Bab 4

6.1K 176 2
                                    

     Min dan Sarah mengiringi aku menuju ke bilik yang sememangnya khas untuk ketua pereka baju. Unik kan? Terdapat dua orang pekerja yang akan bekerja di bawah aku. Jika mereka mempunyai rekaan baju yang baru, mereka harus merujuk kepada aku terlebih dahulu untuk memastikan sama ada rekaan seperti itu sesuai untuk orang ramai atau tidak. Begitu juga dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Rekaan yang dicipta oleh mereka akan dihantar kepada dua orang pekerja yang bekerja di bawah aku. Kemudian, rekaan tersebut akan dihantar kepada aku pula untuk penilaian yang terakhir.

     "So, this is your beautiful room, tadaaaa" ujar Sarah dengan ceria. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, terbuka luas mulut aku yang kecil. Cantiknya! Dinding bilik ini dicat dengan warna hijau epal iaitu warna kegemaran aku. Terdapat sebuah sofa dan meja kopi kecil di suatu sudut. Mungkin untuk tetamu yang bermurah hati dan ringan tulang hendak melawat aku. Sudah tentu ada meja kerja juga. Terdapat rak buku dan almari mini. Hehe, memang akan dipenuhi dengan pelbagai novel, buku-buku penting, dan rekaan aku lah jawabnya. Sukanya! Berkobar-kobar semangat nak mula kerja. "So,how? Suka tak? Penat tau kitaorang fikir nak cat bilik ni dengan warna apa."soal Min sambil menyilangkan lengan di dadanya.

     "Gila tak suka?! Suka sangat!!" teriak aku dengan gembira lalu kami berpelukan dengan erat. "Terima kasih"

     "Sama-sama. Demi kawan baik kitaorang yang cantik ni, apa-apa pun kitaorang sanggup buat. Betul tak,Min?" soal Sarah sebaik sahaja pelukan tadi dileraikan.

     "Betul tu. Kitaorang gembira gila bila kau setuju nak kerja dengan kitaorang, like we have waited for you to come back here for 8 years! Yelah, lepas kau habis belajar dekat England, kau duduk pula dengan keluarga angkat kau dekat sana. Bila kau balik sini, kau nak duduk and kerja dengan kitaorang."ujar Min panjang lebar. Si Min nak buat cerita sedih di pagi hari atau macam mana ni?

     "Awh, sorry  sebab tinggalkan kauorang lama sangat. Aku cadang nak tinggalkan sampai genap 10 tahun, tapi tak jadi."kata aku.

     "Mawar!" marah Min dan Sarah serentak. Aku hanya mampu tertawa geli hati. Untungnya dapat sahabat seperti mereka ini.

     "Excuse me,Cik Min?" tegur seorang wanita ketika kami sedang melayan perasaan. Aku agak dia ni penolong Min dan Sarah sebab cara pemakaiannya ala-ala secretary  heh. "Ini Ashraf dan Siti." sambungnya.

      "Oh,ya. Thanks."balas Min.

      "Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?"soal wanita itu.

      "Tak, awak boleh pergi. Kalau ada apa-apa, saya panggil seperti biasa."

      "Baiklah."

     "Ha Mawar, inilah dua orang yang akan bekerja di bawah kau."ujar Min. Aku menguntumkan sebuah senyuman kepada mereka. "Siti, Ashraf, ini Mawar dan dia ketua untuk bahagian pereka. Jika awak berdua mempunyai sebarang rekaan yang terbaru atau selepas awak mendapat sebarang rekaan daripada pelanggan, sila rujuk kepada Mawar. Ala, senang cerita dia ni bos kauorang dan kauorang pembantu dia. Okay?"terang Min panjang lebar. Siti dan Ashraf hanya mengangguk.

      "Saya Siti." kata wanita yang berambut pendek paras bahu. Siti memiliki tubuh yang genit. "Saya Ashraf,pereka untuk bahagian lelaki." kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ashraf. Huh, kacak juga dia ni.

     "Mawar. Mawar Hana. Semoga kalian dapat beri kerjasama yang baik." kata aku dengan senyuman yang manis.

     TIDAK banyak yang aku hias untuk bilik ini. Sekadar meletakkan beberapa gambar kenangan, rekaan baju aku dan beberapa aksesori yang comel. Awal-awal lagi aku dah bawa barang-barang yang penting. Esok hanya perlu mengisi kekosongan di rak buku dan almari sahaja. Ketika aku sedang menyusun gambar aku bersama ummi ketika kecil, kedengaran pintu bilik aku diketuk dari luar.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now