5

118 13 5
                                    

Elly berjalan ke arah pintu rumah secara perlahan - lahan dan penuh berhati - hati. Sebuah beg kertas yang berada di dalam pegangannya digenggam dengan erat.

"Elly, where are you going?" Suara Jennie yang kedengaran membuatkan Elly terus memandangnya, gadis itu menggigit bibir.

"Elly nak keluar dengan Calvin lah." Jawab Elly.

"Lah, ya ke? But, why awal sangat? Bukan Elly cakap dengan mummy semalam pukul 12 ke? Sekarang baru pukul 10." Ujar Jennie curiga.

"Elly dengan dia tukar timing, kita orang baru je bincang semalam." Balas Elly lalu tersenyum.

"Ouh I see. Ni mesti kes rindu, kan?" Elly tersenyum segaris, sekadar untuk menjaga hati mummynya.

"Assalamualaikum!" Ucap seorang lelaki.

"Ha, tu Calvin dah sampai. Mummy, Elly pergi dulu tau." Ujar Elly, tangan ibunya dicapai lalu dikucup lembut.

"Take care." Pesan Jennie, Elly mengangguk.

Gadis itu terus berjalan keluar daripada rumah. Nafas lega dihembuskan sebelum dia berjalan menghampiri Calvin yang sedang bersandar pada kereta miliknya.

"Pandai you menipu." Sindir Calvin.

"You ni tahu - tahu je." Balas Elly, langsung tidak terkesan dengan sindiran sepupunya itu.

"Dah lah, jom masuk." Ajak Calvin sebelum mereka berdua masuk ke dalam kereta.

"You nak I hantar you terus ke university or nak I drop you dekat mana - mana?" Tanya Calvin.

"You hantar je I dekat university. Nanti, I nak balik I call you. I takut kita kantoi yang kita tak keluar sama - sama." Balas Elly, Calvin mengangguk faham sebelum memulakan pemanduan.

***

"Thank you, Cal." Ucap Elly.

"My pleasure, sis. Okeylah, you take care tau." Pesan Calvin.

"You too. Bye, Cal." Ucap Elly lalu terus keluar daripada kereta.

Calvin terus memandu keretanya meninggalkan kawasan university itu. Elly pula terus melangkah masuk ke dalam, dengan niat untuk berjumpa seseorang.

Ya, dia datang bukan kerana ada kelas, tetapi kerana dia perlu berjumpa dengan seseorang. Elly mencebik saat memikirkan di mana dia patut mencari lelaki itu.

"Adrien, where are you? Lain kali, kalau nak I hantar barang you, atleast bagitahulah your number. I boleh call ke, chat ke. Sekarang, I kena cari you pula."

Gadis itu membebel seorang diri, namun dia tetap berjalan sambil matanya mencari - cari kelibat Rian.

***

"Kau ni dah kenapa buat kerja dekat sini? Nanti ada barang hilang ke apa, baru tahu." Kata Xiao lalu menggeleng - gelengkan kepalanya.

"Kau diam boleh tak? Membebel je kerja kau, kan? Tak ada kerja lain ke?" Balas Rian.

"Ni lah kerja aku, kacau kau." Rian membuat muka saat mendengar balasan daripada kawan baiknya itu.

"Weh, pasal minah saleh tu kan..."

"Minah saleh mana pula ni?" Tanya Rian tanpa memandang Xiao, ralit sangat menatap skrin laptopnya.

"Alah, yang mandikan kau tu." Jawab Xiao.

"Ouh, perempuan gedik tu. So, kenapa dengan dia?" Tanya Rian malas.

"Dia tu cantik, kan?" Ujar Xiao.

jejaka ice vs gadis diva ✔︎Where stories live. Discover now