4/8

132 21 32
                                    

DALAM beberapa minit yang lepas, Yaya pula dibunuh. Kemudian, kita orang jumpa pisau yang digunakan untuk tikam Ochobot. Lepas tu, power sphera nama Te... TekaBot datang bagi senjata pembunuh bak kata Laksamana Maskmana.

Dengan menggunakan kebijaksanaan detektif aku, aku telah menangkap penyamar pertama yang sebenar. Tidak sangka aku Sheilda, adik kembar kepada abang tudung saji yang aku kagumi... buat semua ini.

Kenapa? Sebab luka pada tangan Sheilda sama dengan tali memancing yang digunakan untuk bunuh Yaya. Tetapi, entah kenapa aku rasa tidak sedap hati.

Kalau betullah Sheilda penyamar, siapa pula penyamar kedua? Eee, takutnya aku! Amma!

Sheilda duduk dengan pandangan kosong di dalam penjara tersebut. Wajahnya bercahaya ditempias cahaya biru iaitu pengesan penyamar pada badannya yang dihasilkan dari siling penjara.

"Macam mana nak tahu dia imposter dengan hanya scan sahaja?" Amato tergaru sisi kepala sambil bertanya.

Mechabot menjeling ke arah Amato. Tangannya masih kekal memeluk tubuh besinya. "Haih, itulah. Masa mesyuarat, kau tertidur. Mengikut maklumat daripada Laksamana Tarung, bos si agensi itu akan cop lengan penyamar dengan cop halimunan."

Laksamana Maskmana mengangguk, mengiyakan. "Ya. Dengan cop itu dapat mengetahui setiap tindak-tanduk mereka. Kira macam cop mikrofonlah."

Pada dinding atas sel penjara itu berkelip-kelip cahaya merah, menandakan keputusan telah diletakkan.

"Sheilda was an imposter."

Sheilda terbuntang mata. Dia terbangun daripada duduknya. "Kejap, bukan akulah! Mesin ini rosak agaknya!"

Mechabot mendongak, memerhati cahaya lampu yang berkelip-kelip. Lampu itu kemudian berkelip setelah ditekan satu butang. "Tak. Elok lagi. Celah mana rosaknya?"

Riak wajah Amato berubah tegas. "Sheilda? Kau imposter? Siapa yang arahkan kau? Siapa pengintip yang lain?"

"Kau ini pun... nak kata bebal. Dari kau kecil aku dah latih kau." Laksamana Maskmana memperlahankan nada suaranya. "Kan ada cop mikrofon, bahayalah kalau orang lain dengar."

"Oh, hehehe. Maaf." Sempat lagi si bapanya BoBoiBoy tersengih. Berbeza betul dengan anaknya. Nasib si anak lebih ikut perangai emak.

"Sumpah, aku bukan imposter! Aku tak bunuh Yaya. Memang aku pergi sana nak ambil ke rantak kunci abang aku saja!" Sheilda menidakkan.

Mechabot berdesis perlahan. "Rasa macam ada sesuatu yang tak kena."

Agak-agak... siapa penyamar yang kedua?

_____Opening Theme_____

Imposter Imperceptible
Evil undectable
Imposter Imperceptible

I found a body beside the reactor.
Somebody killed orange?
Ah, you bastards!
What we gonna do?
This is disaster!
Everbody calm down and tell me what your task was.

Among ThemWhere stories live. Discover now