8/8

189 20 29
                                    

    "BOBOIBOY."

   Aku menyembunyikan badanku di sebalik dinding. Segala isi perbualan aku dengar sebaik mungkin. Kenapa ayah BoBoiBoy panggil nama BoBoiBoy tanpa bernada. Tidak mungkinlah...

   "Keluarkan barang yang BoBoiBoy sorokkan. Kau pembunuhnya, bukan?"

   "Ha?" Aku berteriak kecil. Menyedari suaraku agar mendapat perhatian, segera aku tekup mulutku. Aduh, masa inilah hendak jerit macam dalam filem zaman 90-an! Eh, betulkah?

   Di sebalik misi sekejap aku menjadi ejen, aku melihat BoBoiBoy mengeluarkan sebatang pen berwarna merah. Sekejap, BoBoiBoy tidak pernah ada pen merah.

   "Mechabot?" Sinis sahaja ayah BoBoiBoy menduga. Siap main lawan tenung mata dengan Mechabot di sebelahnya.

  Aku mengusap daguku dan berbisik sendiri. "Jadi betullah anggapan aku."

   Mechabot tersenyum sinis sebelum mengeluarkan pistol yang entah dari mana dia dapat. Muncung pistol itu dihalakan betul-betul di belakang Amato.

   Mechabot bertutur perlahan macam watak antagonis mula memunculkan diri. "Nampaknya kau dah tahu..."

   "Amato."

____Opening Theme____

I'm definitely not an imposter
If I was
Then I wouldn't be the one
Cause I'm not one.
Even I was, I wouldn't say that I wasn't

Cause I'm not.
It's impossible.
Implausible.
I'm am an imposter. (Imposter)
Obviously I'm not an imposter.

Honest to God!
I should toss ya'll
Like a rotten salad.
Any evidence against me far from valid.

Like I never stab your neck
Or stab your back
Or crawl of through the smallest vent
ATTACK!

An Imposter's a role
I could never fulfill
If you don't believe me
Ask the guy that I just killed.

_________________________

            "AYAH!" Kaki BoBoiBoy bergerak seinci. Entah mengapa boleh kaku di tengah jalan. Tidak mungkin, Mechabot akan bunuh ayahnya... tidak, sahabat robot itu sendiri di hadapan matanya?

   Mechabot menenangkan BoBoiBoy yang kelihatan resah dan gelisah itu. "Bertenang, aku tak akan bunuh Amato depan mata kau. Bukan sekarang. Jadi, Amato. Sejak bila kau tahu?"

   Amato tergelak kecil sambil kedua belah tangannya diangkat. "Oh, mudah sahaja. Semuanya sama macam apa yang Gopal katakan, tetapi sedikit berbeza dan lebih mudah."

   Gopal mengerutkan dahi. "Sedikit berbeza?"

   "Semalam kau masukkan ubat tidur dalam minuman aku, bukan? Aku minum sikit sahaja, yang lain taruh dekat luar. Sebab rasa tak sedap." Dalam beri alasan, sempat lagi mulut Amato menjadi celupar. Tidak takut kena tembak orang dewasa ini.

Among ThemWhere stories live. Discover now