.Kita terpaksa melakukannya mengikut kaedah lama." Salah seorang dari anggota polis itu pula bersuara.

HYPERSERV : BEGINNINGWhere stories live. Discover now