Bab 9

1.8K 266 13
                                    

Jumaat.

Aqil membawa Faiz dan Rayyan sekali bersamanya untuk ke masjid.

"Masuklah masjid dulu. Aku tunggu orang." Aqil membenarkan mereka berdua mendahuluinya keluar daripada kereta.

Dua orang anak buahnya itu turutkan sahaja.

Selang beberapa minit kemudian, pintu keretanya diketuk. Barulah Aqil keluar.

"Assalamualaikum, Aqil." Furqan terlebih dahulu memberi salam dan menghulurkan tangannya.

"Waalaikumussalam, abang." Huluran tangan itu disambut.

Furqan memandang Aqil atas dan bawah kemudian dia memusingkan tubuh Aqil. Tubuh Aqil memang dibina untuk menjadi seorang pegawai polis. Sejak kecil lagi Aqil sangat aktif bersukan tidak seperti dirinya.

"Memang perlu ke buat body inspection macam ni setiap kali jumpa?" Keluh Aqil.

"Ni kenapa ni? Macam mana boleh calar teruk macam ni. Macam ada kemek sikit ni. Aqil accident ke?" Soalan Aqil tidak berjawab kerana mata Furqan sudah terpandang calar keretanya yang masih belum dibetulkan.

Mana ada masa hendak menghilangkan calar itu lagipun ia tidak memberi beri sebarang kesan terhadap pergerakan kereta. Furqan sahaja yang buat teruk.

"Tak, ada motor parking sebelah kereta. Motor tu jatuh. Tu je." Jawab Aqil.

"Alhamdulillah..." Jelas riak kelegaan pada wajah Furqan.

"Abang please, Aqil bukan budak lagi. Pandai-pandai la orang jaga diri." Aqil bercakap dalam suara mendatar.

Abangnya ini terlebih-lebih melindungi. Lantaklah adik dia ni polis ke superman ke langsung tak dihiraunya. Bukan Aqil tak bersyukur dikurniakan abang yang prihatin tapi kadang keprihatinan Furqan itu melemaskannya.

"Bila Aqil free? Lama dah kita tak makan sekali." Furqan terus kepada isi perbualannya.

"Malam free kecuali dapat call." Jawab Aqil.

"Kalau macam tu, lepas isyak esok datanglah rumah abang. Nanti abang panggil Aqilah datang sekali. Kita selesaikan terus hal tu. Dah tak mahu lari-lari. Aqil ni kuat sangat lari sejak sekolah rendah dulu sampai sekarang. Tapi ada benda yang Aqil tak boleh nak larikan diri daripadanya dalam dunia ni. Dah, jomlah masuk." Furqan dan Aqil jalan beriringan masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Selesai solat, sebelum berpisah dengan Furqan, Aqil memperkenalkan Faiz dan Rayyan kepada Furqan. Di saat abangnya menjaga kebajikan ratusan pekerja, dia hanya memiliki dua orang anak buah untuk diurus.

Rayyan dan Faiz dapat merasakan bahawa dua beradik ini mempunyai aura yang kuat tetapi berbeza. Terasa kecil pula bila berdiri di sebelah mereka berdua.

~

Fail kes Anne sudah ditutup.

Mereka sudah menemui botol yang terdapat kesan racun arsenik di rumah itu. DNA yang terdapat pada kuku Anne juga sepadan dengan DNA lelaki di tingkat bawah rumahnya yang telah dibunuh oleh Heart.

Penutupan fail itu membuka lembaran baharu dalam penyiasatan Aqil. Identiti sebenar Anne telah dikenalpasti. Dia bukanlah Anne Samantha Wilson seorang guru dari Estonia yang sepatutnya datang mengajar di sekolah antarabangsa di sini. Dia hanyalah seorang penyamar. Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak kedutaan Estonia. Anne yang sebenar berada di Estonia dan dia memberi keterangan bahawa dia mendapat e-mel yang mengatakan pemohonan dia untuk mengajar di Malaysia tidak berjaya sedangkan dia sebenarnya berjaya. Tidak dinafikan lagi, Clan of Sinners ada kaitan dalam hal ini.

TSK: NuansaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora