1

188 15 6
                                    

"Rian!"

Rian yang sedang berada dalam perlawanan bola sepak hanya mengabaikan jeritan dan sorakan yang diberikan kepadanya, sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu.

Lelaki itu terus merampas bola daripada pihak lawan lalu dipaskan kepada teamnya. Dia berlari ke arah gol sebelum bola dipaskan kembali kepadanya. Tanpa berfikir panjang, bola itu terus disepak ke arah gawang gol.

"Goooollll!" Jerit para juri.

"Rian!"

"Aaa, crush aku!"

"Sexy weh!"

"Gugur iman aku!"

"Perlawanan Bola Sepak Separuh Akhir dimenangi oleh Malaysia International Sport University (MISU)! Tahniah!" Putus juri.

"Goodjob, bro." Ucap pihak lawan MISU, Amsyar dan teamnya daripada Malaya University.

"Kau pun apa kurangnya, hebat juga." Balas salah seorang Team MISU.

"Rian, kau memang hebat. Daripada dulu aku kagum dengan kau." Puji Amsyar.

"Tak adalah, aku biasa - biasa je." Balas Rian lalu memandang jam tangannya.

"Alamak, aku lupa aku ada meeting penting pukul 12 nanti. Aku gerak dulu, bye!" Ucap Rian lalu terus berlari meninggalkan mereka semua.

"Woi, Rian! Elok - elok!" Pesan Vin separa menjerit, Rian hanya mengangkat tangan kanannya sebagai balasan.

Dia terus berlari anak ke arah di mana tempat parking kereta yang sememangnya dikhaskan untuk mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di situ terletak.

Kunci keretanya dibuka sebelum dia segera masuk ke dalam. Setelah memanaskan enjin, dia terus memandu keretanya menuju ke AD's Entertainment.

*****

Sebaik sahaja tiba di destinasi, dia terus keluar lalu mengunci pintu. Kakinya terus berlari masuk ke dalam bangunan yang tinggi itu. Lif dituju, butang ke tingkat paling atas di mana biliknya terletak menjadi pilihan.

Sebaik sahaja dia tiba di tingkat yang dikehendaki, dia terus berlari anak ke arah biliknya. Jejaka itu terus masuk ke dalam lalu mengunci pintu.

Dia terus berjalan ke arah almari yang menempatkan pakaiannya. Terima kasih kepada Bella atas cadangannya, sekarang baru Rian faham apa kegunaan sebenar apabila meletakkan pakaian ganti di dalam bilik ketika berada di office.

Dia terus membuka baju lalu mengambil sehelai tuala, kakinya melangkah ke arah bilik mandi. Usai mandi, dia menukar pakaian kepada pakaian formal.

Kemudian, dia terus keluar dari biliknya lalu berjalan menuju ke Bilik Mesyuarat yang terletak tidak jauh daripada biliknya. Pintu diketuk beberapa kali sebelum dia melangkah masuk ke dalam.

"Maaf, saya lambat." Ucap Rian.

"It's okey, Tengku Khairil. Kami pun baru je sampai. Silakan duduk." Pelawa Engku Wilson.

"Terima kasih." Ucap Rian lalu terus melabuhkan duduk ke atas kerusi yang berhadapan dengan lelaki berusia 50-an itu.

"Kita mulakan mesyuarat."

***

"Tengku Khairil, terima kasih sebab sudi berkerjasama dengan syarikat kami." Ucap Engku Wilson.

"Sama - sama." Balas Rian sebelum mereka berjabat tangan.

Engku Wilson terus keluar dari bilik itu setelah meminta diri, Rian menghembuskan nafas lega. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Perbentangannya juga turut mendapat pujian.

jejaka ice vs gadis diva ✔︎Where stories live. Discover now