BAB 9

410 21 0
                                    

Setelah kejadian semalam, Aleena tidak berani lagi untuk keluar dari bilik. Untuk hari ini sudah 5 kali dia membersihkan dirinya. Itu sahaja cara untuk mengekalkan dirinya aktif.

Dia membuka tingkap di dalam biliknya itu. Terlihat sekeliling rumah Adrian dikelilingi oleh beberapa lelaki berpakaian hitam. Bila difikirkan semula, mampukah dia bertahan di sini?? Dia pun manusia biasa yang ingin hidup aman damai.

Tok!!!

Tok!!!

Ketukan pintu itu menyentakkan Aleena yang termenung. Cepat-cepat dia menutup tingkap itu takut Adrian akan salah faham lagi.

Pintu bilik Aleena ditolak kuat. Siapa lagi kalau bukan Adrian. Wajahnya terlihat bengis dan menakutkan. Aleena menelan air liurnya sebaik sahaja melihat wajah Adrian.

"Aku nak kau bersiap sekarang, kau lambat jangan salahkan aku kalau aku masuk" dress berwarna putih itu dihulur ke arah Aleena

"B-baik"

Aleena mengenakan dress labuh itu, tidak ketat dan sesuai untuknya yang bertudung. Dia berdiri di hadapan pintu tiba-tiba terasa takut untuk keluar.

KLAK!!

"Kau pakai baju ke buat ba-

Terhenti percakapan Adrian apabila melihat Aleena mengenakan gaun putih itu. Kali ini dia mengaku Aleena tersangatlah cantik.

"A-awak" panggil Aleena dengan perasaan yang takut-takut

Adrian berdehem untuk menghilangkan kejanggalan ini. Dia terus menarik lengan Aleena yang berlapik itu. Dia pun tahu halal dan haram.

Sampai sahaja di kereta, tubuh kecil Aleena ditolak masuk. Aleena hanya akur, kang kalau tak ikut tak pasal-pasal kepala dia kena penggal. Fuhhh, mohon dijauhkan.

"Kita nak pergi mana??"

"Jual kau"

Aleena tersentak, bapaknya sudah menjualnya kepada Adrian. Takkan Adrian pun mahu menjualnya??

Hampir 40 minit Adrian memandu akhirnya mereka berdua sampai ke sebuah hotel 5 bintang. Terlihat kereta mewah elok terparkir di hadapan hotel itu.

"Kita buat apa kat sini??" Soal Aleena

"Aku dah kata tadi aku nak jual kau"

"Orang tanya betul-betul dia main-main pulak, kalau dia ni suami aku memang aku dah lama cubit-cubit ketuk-ketuk kepala tu" bebel Aleena perlahan namun masih didengari oleh Adrian

Suami??

Adrian tersenyum sinis, lengan Aleena ditarik masuk ke dalam hotel.

"Hello Mr. Adrian welcome to our hotel, If you don't mind who is this girl??"

"My fiance"

Terbuntang mata Aleena mendengar pengakuan Adrian. Tunang?? Sejak bila pulak aku dengan dia tunang?? Omg mesti Adrian ni dah hilang akal.

"Oh really?? What's your name??"

"Ermmm Aleena Naura"

"Nice name, oh ya Mr. Adrian and Mrs. Aleena dipersilakan masuk"

Adrian mengangguk, dia berjalan menuju ke dewan terlebih dahulu meninggalkan Aleena yang terkebil-kebil.

Aleena yang melihat Adrian sudah jauh dihadapannya dia melangkah laju mengikuti Adrian. Kasut tumit tinggi itu menyukarkan dirinya untuk berjalan. Ye lah, dia mana biasa pakai semua ni maklumlah budak kampung.

"Awak" panggil Aleena namun Adrian tidak menghiraukan. Tubuh sasa itu mula hilang dari pandangan Aleena kerana kesesakan di dalam dewan ini lagi menyukarkan dirinya untuk mencari Adrian.

SHE'S MY BABY GIRL [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now