17

102 9 0
                                    

"Okey, Calvin, Elly. Tujuan aunty dengan uncle panggil keluarga Elly datang ke sini sebab nak bincang pasal pertunangan kamu berdua." Kata Luna.

Calvin dan Elly saling berpandangan. Mereka berdua saling berbalas senyuman kelat sebelum masing - masing mengeluh.

"So, Elly nak tema apa untuk majlis tunang nanti?" Tanya Fahmi.

"Er, Elly tak kisah. Elly ikut je." Jawab gadis itu lalu menundukkan kepala.

Ding! Dong!

"Siapa pula yang datang tu?" Ujar Luna.

"Awak ada jemput orang lain datang ke sini ke?" Tanya Fahmi kepada isterinya.

"Mana ada. Biar Kak Fizah tolong tengokkan. Eric, Jennie, kita sambung perbincangan?" Pinta Luna,  Eric dan Jennie mengangguk.

"Assalamualaikum!"

"Dato', Datin, kawan Calvin dengan Elly datang ni." Kata Hafizah.

"Lah, kenapa kamu berdua tak beritahu awal - awal yang kamu berdua ajak kawan datang?" Tanya Jennie kepada anak dan anak saudaranya itu, Elly memandang Calvin, lelaki itu menjongket bahu.

Seorang lelaki dan seorang gadis berjalan menghampiri mereka. Calvin dan Elly yang sibuk bersoal jawab menggunakan isyarat mata dan bibir memandang ke arah mereka berdua.

Mata mereka serta - merta membulat, terutamanya saat melihat lelaki dan gadis tadi yang saling memaut lengan masing - masing.

"Emma? Rian?"

"Adrien? Kenapa you datang dengan Emma?"

Monolog hati Calvin dan Elly.

"Kamu berdua ni kawan Calvin dengan Elly, ya?" Tanya Eric, Emma dan Rian mengangguk.

"Saya Rian, ni pula Emma." Ujar Rian memperkenalkan diri.

"Emma ni girlfriend kamu ke? Cantik, sesuai sangat dengan kamu." Ujar Luna, Rian terus memandang Calvin.

Isyarat mata dihantar kepada lelaki itu. Dahi Calvin berkerut, namun lama - kelamaan dia dapat menangkap maksud pandangan itu. Mindanya mula memahami rancangan yang diatur oleh Rian.

"Seriously, bro. Kau memang tak disangka." Monolog hati Calvin.

"Tak, Emma bukan girlfriend saya. Tapi..." Lengan Emma dilepaskan oleh Rian.

"She's my girlfriend." Ujar Calvin sambil menarik Emma ke arahnya.

"Calvin! What are you doing?" Marah Luna.

Calvin memandang Rian, lelaki itu mengangguk sebagai tanda memberikan semangat. Calvin menghembuskan nafas kasar sebelum bersuara.

"Calvin tak pernah cintakan Elly. Calvin just anggap Elly sebagai adik Calvin. Selama ni, Calvin bercinta dengan Emma. Dah lama dah, dekat 5 tahun." Fahmi dan Luna terkejut.

"Mama dengan papa boleh bayangkan tak apa perasaan Calvin bila mama dengan papa plan nak satukan Calvin dengan Elly? Dari Calvin kecil, mama dengan papa tentukan everything dalam hidup Calvin tau. Calvin rasa macam anak patung.

Tapi bila bab - bab kahwin, bagilah Calvin peluang untuk bersama dengan orang yang Calvin cinta. Bagi Calvin peluang untuk tentukan pilihan Calvin." Fahmi dan Luna terdiam saat mendengar pengakuan daripada anak lelaki mereka.

"Dato' Eric, Datin Jennie. Saya harap Dato' dengan Datin boleh pertimbangkan keputusan Dato' dengan Datin untuk kahwinkan Elly dengan Calvin.

