7/8

131 20 36
                                    

BERITA tergempar! Berita tergempar, semua orang! Bukan Appa aku tahu aku sorok kertas ujian Matematik yang markah negatif lima belas itu! Tetapi Otoi, adik Yaya... telah dibunuh!

Hendak dipendekkan cerita, Laksamana Maskmana kata... mungkin ada salah seorang daripada para penyamar telah palsukan identitinya. Dan tuduh sama ada Sheilda dan Kapten Papa yang penyamar.

Sheilda? Aku rasa dia memang penyamar yang sebenar. Sebab ada kesan luka pada tangan dia hasil daripada tali memancing itu. Kapten Papa... aku rasa dia bukan penyamar... entahlah!

Aduh, sebab Papa Zola mengaku fasal bos itulah lagi merumitkan keadaan! Suspek yang disyaki iaitu ayah BoBoiBoy, Laksamana Maskmana dan Mechabot.

Ayah BoBoiBoy... rasanya tiada bukti kukuh untuk tuduh dia. Sebab yang masuk serentak ke dalam pejabat hari itu Laksamana dn Mechabot. Dia pun tertidur masa mesyuarat jadi tak tahu apa-apa fasal penyamar... atau dia pura-pura tak tahu?

Laksamana Maskmana pula jaga dekat sel penjara. Kemungkinan untuk bunuh Otoi pun tinggi memandangkan kapal angkasa dekat dengan tiang isyarat. Senanglah kalau nak bunuh Otoi dan masuk terus ke pejabat.

Mechabot... oh, ya! Semalam pun aku jumpa Mechabot. Tingkah laku dia pun agak mencurigakan...

"Kau curi makanan lagi ya malam-malam macam ini?" Gopal meneguk air liur sebaik sahaja pertanyaan itu menyapa pendengaran telinganya. Aduh, habislah dia! Habis kena lapor pada Amato dan Laksamana!

Gopal mengutip peket makanan yang terjatuh itu dan dibawa ke ribanya. "Err, Mechabot yang kacak dan bergaya... janganlah bagitahu Laksamana dan..."

"Ah, kau ingat aku ini mudah terpujuk ke? Cepatlah balik bilik. Aku tak bagitahu."

Gopal menghela nafas lega dengan satu sengihan terukir di wajahnya. Fuuh, selamat makanannya dari dirampas! Dia kemudian berjalan menunduk di sebelah Mechabot seraya mulutnya bertutur perlahan. "Hehehe, anak cucu tumpang lalu, tok."

Cepat-cepat dia melintas membelakangi Mechabot. Mata Gopal menangkap alat yang digenggam kemas oleh Mechabot. Dengan perasaan ingin tahu, dia menyoal. "Kenapa bawa alat itu?"

Mechabot berpaling ke arahnya lalu mengangkat sedikit alat itu. "Amato terjatuhkan alat kawalan jauh dekat belakang almari dia. Sebab tu aku ambil alat ini."

"Oh..." Mulut Gopal terlopong berbentuk huruf 'O'. Tidak hairanlah. Lagipun bilik Mechabot dan Amato dekat dengan kawasan dapur.

Mechabot bercekak sebelah pinggang. "Apa oh? Oh? Masuk bilik!"

"Ba... baaaik!" Gopal segera meninggalkan Mechabot seorang diri di lorong itu. Tidak semudah itu buat detektif Gopal untuk meninggalkan suspeknya.

Gopal mengintai di sebalik dinding. Kelihatan Mechabot merenung alat di tangannya sebelum kecil. Tangan kiri robot itu yang tidak memegang apa-apa digenggam kuat.

Gopal berbisik di dalam hati.

Kenapa Mechabot mengeluh? Ke... oooh. Ke Mechabot hero MechAmato ini... penyamar sebenarnya?

Ah, makin berbelit nampaknya! Huhuhu, macam manalah detektif Muda Konon selesaikan semua ini?

_____Opening Theme____

Among ThemWhere stories live. Discover now