2

138 14 1
                                    

Elly menyiapkan dirinya untuk ke university. Pakaian yang tersarung pada tubuh dikemaskan sedikit. Gadis itu menyemburkan minyak wangi sebagai sentuhan terakhir.

Senyuman diberikan kepada diri sendiri melalui pantulan cermin sebagai pembakar semangat. Sling bag dipakai, beg laptop dipegang.

Gadis itu terus berjalan keluar dari biliknya lalu turun ke tingkat bawah. Kelihatan Eric dan Jennie sedang menonton television di ruang tamu.

"Morning, mummy, daddy." Ucap Elly girang.

"Morning, Elly." Balas ibu bapanya.

"Elly ada kelas ke hari ni? Daddy baru ingat nak ajak Elly dengan mummy keluar." Ujar Eric.

"Sorry, daddy. Elly terlupa nak beritahu." Balas gadis itu lalu tersengih.

"It's okey, lain kali kita keluar sama - sama." Balas Eric lalu tersenyum nipis.

"Kelas Elly pukul berapa?" Tanya Jennie.

"Pukul 11 nanti." Balas Elly.

"Elly tahu ke jalan nak ke kelas?" Tanya Eric pula.

"Elly boleh cari. Lagipun biasanya ada peta, right? Or Elly boleh tanya orang dekat sana." Balas Elly, Eric dan Jennie mengangguk.

"Elly tak nak breakfast ke?" Tanya Jennie.

"I'm on my diet, mom. Okeylah, Elly minta diri dulu." Ujar gadis itu, dia menyalam dan mengucup pipi kedua - dua ibu bapanya sebelum berjalan ke arah pintu.

"Bye, mummy, daddy." Ucap gadis itu.

"Bye, Elly." Balas ibu bapanya.

Gadis itu terus berjalan keluar dari rumah lalu berjalan ke arah keretanya. Enjinnya dihidupkan sebelum dia memulakan pemanduan ke university. Sebaik sahaja tiba di destinasi, dia membetulkan rambut sebelum keluar dari kereta.

Elly terus berjalan ke arah cafe yang terletak tidak jauh dari situ. Memandangkan masih ada 30 minit sebelum kelas bermula, dia membuat keputusan untuk melepak di situ dahulu.

Sebaik sahaja dia menjumpai meja kosong, dia terus melabuhkan duduk. IPhonenya dikeluarkan, apps Twitter dibuka. Seperti biasa, tiada apa - apa yang menarik.

"Hai." Sapa seorang lelaki.

"I'm not interested, so leave me alone." Balas Elly tanpa memandang lelaki itu, matanya hanya fokus memandang iPhone.

Lelaki itu kembali ke meja di mana rakan - rakannya sedang berada. Mereka semua yang mencabar lelaki itu supaya menyapa Elly ketawa.
Itulah, confident sangat yang gadis itu akan melayannya.

Elly hanya mengabaikan mereka semua lalu berjalan pergi meninggalkan cafe itu. Dia melangkah ke arah sekumpulan gadis yang sedang rancak berbual.

"Excuse me." Sapa Elly sopan.

"Ye- oh my god, cantiknya you." Puji gadis itu serta - merta.

"Back to you." Balas Elly, mesra dan merendah diri.

Setelah berbual dan bertanya serba sedikit tentang university itu, Elly berterima kasih kepada mereka semua. Dia meminta diri lalu berjalan ke suatu arah.

Tiba - tiba, dia berselisih dengan seorang lelaki. Gadis itu tersentak, langkahnya juga terhenti. Wangian lelaki itu seakan - akan dikenalinya. Tapi di mana, ya?

Dia berpaling memandang lelaki yang berbaju hitam dan dipadankan dengan seluar jeans itu. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket. Nampak kacak walaupun hanya dari belakang.

"He looks familiar." Gumam Elly sambil memerhatikan lelaki yang semakin menjauh itu.

"Dia lelaki tu. Lelaki yang bagi coat dia dekat aku." Ujar Elly.

jejaka ice vs gadis diva ✔︎Where stories live. Discover now