Bab 13

4K 114 0
                                    

"Who is that bitch? Euw." soal wanita yang berada di dalam dakapan Ariz.

"My maid." jawab Ariz sambil membelai rambut wanita itu. "Jom lah naik atas." sambung Ariz lalu menarik tangan wanita yang aku tidak kenali itu.

"Bagus juga. Sakit mata I lihat you punya maid tu. Kalau—" kata-kata wanita itu hanya terhenti sampai di situ kerana mereka telah pun tiba di atas.

Aku mengurung diriku di dalam bilik. Aku membuka satu per satu pin dan jarum peniti di tudungku. Kemudian aku mula mengambil wudhuk memandangkan telah hampir waktu maghrib. Mungkin selepas aku bersujud kepada Allah, hati aku akan sedikit tenang.

Selesai solat, aku termenung memikirkan nasib diri ini. Mengapa Ariz harus melakukan aku seperti ini? Dan mengapa aku masih punya rasa sayang walaupun Ariz sering menyakiti hati aku? Bukankah seharusnya aku membencinya? Tapi mengapa lain? Aku mengeluh. Aku mengambil al-quran lalu membacanya sementara menunggu azan isyak. Sedang aku mengaji, kedengaran pintu bilik ku diketuk dengan kuat. Aku bergegas bangun dan membukanya kerana bimbang Ariz akan mengamuk. Dan ternyata aku silap, bukan Ariz yang mengetuk tetapi wanita yang bersama Ariz sebentar tadi.

"Kau ni pekak ke?!" soalnya sambil menampar pipiku dengan kuat. Aku tidak sempat bertanya apa yang dia mahu. Aku memegang pipi aku yang sedang kemerahan.

"S—saya tak dengar cik panggil." kata aku sambil menunduk, tidak berani hendak memandang matanya.

"Macam mana nak dengar kalau sibuk dengan al-quran kau tu!" kata wanita itu.

"Saya cuma mengaji hendak mengisi masa sebelum waktu isyak tiba." jawab aku.

"Buat apa? Engkau ni mengarut! Apa yang kau dapat baca benda ni? Kau fikir tuhan nak bagi kau pahala ke?"

Aku hanya mendiamkan diri. Wanita itu terus mengambil al-quran yang terletak di atas katil aku lalu mengoyakkan setiap helaian muka surat nya dengan rakus. Aku terkejut dengan tindakannya lalu cuba untuk merampas kembali al-quran tersebut.

"Astaghfirullahaladzim, bagi semula kepada saya cik! Berdosa!" kata aku dengan lembut sambil air mata mengalir dari tubir mata.

"This is shit! Kau tau tak?!" dia meneruskan mengoyak helaian yang masih ada lalu menendang pula al-quran tersebut. Aku cuba mengambil dan melindungi kalam Allah sehingga aku juga turut ditendang oleh wanita itu.

Aku hanya mampu menjerit kesakitan. Aku tidak kisah jika dilakukan sebegini asalkan tiada orang yang mempersendakan agamaku.

"Aku nak lihat macam mana tuhan yang kau sembah dan buku bodoh ni nak lindungi kau daripada iblis seperti aku!!" kata wanita itu sambil menendang aku seperti dirasuk oleh syaitan. Lalu dia ketawa seperti perkara ini ialah satu hiburan buatnya. Wanita itu berhenti menendang lalu menarik rambutku pula dan berkata, "Sekarang dah terbukti yang tuhan dan buku tu langsung tidak dapat bantu kau."

Aku hanya menggelengkan kepala. "Allah a—akan bantu saya di a—a—akhirat nanti daripada iblis seperti awak. Saya yakin." ujar aku dengan gagap. Selepas itu aku tidak sedar apa yang terjadi selepas wanita itu menghentak kepala aku dengan kuat di dinding.

*
Aku cuba untuk membuka mata tetapi tidak berjaya kerana cahaya lampu yang terlampau terang. Beberapa saat kemudian barulah berhasil.

Aku melihat di sekeliling aku dan sedar bahawa aku tidak berada di bilik aku tetapi di bilik Ariz. Apa yang aku lakukan di sini? Dan mengapa aku di sini? Ariz tiada di dalam bilik ini. Aku baring semula dan mengiring ke kanan, cuba untuk lelapkan mata semula kerana kepalaku sangat pening pada waktu ini. Kemudian barulah aku ingat apa yang terjadi sebentar tadi. Wanita yang tidak dikenali itu menghentakkan kepalaku di dinding lalu aku tidak sedarkan diri. Tetapi bagaimana aku boleh berada di sini? Bukankah aku sepatutnya masih terbaring di bilik? Tiba-tiba terasa seperti ada orang baru sahaja baring di sebelah aku. Aku memusingkan badan dan melihat rupanya Ariz.

Cinta MawarDove le storie prendono vita. Scoprilo ora