7

106 12 9
                                    

"Jom teman I shopping. Malam ni you tak ada practice, kan?" Tanya Elly sambil memandang Rian dengan penuh harapan.

"Xiao beritahu kau?" Elly tersengih, Rian membuat muka.

"You comellah, Adrien." Puji Elly lalu tersenyum.

"Celah mana comelnya?" Tanya Rian bersama wajah masam.

"Dekat sini." Balas Elly sambil mencuit pipi Rian dengan selamba, terkelip - kelip lelaki itu dibuatnya.

"Kau nak aku marah ke?" Tanya Rian tegas.

"Tak nak." Jawab Elly bersama wajah yang sengaja dibuat sedih.

Rian mengeluh. Kenapalah dia rasa lemah sangat apabila bersama dengan gadis ini? Ada sahaja tingkah yang berjaya mencuit hatinya, nak marah pun tak jadi.

"Jomlah." Rian bersuara.

"Jom? Pergi mana?" Tanya Elly.

"Tadi kau ajak aku teman kau shopping, kan?" Ujar Rian.

"Tapi, you tak penat ke? You kan baru lepas habis practice."

Rian menepuk dahinya saat mendengar persoalan itu. Kenapalah gadis ini suka sangat memutar belitkan ayat? Time dia ajak tadi, tak ada pula nak fikir penat si Rian. Sekarang bila Rian dah bersetuju, dia pula yang ragu - ragu.

"Kau memang suka tukar - tukar ayat, kan? Dah lah, esok je aku teman kau shopping." Putus Rian.

"Betul ni?" Ujar Elly teruja.

"Nak ke tak nak?" Balas Rian.

"Okey - okey. Thanks, Adrien! I balik dulu! See you!"

Elly bangun lalu memberikan flying kiss kepada Rian sebelum berlalu pergi dari situ. Sama ada sedar atau tidak, senyuman nipis terukir pada bibir merah milik lelaki itu.

***

Tok! Tok! Tok!

"Xiao! Kau buka pintu ni sekarang!" Arah Rian dari luar.

Xiao yang sedang ralit bermain game mendengus geram, kacau line betul si Rian ni! Lelaki itu membuat muka lalu berjalan ke arah pintu sebelum membukanya.

"Apa yang kau dah buat, Ziqri Arsyad Bin Osman?" Tanya Rian sambil bercekak pinggang, Xiao yang melihat wajah bak singa kawan baiknya itu menelan liur.

"Alamak, dah kantoi ke?" Monolog hati Xiao.

"Apa yang aku dah buat?" Tanya Xiao sambil cuba menayang wajah selamba.

"Kau yang beritahu minah saleh tu pasal practice aku, kan?" Xiao tersengih tak bersalah sambil menayangkan piss ke arah kawan baiknya itu.

"Kau lah. Aku dah suruh kau cerita pasal coat yang kau pinjamkan dekat minah saleh tu. Tapi, kau yang tak nak." Balas Xiao.

"Kau ni memang aish! Geram betul aku. Kalau ikutkan hati, nak je aku cekik - cekik kau sekarang ni." Kata Rian lalu berura - ura ingin mencekik kawan baiknya itu.

"Kau kan sayang aku. Nanti, kalau kau cekik aku sampai mati, kau pula yang sunyi." Ejek Xiao.

"Hmm, betul juga. Tapi, aku tetap nak cekik kau." Balas lelaki itu lalu cuba mendapatkan kawan baiknya.

"Mak! Tolong!"

***

"Hi, Rian!" Sapa Naixen riang.

"Kau nak apa lagi, Naixen? Aku penatlah kena layan perangai kau ni." Balas Rian dingin.

"I nak you lah. Jom, kita pergi date." Ajak Naixen lalu memaut lengan Rian dengan erat, lelaki itu mengeluh kasar lalu mengalihkan tangan Naixen daripada memegangnya.

"Kau jangan sampai aku hilang sabar. Aku tak suka kau, aku menyampah dengan kau. So, just get lost!" Marah Rian lalu terus berlalu pergi.

Naixen yang melihat Rian mendengus geram. Daripada dulu dia cuba merapati lelaki itu, namun sampai sekarang lelaki itu tidak melayannya.

