Bab 21

3.9K 125 7
                                    

(MAWAR)

Aku membuka kelopak mataku secara perlahan. Di mana aku berada? Terasa ada nafas seseorang yang menyentuh lembut pipiku. Aku mendongak. "Rayyan" sapaku separuh bisik. Dia hanya tersenyum sambil memandang wajahku. Eh? Rayyan senyum? Tak pernah aku lihat dia senyum. Aku yakin aku masih lagi mamai. "Saya di mana ni?"

"Dah lupa? Di hospital." jawabnya sambil melihat wajahku. Barulah aku tersedar sesuatu. Pertama, aku tidur di hospital sepanjang malam. Kedua, aku tidur ketika umi sedang bertarung dengan nyawanya. Ketiga, aku tidur di bahu Rayyan. Bahu Rayyan?! Aku segera bangun dan membetulkan kedudukanku. Tudung di kepala dikemaskan.

Aku berdehem lalu bertanya, "Bagaimana dengan keadaan umi?"

"Alhamdulillah doktor kata umi dah selamat dan sedar." kata Rayyan.

"Kenapa awak tak kejut saya? Umi mesti kecil hati!" marahku sambil memukul bahu Rayyan.

"Sakitlah!" katanya sambil menepis tanganku. "Aku tak sampai hati nak kejut. Kau tidur nyenyak sangat sampai ada air liur basi meleleh. Nasib baik tak kena baju aku. Selekeh!" sambungnya lalu berpura-pura mengesat bahunya.

Wajahku bertukar warna menjadi merah. Air liur basi? Aku segera mengesat di seluruh kawasan yang berdekatan dengan kawasan mulutku. Malunya Rayyan melihat aku tidur sambil ditemani air liur basi yang meleleh dari mulutku!! Mana nak letak muka ni?

Rayyan tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. "Sudah lah tak perlu nak lap lagi. Ada ke orang yang nak lihat muka kau tu?"

Kata-kata Rayyan meninggalkan kesan yang mendalam di hatiku. Aku menjelingnya. Mentang-mentang wajahnya kacak seperti hero twilight suka hati dia je mengutuk wajahku. Selama ini orang hanya memuji wajahku yang seperti minah salih. Tiada pula orang yang mengutuk aku seperti si Rayyan ni.

"Lain lah macam aku yang sudi lihat muka kau setiap hari tanpa rasa jemu."

Kali ini kata-katanya membuat aku tersenyum sipu. Pagi-pagi lagi sudah beri ayat yang manis. Untungnya siapa yang jadi isteri dia ni. Eh? Sebentar. Rayyan beri ayat yang sweet?

Aku segera menampar wajah Rayyan. Dia memegang pipinya yang mungkin sedang pijar sekarang ini sambil matanya membulat memandang aku. "What the hell?! Kenapa tampar aku?" soal Rayyan.

"Pulangkan semula Rayyan yang lama! Saya tahu ni orang lain. Mana Rayyan?! Ee keluar keluar!" soalku lalu menggoncang badannya.

"Ha ha so funny! Ini lah aku. Apa masalah kau?"

"Rayyan tak mungkin beri saya tidur di atas bahunya kerana dia sangatlah tidak berhati perut dan dia juga tidak akan mengeluarkan ayat yang menggelikan." terangku.

Rayyan mengerutkan dahinya. "Kau ni banyak sangat baca novel. Dah lah jom balik."

"Balik? Saya belum lawat umi lagi." kata aku sambil memuncungkan bibir.

Rayyan berdiri lalu menggaru kepalanya yang barangkali tidak gatal. "Eeeeee perempuan selekeh ni!! Sekurang-kurangnya baliklah dulu mandi, buang air liur basi kau tu dan tukar baju! Ya Allah apalah dosa aku kenal dengan orang selekeh macam kau ni? Ugh!" Rayyan menarik-narik hujung rambutnya.

Mahu aja aku gelak melihat keadaan Rayyan sekarang ni. Tetapi apabila menyedari ayat-ayat itu khas ditujukan untuk aku, wajahku terus mencuka. "Tak payahlah sebut perkataan selekeh tu. Awak tu macamlah perfect sangat bila tidur. Entah-entah berdengkur macam king kong kemudian mengigau kena kejar hantu. Hmph." kata aku lalu berjalan meninggalkan Rayyan di belakang.

(RAYYAN)

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Hana hanya merenung ke luar. Aku tidak pasti perkara apa yang mengganggu fikirannya. Mungkin dengan keadaan umi. Bukankah aku telah beritahu bahawa umi dalam keadaan yang baik? Tak mungkin dia tahu perkara yang sebenar. Semasa dia sedang tidur, doktor memberitahuku peluang umi untuk hidup sangat tipis kerana kuman telah merebak di seluruh tempat terutama di paru-paru umi.

