12

92 9 1
                                    

Elly berasa amat tenang. Sejak sebulan yang lalu, Naixen langsung tidak mengganggunya dan Rian. Malah, gadis itu langsung tidak memunculkan diri di hadapan mereka berdua.

Sepanjang berkawan rapat dengan Rian, Elly juga sudah mengalami beberapa perubahan. Terutamanya, dari segi pemakaian. Kini, gadis itu lebih selesa mengenakan blouse labuh paras peha dan dipadankan dengan jeans longgar.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kawasan university, Elly mengerutkan dahi saat dia menjadi perhatian semua orang pada saat itu.
Sememangnya dia selalu menjadi perhatian.

Namun kali ini pandangan warga university tersebut kelihatan agak berbeza, pandangan seakan - akan dia telah melakukan suatu kesalahan yang besar.

Puk!

Sebuah kamus yang tebal tiba - tiba dilemparkan kepadanya, mujur sahaja dia sempat mengelak. Gadis itu terkejut, dia cuba untuk mencerna apa yang telah berlaku.

Puk!

Puk!

Dan bermacam - macam lagi benda dilemparkan kepadanya. Tanpa menunggu lagi, dia terus berlari ke tempat yang tersembunyi. Dia menarik dan menghembuskan nafas sebelum mengeluarkan iPhonenya.

•••

MISU HOT NEWS 🔥

Elly, salah seorang mahasiswi MISU didapati telah melakukan suatu perbuatan terkutuk dengan seorang lelaki yang berusi dalam lingkungan 20-an.

Perbuatan terkutuk ini dilakukan di dalam kereta milik Elly sendiri. Kejadian ini didapati telah berlaku berhampiran dengan kawasan perumahan Taman Melati sebulan yang lalu.

Namun, siapa lelaki yang bersama dengan gadis ini?

📷

•••

Beberapa keping gambar dan beberapa buah video yang telah dikaburkan turut disertakan di dalam post itu. Elly menggelengkan kepalanya berkali - kali.

Semua yang dipaparkan bukanlah kejadian yang sebenar. Gambar dan video itu telah diedit! Dia yakin, ada orang yang sengaja ingin menganiayanya.

"Well, well, well. Looks what I got here." Kata seorang gadis dalam nada sinis.

"Seperti yang I agak. Tak ada orang lain lagi yang akan buat semua ni selain daripada you, Naixen." Balas Elly dingin.

Naixen terdiam saat mendengar nada suara Elly yang datar dan wajah yang tidak berperasaan itu. Air liur yang pahit ditelan, tiba - tiba sahaja rasa seram saat melihat wajah itu.

"Apa yang you tak puas hati dengan I? Sebab Rian layan I, but dia ignore you?" Sinis Elly, sengaja ingin menaikkan amarah Naixen.

"Sayangnya, bukan dia yang buat semua tu. Tapi, aku." Elly berpaling ke arah suara itu, air mukanya berubah.

"Di-Dee? But, wa-why?" Tanya Elly bersama suara yang terketar - ketar.

"Why kau tanya aku? Kau ni memang bodoh, kan? Daripada dulu lagi kau memang bodoh." Kata Dee sinis, Elly diam tak menjawab.

"Elly, kau dah tak ingat Diara ke?" Tanya Dee.

"Diara? Macam mana you kenal dia?" Tanya Elly.

"Kalau dah bodoh, memang sampai mampus pun akan terus bodoh! Ni akulah, Diara!"

Pernyataan yang diberitahu oleh Dee itu membuatkan Elly berasa seakan - akan ada batu besar yang menghempap badannya. Dia rasa begitu lemah.

"You...Diara?"

jejaka ice vs gadis diva ✔︎Where stories live. Discover now