Elly selalu cerita masalah dia dekat saya. Maaf kalau ada kata - kata saya sakitkan hati Dato' dengan Datin, tapi saya nak jujur. Elly dah banyak berkorban untuk Dato' dengan Datin.

Jadi, saya harap Dato' dengan Datin bagi dia peluang untuk buat pilihan sendiri bila berkaitan dengan perkahwinan. Elly tak cintakan Calvin, tapi saya tahu yang dia cintakan saya." Ujar Rian panjang lebar.

Dato' Eric dan Datin Luna memandang ke arah Elly yang jelas terkejut saat mendengar kata - kata Rian.

"Elly, betul ke semua ni?" Tanya Eric.

"Betul, Elly cintakan Rian." Jujur Elly.

"Dato', Datin. Saya nak minta izin untuk berkahwin dengan Elly."

Elly menekup mulut dek kerana terlalu terkejut. Mereka yang lain pula terdiam, turut terkejut saat mendengar permintaan jujur Rian. Berani sungguh!

"Kenapa kamu nak kahwin dengan Elly? Apa yang kamu boleh bagi dekat dia?" Tanya Eric tegas.

"Cinta."

***

"Rian, thank you so much. Kalau bukan sebab kau, mesti aku dengan Elly akan bertunang tak lama lagi." Ujar Calvin.

"No hal lah. Tapi, kau mesti terkejutkan time tengok kita orang paut tangan each other tu?" Tanya Rian.

"Please jangan ungkit part tu. Jangan ulang lagi." Sampuk Emma.

"Kau fikir aku nak sangat ke? Dah lah mula - mula jumpa serupa nak cari gaduh." Kutuk Rian selamba.

"Eleh, dia tu yang salah. Tiba - tiba ajak orang jumpa." Balas Emma.

Calvin ketawa melihat gelagat mereka berdua. Matanya tiba - tiba terpandang kelibat Elly yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Aku dengan Emma chaw dulu, bye!" Ucap Calvin lalu terus menarik lengan Emma pergi dari situ.

Rian mengerutkan dahi saat melihat tingkah laku Calvin. Dia berpaling ke belakang, kelibat Elly yang berdiri tidak jauh daripadanya dipandang.

***

"Aku minta maaf atas apa yang jadi sebelum ni. Aku tak patut marah kau macam tu." Ujar Rian lalu menunduk.

"No - no, It's okey. It's my fault, I tahu yang you terkejut. I yang salah, I tak patut buat macam tu." Pintas Elly.

"Kosong - kosong?" Pinta Rian.

"Kosong - kosong." Balas Elly lalu tersenyum.

"So kiranya aku menanglah dalam game tu, kan?" Ujar Rian, keningnya dijongketkan berkali - kali.

"No, siapa cakap? Bagi I, boleh kahwin dengan you ialah sebuah kemenangan juga." Tutur Elly.

"Dah kalah tak nak mengaku pula." Balas Rian.

"No, I really mean it. And thank you." Ucap Elly.

"Thank you for what?" Rian menjongket kening.

"For every single things yang you dah buat untuk I." Ucap Elly.

"I'll do everything for you. I love you, Qistina."

Rian mengenyitkan matanya. Elly pula terkelip - kelip memandang lelaki itu, terpukau. Kacak sungguh!

"Hey, jangan tenung aku macam kau tak pernah jumpa orang. Lepas kita dah kahwin nanti, aku jadi milik kau juga. Kau nak buat apa - apa pun aku bagi." Ujar Rian, Elly tersenyum nakal.

"You tak sabar untuk first night sebenarnya, kan?" Usik Elly.

"Qistina!" Marah Rian, pipinya memerah.

"Aww, comelnya you blushing." Usik Elly lagi lalu ketawa.

"I hate you." Ujar Rian lalu terus berjalan pergi meninggalkan Elly, gadis itu ketawa geli hati.

"But, I love you so much!"

***

gomawo for your votes, reads and comments 💗

jejaka ice vs gadis diva ✔︎Where stories live. Discover now