BAB 7

3.7K 154 28
                                    

Tengah hari itu Aleena tersedar dari tidurnya. Buka sahaja mata dia melihat 2 lelaki sedang berdiri tegak di birai katilnya.

Klak!!

Terpampang wajah Adnan dan Arsyad di depan pintu bilik wad Aleena. Adnan berjalan masuk sambil membawa sebungkus nasi goreng dan sebotol air mineral.

"Ni makanan kau Adrian yang belikan" kata Adnan lalu meletakkan bungkusan itu di atas meja

Sebaik sahaja masuk, Arsyad terus mengarahkan anak buah Adrian keluar dari wad itu.

"Terima kasih, sebelum tu nak tanya apa yang jadi semalam??" Aleena memandang Adnan dengan Arsyad

Adnan dan Arsyad saling berpandangan, sebelum masuk ke sini Adrian sudah bagi amaran kepada mereka berdua agar tidak menceritakan apa-apa kepada Aleena.

Aleena yang melihat Adnan dan Arsyad tidak menjawab pertanyaannya terus mendiamkan diri dan mencapai air mineral yang berada di atas meja.

"Okaylah aku ada kerja nak kena buat dkt pejabat" Arsyad bergegas keluar dari wad Aleena meninggalkan Adnan keseorangan di situ. Kerja? Itu hanyalah sebuah alasan untuk keluar dari situ.

"Babi sungguh ini budak" ujar Adnan perlahan

Aleena memandang Adnan

"Okaylah, kau tunggu je lah si Adrian tu datang aku nak kena blah" kata Adnan lalu berjalan keluar dari wad Aleena

Setelah memastikan Adnan sudah keluar, Aleena mengambil bungkusan nasi goreng itu. Actually dari semalam lagi dia sudah sedar tapi disebabkan tak ada orang dia sambung semula tidurnya.

Aleena memandang nasi goreng di hadapannya, perutnya sudah mula memainkan muzik. Tanpa memandang sekeliling Aleena terus menyumbat nasi goreng ke dalam mulutnya.

Sepasang mata memerhati Aleena dari luar. Senyuman sinis menghiasi di bibirnya. Dia menarik hoodie menutup kepalanya lalu beredar dari situ agar tidak ketahuan sama Adrian.

Adrian memandang kanak-kanak bermain di taman permainan berdekatan hospital sambil menghembus asap rokoknya. Tiba dia teringat kenangan dulu, kehidupannya dulu tidak seindah seperti kanak-kanak yang lain. Dia di besarkan oleh keluarga mafia dan mempunyai ramai musuh.

Sejak 13 tahun dia sudah mula berlatih dan mula membunuh orang pada umur 15 tahun. Walaupun dia hidup mewah tetapi kehidupannya tidak seperti yang di jangkakan.

"Kau pahal termenung sorang-sorang??" Soal Arash lalu mengambil tempat di sebelah Adrian

"Bukankah kau kerja ke??" Adrian memandang Arash

"Aku pergi kejap je sebab nak ambil dokumen, dah ambil aku blah je lah lagipun aku tak ada benda penting pun hari ni" jawab Arash

Adrian mengangguk lalu membuang puntung rokok ke tanah.

"Kau nak pergi mana??" Soal Arash

"Aku nak tengok perempuan tu kejap, nanti kalau ada apa-apa aku call kau" kata Adrian lalu beredar dari situ

Arash memandang kepergian Adrian. Tiba-tiba matanya terpandang seseorang berpakaian hitam keluar dari hospital, tanpa membuang masa Arash mengikuti lelaki itu dari belakang.

Lelaki itu memberhentikan langkahnya sebaik sahaja merasakan seseorang mengekorinya. Badannya dipusing ke belakang namun tiada sesiapa di belakangnya.

Arash yang sedang menyorok di belakang dinding melepaskan nafas lega. Nasib baik tak kantoi. Arash keluar dari tempatnya menyorok namun sosok tubuh lelaki itu sudah menghilang dari pandangannya.

SHE'S MY BABY GIRL [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now