Aku tidak berniat hendak merahsiakan perkara ini daripada Hana. Aku hanya tidak mahu melihat dia bersedih dan menangis sepanjang masa kerana melihat keadaannya seperti itu akan membuat hatiku menjadi sakit.

Aku tahu dia telah menerima pelbagai dugaan di dalam hidupnya sebelum ini jadi tidak mungkin dia tidak mampu mengatasi semua ini. Tetapi jika dugaannya berkaitan dengan umi, aku pasti dia tidak akan kuat. Umi penyebab utama mengapa dia masih bertahan dan kuat. Tapi apa akan terjadi apabila umi telah tiada?

"Siap cepat kemudian kita pergi sarapan." ujarku sebaik sahaja kami tiba di rumah.

Hana menganggukkan kepala lalu membuka tali pinggang keledar. Sebelum dia membuka pintu kereta, dia menoleh memandang aku. "Awak tak turun sekali?" soalnya.

"Tak. Aku tunggu di sini je." jawabku.

(MAWAR)

Tiba di dalam kamar mandi, aku melihat wajahku di cermin. "Tak ada pun air liur basi. Ish, penipu." omelku seorang diri. Aku menanggalkan pakaian lalu membiarkan air mengalir di seluruh tubuhku. Ah, segarnya! Terasa seperti telah berhari-hari aku tidak mandi.

Usai mandi, aku menyarungkan pakaian yang bersesuaian iaitu jeans, baju berlengan panjang dan tudung bawal bidang 60. Selepas bercerai, minat aku pada pakaian yang berfesyen mula pudar. Aku lebih gemar memakai pakaian yang ringkas atau lebih tepat kembali pada diri aku yang lama. Aku mula belajar memakai tudung labuh sejak aku tinggal bersama umi. Umi pesan, lebih baik pakai tudung labuh yang tutup dada kita daripada sia-sia dijamah oleh lelaki yang tidak tahu hendak menghormati wanita. Biarlah panas di dunia asalkan tidak panas di akhirat.

Aku segera mengunci pintu utama lalu berlari anak menuju ke kereta Rayyan yang diparkir di hadapan rumah. "Sorry lambat." ujarku sebaik sahaja aku memboloskan diri ke dalam kereta itu.

"Tak apa." jawab Rayyan lalu memandu ke restoran mamak yang berdekatan.

Tiba sahaja di sana, kami memilih meja yang terletak di bawah kipas. "Nak makan apa?" soalnya sambil meneliti menu di restoran itu.

"Saya nak minum je. Tak mahu makan." jawabku lalu memesan air horlick panas.

"Makanlah. Penat aku bawa kau pergi sini. Mengada." kata Rayyan sambil menjeling aku.

"Awak yakin dia masak dengan sempurna? Ee entah-entah peluh dia merecik dalam makanan tu kita tak tahu lepas tu awak pun sedap je makan. Euw euw." kata aku lalu membuat mimik muka seperti dapat bayangkan betapa seleranya Rayyan memakan makanan dicampur peluh.

"Merepek. Tak nak makan dah." kata Rayyan lalu menikmati makanannya yang telah tiba.

Aku menyisip minumanku sambil memerhatikan Rayyan. Dia memakan makanannya, roti sardin, dengan selera sekali. Rayyan memandang wajahku lalu berkata, "Nak? Meh sini.." Dia menghulurkan roti sardinnya yang berada di atas sudu, bersedia hendak menyuap ke dalam mulutku.

"Euw euw euw jauhkan makanan ni daripada saya." kataku sambil menolak tangan Rayyan.

"Berdosa tau tolak rezeki. Makan. Cepat." kata Rayyan sambil memberiku pandangan maut.

Aku mengeluh. Baru saja hendak mengambil sudu di tangan Rayyan, dia segera menarik tangannya. Aku mengerutkan dahi. Ish tadi suruh orang makan!

"Buka mulut. Aku nak suapkan." kata Rayyan sambil tersenyum nakal.

Aku memandang wajah Rayyan dengan tanpa reaksi. Semakin pelik perangai si Rayyan ni. Tanpa membuang masa aku membuka mulutku dan Rayyan menyuapku.

"Rayyan, tak sangka jumpa kau di sini!"

Aku terkedu. Aku kenal pemilik suara itu. Suara yang telah lama aku tidak dengar.

**********************
a/n: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!!~ nak minta maaf kalau selama ni ada buat silap. manalah tau kalau kalian semua tak suka dengan cerita ni kan ha sorry sangat-sangat (;-;) inshaAllah cerita ni akan jadi lebih menarik lagi lepas ni :) eheh selamat hari raya lagi sekali kekekeke jangan lupa vote!;)

Cinta MawarWhere stories live. Discover now