5/8

147 21 54
                                    

AKU, BoBoiBoy dan Fang tengah lakukan tugasan terakhir di bilik Makmal atau dalam bahasa Inggerisnya bilik Labortary. Dengar sahaja dari mulut Fang, yang Sheilda itu memang imposter!

Fuh, tidak sangka aku punya sangkaan tepat sekali! Rasanya boleh jadi penganti Detektif Muda Konon suatu hari nanti. Tapi, rasa tak percayalah yang Sheilda tu penyamar.

Dan masa pemancar isyarat itu disabotaj, Laksamana Maskmana ada cerita kat kita orang tentang kuasa TerraBot. Fuh, dia boleh tukar warna macam iguana. Hebat gila!

" Sesumpahlah, Gopal." - BOBOIBOY

Ah? Hehehe, yakah? Haaa... macam sesumpah!

Seawal jam 5:49 minit pagi, Fang menjejakkan kaki ke dalam pejabat sambil meregangkan otot tangannya. Bersungguh-sungguh tangan itu dijulang ke atas. Nasib tak ada kipas nanti betul-betul jadi cendawan tidak bertangan pula.

Fang mendekati meja dan mengeluarkan seplastik berisi donat Lobak Merah yang dibalut di bawah meja. Memandangkan orang lain tengah mandi, baik dia makan dahulu.

"Aaa..." Ketika donat Lobak Merah itu ingin terbang masuk ke dalam mulut Fang, tidak semena-mena telinga alien itu menangkap bunyi besi ruang udara dibuka.

Fang menurunkan donat Lobak Merahnya ke bawah sedikit. Rasa gusar mula terbit di dalam jiwa. 'Bunyi vent? Ada imposter ke?"

Fang menyimpan kembali bungkusan donat Lobak Merahnya ke bawah meja. Bayang-bayang di belakang Fang memanjang kesan dari kuasa Fang sendiri.

Fang mengambil langkah penuh berhati-hati ke arah ruang udara itu. Seperti ejen FBI, Fang menyambar sosok itu menggunakan jari bayangnya. "Hiyargh!"

"Cit... cit... cit..." Fang terlopong melihat seekor tikus berwarna merah meronta-ronta melepaskan diri. Lah, ingatkan penyamar tadi!

"Lah, bintang rupanya. Buat takut aku sahaja." Fang mengomel seorang diri seraya meleraikan kuasanya yang mengikat tikus merah tadi. Tanpa disedari Fang, ada seseorang melekat di siling yang betul-betul di atas Fang.

"Baik aku sambung makan dona... ARGH!" Fang terlompat ke belakang tatkala tubuh seseorang jatuh di hadapannya. Penuh bergaya, sosok itu bangun di hadapan Fang dengan pisau di tangan.

Belum sempat Fang ingin berdiri dengan normal, jam kuasa di pergelangan tangannya rosak serta-merta apabila terkena balingan pisau oleh tubuh itu. Sempat lagi si Fang bertatapan mata dengan sang penyamar yang pakai topeng itu.

Ingat ini drama Hindustan ke?

Fang membuka langkah ke pintu keluar Pejabat yang berlainan tetapi nasib malang buat Fang. Pintu pejabat itu telah disabotaj oleh penyamar itu.

Melihat penyamar itu mengejarnya, Fang menjejakkan kaki ke tepi dinding dan melompat melintasi penyamar itu. Penyamar itu memusing ke belakang dan membaling ke arah Fang.

Fang dengan pantas mengelak pisau itu dari terkena tubuhnya. Dia mendarat dengan selamat namun lain yang terjadi. Sebuah pisau entah dari mana terbang menusuk lehernya.

Penyamar itu mengukirkan senyum sinis. Dia bergerak perlahan, bukan ke belakang gaya Moonwalk itu. Sampai sahaja di hadapan Fang yang nyawa-nyawa ikan, pisau itu dicabut dari tubuh itu.

"Ting!"

Serentak dengan itu, bunyi pintu pejabat dibuka. Tubuh penyamar itu kaku kerana terkedu mendengar bunyinya. Selang beberapa saat, kedengaran suara Gopal dan BoBoiBoy berteriak.

Among ThemWhere stories live. Discover now