BAB 4

3.8K 176 13
                                    

Sudah beberapa minggu Aleena dikurung dalam bilik. Adrian hanya membuka apabila dia menghantar makanan dan pakaian sahaja.

Klak!!

Pintu bilik itu dibuka dari luar. Terpampang wajah Adrian dihadapan pintu, pintu bilik itu ditutup perlahan-lahan dan dia mendekati Aleena. Bibirnya tersenyum sinis, dia saja ingin mengusik gadis itu.

"Takut??" mata mereka berdua bertentangan

Aleena diam dan mengalihkan pandangan. Lemah jantungnya bila mata Adrian bertentang dengannya, dia pun tidak tahu kenapa.

"Kau nak keluar??"

"Hah??"

"Maksud aku, kau taknak kena kurung dalam bilik ni lagi kan??"

Aleena cepat-cepat mengangguk, dia sudah tidak tahan dikurung dalam bilik ini lagi.

"Aku tak akan kurung kau lagi tapi dengan syarat" Adrian memandang Aleena

"Apa syaratnya??" Soal Aleena

"Aku lepas kau tak bermakna kau boleh keluar rumah sesuka hati, kau hanya boleh berjalan dalam kawasan rumah ni je. Kalau aku tahu kau cuba-cuba nak lari, siap kau nanti" jelasnya

"One more, kau jangan gatal-gatal masuk dalam bilik aku. Kalau aku tahu kau masuk...." Percakapan Adrian tergantung, dia mendekatkan bibirnya ke telinga Aleena. "Aku akan pastikan kau tak boleh jalan sehari" tambahnya lagi lalu menjauhkan badannya dari Aleena. Adrian tersenyum sinis lalu keluar dari bilik Aleena.

Aleena tidak mengeluarkan sepatah kata pun, dirinya tidak ubah seperti patung cendana.

Aleena membuka pintu biliknya perlahan-lahan, macam nak mencuri pun ada. Adrian baru sahaja keluar, itu yang berani keluar dari bilik tu.

Sebaik sahaja keluar dari bilik, Aleena terpegun dengan rumah Adrian. Besar nak mampus, itu yang dia mampu katakan.

"Boleh tahan besar jugak rumah mamat miang ni"

Aleena tidak perasan yang dia sedang diperhatikan oleh Adnan dan Arsyad di cctv.

"Wehh minah tu nak pergi mana?? Jangan kata dia nak lari" Adnan memandang Arsyad

"Aku rasa dia tak akan berani nak lari, mungkin dia nak ronda-ronda dalam rumah ni kot. Lagipun kalau dia nak lari, memang tak boleh lah sebab depan belakang kiri kanan semua team jaga" jawab Arsyad dengan tenang.

Adnan mengangguk, ada betul jugak apa yang dikatakan Arsyad ni. Semua sistem keselamatan dalam rumah ni ketat.

Aleena berjalan keliling rumah itu, rumah ini tidak ubah seperti dewan. Sebelum ini dia tidak pernah melihat rumah sebesar ini.

Tiba-tiba matanya terpandang sebuah gambar di dinding. Terlihat dua orang kanak-kanak kecil berdiri di samping ibu bapa mereka. Tanpa Aleena sedar, bibirnya mengukirkan senyuman.

"Siapa budak ni??"

"Itu Adrian dengan aku"

Aleena tersentak, suara siapa tu?? Yang dia tahu cuma Adrian sahaja yang keluar. Aleena memusingkan badannya dan memandang ke arah Adnan yang berdiri.

"Asal muka kau macam tu?? Aku tengok macam lepas tengok hantu pun ada" kata Adnan

Aleena berlari masuk ke dalam biliknya semula. Tiba-tiba rasa menyesal keluar, dia ingatkan hanya Adrian sahaja yang tinggal disini tetapi sangkaannya meleset.

Malu

Itu yang dia rasakan. Aleena menutup pintu bilik dan merebahkan badannya di katil. Dia menarik selimut lalu menyorok di dalam selimut.

"Aku rasa muka kau tu macam hantu kot sebab tu minah tu lari" kata Arsyad

"Muka aku handsome macam ni kau kata macam hantu, babi betul kau" Adnan mengambil remote tv dan membuka tv.

"Aku cakap benda betul kan btw Rian dgn Rash pergi mana??" Soal Arsyad

"Memburu"

Arash dengan Adrian memandang mangsanya dari jauh. Adrian membetulkan topinya dan membuang puntung rokok ke lantai. Dipijak-pijak puntung rokok itu sehingga tidak mengeluarkan asap.

Mereka berdua bangun dan menuju ke arah lelaki itu. Lelaki itu terlihat sangat mabuk dan itu akan menyenangkan kerja Adrian.

Arash mengambil tempat di sebelah lelaki itu, dia mengeluarkan jarum di dalam poket seluarnya. Setelah memastikan line clear, Arash menyuntik lelaki itu.

Lelaki itu mula rebah, Adrian tersenyum sinis. Dia menyuruh Arash mengangkat lelaki itu masuk ke dalam kereta.

"Ingat aku tak akan cari ke?? You're wrong bro" bisik Adrian perlahan, mereka berdua bergegas keluar dari club itu.

Arash melempar lelaki itu dengan kasar. Busuk bajunya akibat bau badan lelaki itu. Aku jijik sama kamu!!

"Sumpah bodo, lain kali kalau kerja macam ni better kau ajak Adnan takpun si Arsyad tu. Jangan ajak aku" kata Arash

"Aku suruh angkat jantan tu je pun bukannya suruh angkat mayat" Adrian memandu keretanya

Arash berdecit. Sampai je rumah nanti dia akan cuci badan dia tak lupa juga sental.

----------------------------------
♡︎ To be continue ♡︎
----------------------------------
















Rawrrrrrrrr , setelah sekian lama akhirnya author update jugak. Baru ada idea, sorry readers semua 🥺

Jangan lupa vote dan komen 🥰

SHE'S MY BABY GIRL [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now