BAB 3

4.3K 205 20
                                    

Aleena memegang kepalanya yang sedikit pening, apa yang terjadi semalam?? Dia cuba mengingati apa yang berlaku semalam tapi bila dia cuba mengingati, kepalanya mula sakit.

Setelah dia sedar sepenuhnya, baru dia perasan yang sekarang dia tidak berada di biliknya. Dimana dia sekarang ini??

Klak!!

Terpampang wajah kacak Adrian di hadapan pintu bilik sebaik sahaja pintu itu terbuka.

"Dah bangun pun kau"

Aleena mengalihkan pandangannya, dia tidak berani bersemuka dengan Adrian. Sekarang ni, dia hanya ingin pulang ke rumahnya sahaja.

"Encik.. boleh saya balik???" Soal Aleena, matanya memandang lantai bilik. Tak sanggup nak pandang Adrian, dahlah muka dia macam singa baru lepas beranak

"Balik?? In your dream" Adrian tersenyum sinis, dia mencengkam pipi Aleena "Kau dah lupa ke yang bapak kau dah jual kau kat aku?? And now you are mine, selama kau tinggal kat sini, kau kena ikut semua peraturan dalam rumah ni" tambahnya lagi

Mata Aleena sudah berair menahan air matanya jatuh.

"First.. kau tak boleh keluar dari rumah ni, kalau aku tahu kau keluar siap kau and kau jangan cuba-cuba nak lari dari rumah ni" Adrian menolak tubuh Aleena ke katil

Aleena sedikit terkejut dengan tindakan Adrian itu.

"Second.. kau kena ikut apa yang aku cakap, kalau kau tak ikut" percakapan Adrian tergantung, dia tersenyum sinis dan mendekatkan bibirnya di telinga Aleena lalu dia membisik "jangan tanya nanti kenapa perut kau membesar" Adrian menjauhkan badannya dari Aleena, puas hatinya dapat mengenakan gadis itu.

"Sekarang ni, aku nak kau pergi mandi bersihkan badan kau. Aku naik kejap lagi tengok kau tak mandi lagi siap kau" Adrian memandang Aleena yang masih tercegat di bucu katil "yang kau tercegat kat situ lagi kenapa?? Ke kau nak aku mandikan??" Adrian mengangkat keningnya

Aleena tersentak, dia cepat-cepat masuk dalam bilik air. Apalah nasibnya nanti, keluar dari kadang harimau, masuk ke dalam kadang buaya ( ehh betul ke nih?? HAHAHA )

Adrian keluar dari bilik yang ditempatkan Aleena, dia juga tidak lupa mengunci pintu bilik itu.

Tiba-tiba seseorang menepuk bahunya dari belakang.

Adrian mengerutkan dahinya

"Perempuan tu dah sedar ke???"

"Dah, aku suruh dia mandi.. ni tiba-tiba tanya pasal perempuan tu dah kenapa??" Adrian memandang Arash yang berdiri di hadapannya

"Takde apa pun saja tanya btw malam ni aku tunggu kau dekat tempat biasa" kata Arash sebelum menghilangkan diri ke dapur

Adrian baru ingin bersuara tapi kelibat Arash sudah pun menghilang. Tak guna punya kawan, aku belum cakap apa-apa lagi dah blah.

Aleena keluar dari bilik air dengan bertuala sahaja. Gara-gara si Adrian tadi dia lupa ingin membawa baju masuk dalam tandas.

Dia membuka almari yang diberitahu oleh Adrian. Tak tahu nak bagi reaction apa, ingatkan banyak baju dalam almari ni tapi sangkaannya meleset.

Skip siap pakai baju

Siap sahaja pakai baju, Aleena cuba membuka pintu bilik tapi pintu bilik itu dikunci dari luar. Kalau dia jerit minta tolong pun mesti takde orang yang tolong.

Aleena mengeluh

Dia melabuhkan punggungnya di katil, dia cuba ingat kembali peraturan-peraturan yang Adrian memberitahunya tadi.

Klak!!

Aleena memandang ke arah gerangan yang membuka pintu.

"Cik Aleena ni makanan cik ye, Tuan Adrian suruh saya hantarkan kepada Cik Aleena" ujar Makcik Ida selaku pembantu rumah ini.

"Terima kasih" Aleena tersenyum lebar, dia ingatkan hanya dia sahaja perempuan disini tapi tidak sangka ade lagi selainnya.

"Sama-sama, Cik Aleena makan lah dulu ye kalau ade apa-apa boleh panggil saya" Makcik Ida membalas senyuman Aleena, dia baru sahaja ingin keluar tapi Aleena memanggilnya semula. "Kenapa Cik Aleena panggil saya?? Cik Aleena nak apa-apa ke??" Soal Makcik Ida

"Boleh makcik temankan saya makan??" Aleena memandang Makcik Ida dengan penuh harapan

Makcik Ida terdiam seketika, tiba-tiba hatinya terbit rasa kasihan melihat Aleena sebegitu mungkin Aleena masih takut dengan Adrian.

"Boleh ke makcik??" Tanya Aleena lagi

"Boleh, saya teman Cik Aleena sampai Cik Aleena habiskan makanan tu" Makcik Ida senyum

"Terima kasih makcik" Aleena menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Ehem ehem"

Aleena dengan Makcik Ida memandang gerangan yang berdehem itu.

"Kau boleh keluar"

Makcik Ida mengangguk, dia terus keluar dari bilik Aleena.

Muka Aleena terus berubah mendung, dia hanya memandang sahaja makanan di dalam pinggan itu. Hilang selera makannya bila Adrian muncul.

Adrian mengambil tempat duduk di hadapan Aleena. "Kau asal tenung je makanan tu?? Ke nak aku suapkan??" Adrian tersenyum sinis

"Saya boleh makan sendiri" jawab Aleena

"Aku pantang betul bila aku bercakap tapi pandang bawah" Adrian cuba mengawal nada suaranya

Aleena yang perasan suara Adrian mula berubah dia cepat-cepat mengangkat mukanya memandang Adrian.

"Are you scared???"

"Saya nak balik" Aleena memandang Adrian dengan mata yang berair

"You can't go back.. Now this is your place" Adrian mencengkam pipi Aleena "kalau aku dengar kau sebut nak balik lagi siap kau aku kerjakan" Adrian melepaskan cengkaman itu dengan kasar lalu keluar dari situ, sebelum keluar dia sempat mengarahkan anak buahnya untuk mengunci pintu bilik itu.

Aleena merintih kesakitan, dia memegang pipinya. Tanpa dia sedar air matanya mengalir keluar.

Bagaimana kehidupannya nanti?? Takkan dia akan berkurung di sini untuk selama-lamanya??

----------------------------------
♡︎ To be continue ♡︎
----------------------------------























Hello guyssssss

New chapter!!!! Setelah sekian lama tak update akhirnya saya dah update uhuk ii

Nanti dah baca jangan lupa vote ehh , tak vote saya pancung kepala anda-anda semua 😆😆

Next time saya update lagi

Bubaiii💗

SHE'S MY BABY GIRL [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now