Bab 3

1.9K 315 26
                                    

Waran geledah akan dikeluarkan esok jadi sebaik sahaja tamat waktu bertugas, Aqil terus bergerak pulang. Kerja-kerja membeli barangan dapur sudah diserahkan kepada Nuha. Dia hanya perlu mengemas sedikit rumahnya.

Aqil menetap di sebuah apartment bersaiz sederhana seorang diri. Keadaan rumahnya tidaklah bersepah teruk cuma ia tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menerima tetamu.

Sebaik sahaja pintu apartment dibuka, Aqil terus mandi terlebih dahulu. Selesai mengurus diri barulah dia mula menyusun buku-buku dan kertas jurnal yang kelihatan seperti berselerak tapi sebenarnya semua ada aturan sendiri.

Demi segulung ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang forensik, yang tidak langsung dihiraukan berapa lama masa diambil untuk menyiapkannya. Sanggup seorang Ahmad Aqil bergelumang dengan kertas. Bukan tidak boleh dibuat secara digital tetapi kepuasannya berbeza.

Ada juga rakan-rakan sekerjanya bertanya kenapa nak sambung belajar lagi sedangkan Aqil sudahpun mempunyai aset dan pekerjaan tetap. Sudahlah bekerja dengan penuh tekanan, lagi nak sambung Ph.D yang bukannya senang.

Bagi Aqil, dia menyambung Ph.D kerana dia sendiri yang mahu. Memang dia sudah memasang niat ketika di universiti dulu.

Tentang menuntut ilmu, tidak ada apa yang lebih berharga daripada ilmu yang dimanfaatkan dalam kehidupan.

Kadang, terkilan juga bila melihat pelajar-pelajar yang telah tamat peperiksaan besar cuba menghapuskan sumber ilmu dalam pelbagai cara. Buku rujukan, buku latihan, nota serta modul dibakar, dicampak ke sungai, ditinggal dan ada juga yang dicarik.

Entah dimanalah silapnya dalam mendidik anak bangsa ini. Sepanjang dia bertugas, entah berapa kali pelajar sekolah keluar masuk balai. Dia sendiri pernah mengendalikan tiga kes juvana yang melakukan jenayah berat.

Satu kes bunuh, dua kes rompakan bersenjata. Bercucuran air mata ibu bapa pesalah juvana itu apabila melihat anak mereka digari.

Mereka bersekolah sekadar memenuhi norma masyarakat. Pelajaran yang diajar tidak meninggalkan apa-apa nilai dan tidak langsung membantu dalam peningkatan kendiri. Mungkin kerana silibus di sekolah tidak menarik minat mereka untuk belajar atau mungkin kerana mereka mempunyai kecenderungan kecerdasan yang berbeza.

Dalam dunia ini ada sembilan jenis kecerdasan. Mereka yang cemerlang akademik cenderung kepada kecerdasan logik-matematik dan kecerdasan linguistik. Kecerdasan ini boleh diukur melalui peperiksaan bertulis tetapi tidak bagi baki tujuh jenis kecerdasan lagi iaitu naturalis, muzikal, eksistential, interpersonal, intrapersonal, kinestetik tubuh dan visual-ruang.

Semua orang ada potensi masing-masing.

Baguslah kementerian mula beralih kepada penaksiran secara autentik di mana penilaian tidak 100% tertumpu kepada peperiksaan semata-mata tetapi melibatkan tugasan simulasi kehidupan dunia sebenar yang mengaplikasikan pengetahun dan nilai yang bermakna.

Itu budak yang bersekolah, anak-anak lorong, entah bagaimana nasibnya. 

Mengajar mata pelajaran di sekolah itu memang tugas guru tetapi tugas mendidik itu terletak pada bahu setiap anggota masyarakat.

It takes a village to raise a child. Kata orang putih.

Orang sekeliling yang akan membentuk kompas moral anak-anak. Kalau tidak diajar anak itu tentang fungsi ilmu serta adab-adabnya secara praktikal, maka tidak akanlah anak itu hormatkan ilmu selayaknya.

Telefon Aqil berdering minta diangkat.

"Salam, aku dah sampai pondok guard ni. Kau nak turun ambil barang ke nak aku naik rumah kau?" Nuha terus bertanya.

TSK: NuansaWhere stories live. Discover now