BABAK TAMBAHAN

132 20 6
                                    

   FANG versi hantu menggerakkan kuda di atas papan chessnya. Sebaik sahaja gilirannya tamat, dia bersuara. "Jadi, macam mana lepas kena bunuh dengan Mechabot?"

   "Okey sahaja." Yaya menggerakkan buah pahlawan yang memakan buah ratu Fang. Tenang sahaja walaupun sudah menjadi hantu. "Yes! Checkmate!"

   Fang menggosok rambutnya. Aduh, macam manalah tidak perasan buah ratu dia terletak si itu. Tidak fasal - fasal dekat dengan buah rajanya! Dia mengusap dagu untuk memikirkan startegi seterusnya.

   Yaya tersenyum kemenangan sebelum berpaling ke arah adiknya yang bermain kereta. "Otoi, nanti lepas main kemas, tau!"

   "Erm!" Otoi hanya mengangguk, memahami.

   Bunyi tapak kaki mendekati pintu bilik pejabat yang tertutup. Selang beberapa saat, pintu bilik itu terbuka secara kasar.

    Kelihatan Ying versi hantu dalam baju tidurnya mengomel, tidak puas hati. "AKU KENA BUNUH DENGAN MECHABOT! AH, BELUM SEMPAT AKU HABIS BACA NOVEL ITU, DIA CEKIK AKU MAA!"

   Yaya dan Fang saling berpandangan sebelum menoleh ke arah Ying semula. Fang menggerakkan buah rajanya menjauhi anak buah Yaya lalu menepuk-nepuk tempat kosong di tengah-tengah mereka. "Marilah, jadi pengadil."

   "Oh, okey!" Ying kemudian duduk di tempat yang dipelawa Fang.




.

Among ThemWhere stories live. Discover now