BAB 5

4K 170 13
                                    

Adrian memandang laptop di hadapannya, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu bilik kerjanya.

"Come in!!"

Seorang lelaki masuk ke dalam bilik kerja Adrian dan memberi sampul surat kepada Adrian.

"Apa benda ni??" Soal Adrian

"Saya pun tak tahu, ini pun guard dkt depan yang suruh bagi dkt tuan. Katanya ada orang bagi" jelas lelaki itu

Adrian mengangguk, dia menyuruh lelaki itu keluar dari bilik kerjanya.

Tanpa banyak bunyi, lelaki itu terus keluar dari bilik kerja Adrian.

Selepas memastikan anak buahnya sudah keluar, Adrian membuka sampul surat itu dan membaca isi surat itu.

Dada Adrian tiba-tiba turun naik turun naik. Dia mengoyak surat itu lalu membuang ke dalam tong sampah. Siapa yang berani menghantar surat itu kepadanya??

Dia cuba mengawal dirinya. Botol air dicapai, dia meneguk air itu perlahan-lahan.

Selepas menenangkan dirinya, dia berjalan keluar dari bilik kerjanya. Kakinya melangkah ke arah dapur.

Sampai sahaja di dapur, dia melihat Aleena sedang membasuh pinggan. Tanpa ragu-ragu, Adrian mendekati Aleena perlahan-lahan.

"Dah berani keluar ye" bisik Adrian ditelinga Aleena.

Aleena sedikit terkejut dengan cepat dia memalingkan wajahnya. Wajah mereka berdua amat dekat, deruan nafas Adrian menyentuh pipinya.

Mereka berdua tidak bergerak, mata mereka saling berpandangan. Tanpa mereka berdua perasaan seseorang melihat adegan itu lalu berdehem sekuat mungkin.

Adrian cepat-cepat menjauhkan badannya dari Aleena lalu memandang gerangan itu.

"Best buat wayang free?? Kalau aku tak tegur tadi agak-agak apa jadi??"

"Bukankah kau keluar ke tadi??" Adrian cuba menukar topik

"Tak jadi, aku cancel sebab malam nanti ada kerja kan" lelaki itu menatap Adrian

Adrian mengangguk, dia hampir terlupa malam nanti mereka ada kerja yang perlu diselesaikan.

Aleena masih tidak bergerak, dia tidak tahu apa yang jadi sebentar tadi.  Dia rasa terpegun melihat mata Adrian, mata Adrian tidak seperti yang lain.

Adrian memandang Aleena yang masih tidak bergerak, dia memetik jarinya dihadapan muka Aleena.

Aleena tersentak

"Kau tak payah masak malam ni, kau lapar kau ambik je maggie dalam kabinet tu" kata Adrian

Aleena mengangguk faham lalu meminta izin untuk masuk ke dalam biliknya.

"Kau suka perempuan tu ke??" Lelaki itu memandang Adrian

Adrian memandang Arash di hadapannya, dia tersenyum dengan penuh makna.

"Okay I got it"

Selepas mendapat jawapannya, Arash terus pergi meninggalkan Adrian di dapur. Sebelum pergi dia sempat mengambil roti coklat milik Adnan.

Malam itu, tepat jam 8 malam Adrian sudah keluar bersama Arash. Sebelum keluar Adrian  sempat memesan kepada anak buahnya agar berjaga-jaga sementara dia tiada di rumah.

Tiba-tiba lampu di rumah Adrian terpadam. Aleena yang belum tidur terus terbangun, dia mencari-cari lampu suluh di laci meja.

BANG!!

SHE'S MY BABY GIRL [ SLOW UPDATE ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora