Bab 2

2.2K 333 93
                                    

Aqil berhenti di hadapan sebuah restoren berhampiran dengan apartment mendiang Anne setelah memeriksa rumahnya sekali lagi. Kerja tu kerja juga tapi makan jangan dilupa.

Ada sebuah motorsikal yang membawa beg makanan Food Koala berhenti di sebelah kiri keretanya. Aqil terus keluar dan mengunci pintu.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki awal dewasa merampas telefon yang dipegang oleh penghantar FoodKoala itu dan terus melarikan diri. Akibat momentum daripada tolakan lelaki itu, penghantar makanan tersebut jatuh hampir jatuh tetapi dia sempat bersandar pada pintu kereta Aqil. Jelas kelihatan calar kereta itu.

Melihat jenayah berlaku di hadapan matanya, hilang terus lapar Aqil. Kaki panjangnya terus mengejar pencuri itu. Jangan dibuat main dengan atlet balapan yang semua jenis larian dia sapu sejak sekolah rendah.

Sekejap sahaja pencuri itu dapat dicekup dan terus ditolak supaya mukanya ke dinding. Kaki pencuri itu ditekan lalu Aqil terus menggari pencuri itu. Telefon milik penghantar makanan tadi dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Nasib baik Aqil yang tahan kalau orang awam yang cekup, mahu berbirat lebam kerana dipukul.

Muda orangnya. Sihat lagi tulang empat keratnya. Terdesak macam manapun, dia boleh bekerja bukan mencuri.

Tapi itulah tu, kesempitan hidup boleh menghilangkan kewarasan akal.

Aqil kembali ke keretanya bersama pencuri yang sudah digari itu. Aqil tergamam seketika.

Seorang perempuan.

Seorang perempuan sedang gelabah ayam sambil memegang kesan calar pada kereta Aqil. Sudahlah kereta itu berwarna biru gelap jelas kelihatan calar yang terhasil.

"Cik?" Aqil memanggil wanita berambut pendek itu.

"Encik? Sorry! Bukan saya sengaja, saya..." Wanita itu bangun lalu berpusing. Mati ayatnya apabila melihat lelaki yang sedang dipegang Aqil.

PANG!

Satu tamparan padu melayang terus ke muka pencuri itu. Garang betul akak FoodKoala ni. Tanpa teragak-agak dia menampar pencuri itu. Aqil pula yang cuak macam dia yang kena tampar.

"Biadab kau ya? Kau tak kenal aku siapa? Akupun tak kenal kau siapa. Kau ingat kau anak buah aku nak ambil telefon tiba-tiba sebab nak main game? Aku anak buahpun tak ada." Ke situ pula dia perginya.

Pencuri itu menjadi agak agresif setelah ditampar. Berbakul-bakul carutan keluar daripada mulutnya.

"Diamlah!" Jerkah Aqil. Pantang telinga Aqil dengar orang mencarut. Satu tepukan padu penuh kasih sayang diberi ke kepala pencuri itu.

Terus terdiam si pencuri itu. Gerun mendengar suara Aqil.

"Cik ada lesen kereta?" Aqil bertanya.

"Ada, encik." Jawab gadis itu.

"Boleh tak memandu dalam keadaan sekarang ni? Ada apa-apa kecederaan?" Aqil bertanya lagi.

"Boleh encik. Saya tak apa-apa." Dia memeriksa keliling badan dan tangannya.

Memanglah bukan dia yang tercedera, kereta Aqil yang tercedera.

"Boleh inshaAllah. Okay, cik masuk tempat pemandu lepastu cik pandu ke balai polis. Kita settle dekat situ." Aqil memberi kebenaran untuk gadis itu memandu keretanya.

Kunci kereta diserahkan bersama telefon yang dicuri tadi

"Ampun cik, kita settle luar je la. Jangan macam ni cik, Allah maha pengampun cik." Rayu pencuri itu.

Masa mencuri tak ingat Tuhan. Bila dah kena cekup, baru tahu takut.

Rayuannya tidak dilayan. Aqil terus menolak dia masuk ke pintu belakang. Penjenayah begini tak boleh dibiar duduk sendiri. Manalah tahu dia buat aksi gila terjun kereta berguling-guling dekat jalan raya. Dah satu hal nak kena bawa pergi hospital pula.

TSK: NuansaWhere stories live. Discover now