Bab 34

4K 117 2
                                    

(RAYYAN)

"Help!!!"

Aku terjaga pada waktu malam kerana terdengar jeritan isteriku yang meminta tolong. Aku sangkakan ada perkara buruk yang berlaku, rupanya Hana mengalami mimpi buruk. Badannya dipenuhi dengan peluh.

"Sayang... bangun sayang..." kejutku namun Hana masih lagi tidak sedarkan dirinya dan terus meronta meminta pertolongan.

Tiba-tiba pernafasannya menjadi tidak teratur. Cengkaman di cadar semakin kuat. Aku menjadi panik apabila melihat keadaan isteriku.

"Hana! Bangun!" aku menggoncangkan tubuhnya dengan kuat dan berharap agar Hana akan tersedar. Air matanya mula mengalir di pipi. Mimpi apakah yang Hana sedang alami?

"Alif!" teriak Hana buat kali terakhir sebelum dia tersedar. Wajahnya dibasahi dengan peluh.

Aku terpana sewaktu mendengar Hana menyebut nama Alif. Mungkinkah dia sedang bermimpi tentang.... "Sayang are you okay?" soal aku sambil menyeka air matanya yang masih mengalir.

Hana memandang wajah aku untuk seketika lalu terus memeluk tubuhku dengan erat. "Awak.... that dream felt so real.." kata Hana sambil menangis teresak-esak. "I can't handle this..."

"Shhhh.. it's okay.. abang ada dekat sini kan? Dah tak mahu menangis ye?" pujuk ku sambil membelai rambut Hana.

Hana melepaskan pelukannya lalu berkata, "Saya mimpi saya terlibat dalam kemalangan.." Aku berharap ia bukan kemalangan yang kami berdua pernah alami. "and...I saw you." kata Hana sambil memandang mata aku. "But that guy name is Alif. Awak Rayyan."

"Hana..." I can do this. Aku kena jujur. Sampai bila nak hidup dalam penipuan? Walaupun bukan niatku untuk tipu isteriku tapi aku terpaksa kerana ingin melupakan masa silam yang gelap. "I've got something to tell you.."

(flashback di UK. Hari kejadian kemalangan tersebut.)

"Hana wait! Let me explain everything.." rayu Alif agar kekasih hatinya akan berhenti dan mendengar penjelasannya. Namun Hana bukanlah seorang perempuan yang akan mendengar segala penjelasan orang. Apa yang dia nampak, itulah yang sebenarnya terjadi.

"You nak explain apa lagi? I saw it with my own eyes! You cheated on me with that stupid shasha-whatever-her-name-is!" kata Hana lalu berlalu pergi. Hatinya benar-benar terluka pada waktu itu. Siapa sangka buah hati yang disayangi rupanya main kayu tiga dibelakangnya! Tak cukup cantik ke aku ni??!!!

Alif menarik tangan Hana namun ditepis oleh Hana. "Don't touch me." kata Hana sambil menunding jari ke arah Alif.

"I kena perangkap! You know that I love you. I won't do something stupid macam ni sebab you are all I wanted. Not her. She's just my ex." terang Alif yang masih lagi cuba untuk menjelaskan segalanya.

"Bullshit! If you really loves me, you tak akan peluk dia and kiss her and makes everyone believe that you're still into her. You tahu tak apa perasaan I bila everyone in this college ask me wether the rumors is true or not? It hurts me like hell! I tak percaya semua tu but when I saw it with my own eyes yang you peluk dia and so on, I percaya semua apa yang orang cakap. I don't trust you anymore. So please, let me go." ujar Hana dengan panjang lebar kemudian mula mengorak langkah hendak pergi.

Namun pergerakannya terhenti kerana Alif menarik tangannya secara paksa lalu menolak Hana masuk ke dalam perut keretanya. Hana meronta-ronta ingin keluar. Tingkap kereta diketuk banyak kali apabila pintu kereta tidak boleh dibuka.

"What the hell are you doing??!!!" soal Hana sewaktu Alif telah berada di dalam kereta itu.

"Kita jumpa Arisha and let's see the truth." balas Alif lalu terus memandu.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now