What should I do?

***

"Adrien!" Panggil Elly dari jauh sambil berlari ke arah lelaki itu.

"Kau pun sama! Semua orang asyik buat aku stres je!" Marah Rian, Elly terdiam.

"So-sorry." Ucap Elly lalu menunduk.

Rian yang melihat perbuatan gadis itu mengeluh berat. Disebabkan rasa marahnya terhadap Naixen, tak pasal - pasal pula orang yang tidak bersalah menjadi mangsa amarahnya.

"Hey." Panggil Rian lembut.

Namun Elly hanya menunduk. Rian terus menarik lembut dagu Elly supaya gadis itu memandangnya. Elly menatap mata lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Aku minta maaf. Aku tak ada niat pun nak marah kau." Ucap Rian lalu mengusap rambut Elly.

"Betul ke I buat you stres?" Tanya Elly.

Rian yang mendengar soalan gadis itu tersenyum. Senyuman yang jarang dilihat orang dan sangat manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.
Elly kaku, jantungnya serta - merta berdegup kencang.

"Tak, kau tak buat aku stres pun. Tapi, aku happy bila kau ada dengan aku. Aku happy sangat. Got it, yogurt?" Ujar Rian.

"Yogurt?" Balas Elly bersama dahi yang berkerut.

"Yeah, kau kan suka minum yogurt. Lagipun, kau sama macam yogurt." Kata Rian sebelum menayang senyuman nakal.

"Apa yang sama?" Tanya Elly.

Rian mendekatkan wajahnya dengan wajah gadis itu yang sedang memandangnya dengan pandangan blur. Elly hanya menatap mata Rian dengan pandangan polos.

"Manis bila senyum, masam bila aku marah." Kata Rian lalu mencipta jarak antara mereka.

"But, my name is..."

"No - no. Aku tak tanya nama kau pun." Pintas Rian selamba, Elly membuat muka.

"Dah lah, jom." Ajak Rian lalu terus berjalan pergi.

Elly mencebik, suka sangat tukar - tukar mood. Baru je beberapa minit tadi sweet, tapi sekarang menyakitkan hati. Huh!

***

"Kau nak beli apa dekat sini?" Tanya Rian sambil menatap kedai dihadapan mereka itu bersama dahi yang berkerut.

"Beli bajulah. Dah terang - terang dia tulis Kid's Clothes dekat situ." Balas Elly.

"Sebab tu lah aku tanya, kau nak beli apa dekat sini? Baju untuk adik kau ke?"

Elly hanya tersenyum manis mendengar pertanyaan daipada Rian. Dia menarik lengan lelaki itu masuk ke dalam dengan selamba. Rian pula hanya mengikut langkah gadis itu dengan pasrah.

Sebaik sahaja masuk ke dalam, Elly terus meninggalkan Rian dihadapan pintu masuk. Lelaki itu membuat muka. Sementara itu, Elly yang berada di salah satu sudut kedai itu tersenyum sambil menilik pakaian - pakaian yang berada di situ.

"Kau nak beli baju untuk siapa?" Tanya Rian yang baru tiba di situ.

"Eh, bila you datang sini? Tadi bukan you ada dekat depan sana ke?" Soalan dibalas soalan.

"Sedar pun yang kau tinggal aku." Kata Rian, Elly tersengih.

"Sorrylah. I excited sangat bila tengok baju budak - budak." Balas Elly lalu tersenyum.

"Kau nak beli untuk adik - adik kau ke?" Tanya Rian.

"Yes." Balas gadis itu.

"Aku ingatkan kau anak tunggal." Kata Rian.

"Memanglah I anak tunggal." Balas Elly.

"So, baju - baju ni untuk adik angkat kau lah?" Elly mengangguk.

"Kau mesti suka sangat dekat budak - budak." Kata Rian.

"Mestilah! You nak tahu tak apa salah satu impian terbesar I?" Tanya Elly, Rian menjongket kening sebagai pertanyaan.

"I nak jadi ibu."

***

gomawo for your votes, reads and comments 💗

jejaka ice vs gadis diva ✔︎Where stories live. Discover now