PROLOG

396 34 64
                                    

         CAHAYA lampu itu berkerlip-kerlipan sebelum dipadamkan untuk beberapa saat. Tidak sampai angka 5 saat, lampu kecil di atas siling menyala semula.

   Pintu bilik kedengaran tertutup setelah kelibat dua sosok masuk ke dalam bilik gelap itu. Yang menerangi bilik itu hanyalah meja sahaja. Memang tipikal orang jahat berbincang dalam bilik yang gelap ke?

   Cubalah buat perbincangan dekat pantaikah... hotelkah. Ini hendak buat mesyuarat dalam bilik gelap semacam. Tikus pun boleh terhantuk  dinding kalau merangkak. Haih... tidak risau mata akan rosakkah?

   "Sampai pun kau orang." Suara garau keluar daripada tubuh yang disarungkan kot hitam itu. Kedua wajah di hadapannya dipandang. "Jadi, kau orang setuju?"

   "Dah kita orang datang sini, tak akan kita orang tiba-tiba menari macam kumpulan KPOP depan kau pula? Haih, itu pun tak boleh fikir." Sosok pertama yang datang tadi kedengaran menyindir lelaki berkot hitam itu.

   Lelaki berkot hitam mengabaikan lelaki itu. Dasar kurang makan asam. "Ehem! Macam aku kata sebelum ini, kalau kau orang setuju, aku tak akan serang keluarga kau orang."

   "Tak perlu cakap banyak. Jadi, apa tugasan kita orang sebelum bertolak, esok?" Tegas sosok kedua itu berbicara. Jenis tidak boleh bawa bergurau orangnya.

   "Tugas kau orang ialah menyamar, membunuh dan mensabotaj misi mereka dalam mendapatkan power sphera TerraBot." Gambar power sphera berwarna coklat ditunjukkan. "Dalam masa yang sama, dapatkan power sphera itu untuk aku."

   "Ush, comelnya power sphera ini. Alala..." Belum sempat tangan sosok pertama itu menyentuh gambar itu, si lelaki berkot hitam itu menarik semula gambar itu.

   "Tak payah ala ala sangat." Lelaki itu menyimpan gambar itu. Dasar kedekut... dia hendak tengok gambar itu seorang-seorang agaknya.

  Lelaki itu menyambung penjelasan yang terganggu tadi. "Masa kau jejak ke kapal angkasa, kau bukan ahli Tapops tetapi pembelot kepada Tapops."

   "Sampai aku beri arahan kepada kau orang, barulah kau orang mulakan tugas kau orang. Kalau aku tak bagi arahan, jangan memandai nak baling pisau macam lontar peluru."

  "Faham?" Lelaki itu membuat posisi ala penjahat, menggenggam dua tapak tangan di meja. Nasib tak letak kaki di atas meja, kalau tak, boleh diterima satu lagi nama selain berkot hitam.

   Bekas pelajar sekolah ini, kurang ajar orangnya.

   Dua sosok itu saling berpandangan sebelum mengangguk. Mereka berdua berpaling ke hadapan semula. "Kami faham."

   Lelaki itu tersenyum di sebalik topeng yang disarungnya. Sekejap sahaja lagi, power sphera itu akan menjadi miliknya. Dan Tapops akan jatuh tanpa diduga.

   "Abang, bilik air dekat mana? Haih, saya hendak terkucil pula." Sosok pertama itu memegang kelangkangnya dengan tarian kawad masa sekolah rendah. Tidak tahan sangat ini.

   "Ergh, keluar bilik ini, belok kanan." Lelaki itu menunjukkan arah melalui lukisan anginnya. Harap-harap tidak tersesat jalanlah.

   Sebelum keluar, sosok kedua itu menoleh sipi-sipi ke arah lelaki itu yang sudah membuka telefon. Nak main gamelah itu.

   Sosok kedua itu bersuara. "Kau janji, kau tak akan cederakan keluarga kita orang?"

   "Kau nak aku cakap bahasa Planet Gurunda ke? Ya, asalkan kau orang laksanakan tugas kau orang dengan betul." Sengaja lelaki itu menghentikan ayatnya. Dia mengeluarkan nada yang menyeramkan.

  "Kalau tak, balik dari planet itu, kau akan disambut dengan kubur dia orang sahaja."

   Sosok kedua itu membuat endah tidak endah dengan amaran lelaki itu. Terus keluat gaya Ah Long selesai mengutip hutang. Ingat bergaya ke?

   Lelaki itu menghela nafas berat sebelum ketawa sinis. Dia membuka salah satu aplikasi di telefonnya. "Haih... dahlah datang pukul tiga pagi. Kacau aku main Among Us sahaja."






.
.
.
.
.
AMONG THEM
-------------------------
"Siapakah penyamar antara mereka?"

 AMONG THEM-------------------------"Siapakah penyamar antara mereka?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Lukisan itu Nooroo lukis sendiri tau. Yalah, dah tak ada gambar Gopal pakai sarung Among Us. Lukis sendirilah TvT.)

Among ThemWhere stories live. Discover now