Bab 27

4K 118 9
                                    

"Don't touch my bra!!!"

Aku segera berlari ke arah Rayyan lalu dengan sepantas kilat tanganku merampas 'harta karun' ku yang dipegang oleh lelaki itu. "Berani awak pegang benda ni?! Awak tak ada rasa malu ke?? Ughhh!!!" kata aku lalu menyorokkan pakaian dalamku di celah-celah baju yang lain. Malunyaaaa!! Perlukah dia mengemas semua ini?

"What? Nanti bila kita kahwin pun sama aja kan? Lagi lebih aku dapat lihat, so cool okay?" ujar Rayyan sambil menjulingkan matanya ke atas lalu menyambung semula kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Baru sahaja tangannya yang bertuah itu hendak mencapai pakaian dalamku yang lain, aku segera menarik bagasi ku. Akibat perbuatanku yang sangat pantas, segala pakaian dalamku kini bertaburan di atas lantai.

Bola mataku hampir saja terkeluar melihat lantai bilikku kini dipenuhi dengan pakaian dalam yang berwarna-warni. Wajahku pula menjadi semakin merah berbanding dengan sebentar tadi. Mulut Rayyan terbuka luas. Tiba-tiba dia tersenyum lalu memandang wajah aku. "Wow."

"Keluar sekaranggggg!!!!" Aku menarik lengan Rayyan lalu menolak tubuhnya sehingga dia keluar dari bilik tidurku. Selepas Rayyan telah selamat keluar, aku segera menutup pintu bilikku dengan sekuat hati.

Mahu sahaja aku menangis di sini. Menangis sepuas hati kerana berasa sangat malu! Perasaan malu bercampur dengan bengang. Mengapa Rayyan perlu muncul ketika aku hendak keluar dari rumah ini? Mengapa Rayyan perlu membawa masuk semua bagasi aku ke dalam rumah ini semula? Mengapa Rayyan perlu mengemas kesemua pakaian aku? Mengapa Rayyan perlu menyentuh pakaian dalam aku? Mengapa Rayyan perlu melihat semua pakaian dalam ku yang berwarna-warni? Dan yang paling penting.... Mengapa aku perlu berjumpa dengan manusia seperti Rayyan?! Mengapa aku perlu berkenalan dengan manusia seperti Rayyan? Mengapa dia perlu muncul di dalam hidup aku??!!!

MENGAPA?!

Bayangkan jika kalian semua berada di tempat aku. Lelaki yang baru sahaja anda kenal tiba-tiba memegang pakaian dalam anda dan melihat semua pakaian dalam yang lain. Apakah perasaan anda? Suka? Gembira? Bahagia? Seronok? Marah? Sedih? Malu? Bengang?

Apa yang aku dah lakukan dalam hidup aku sehingga aku mendapat balasan sebegini?

"Hana, I'm so sorry okay? Aku cuma tak mahu kau pergi dari sini." kata Rayyan di balik pintu.

Aku segera mengutip segala pakaian dalamku lalu menyumbatnya ke dalam almari.

"Hana, please open the door. I need to talk with you." kata Rayyan lagi.

Aku melabuhkan punggung di birai katil. Apa yang harus aku lakukan pada Rayyan agar dia tidak mengganggu kehidupan aku lagi?

"Mawar Hana binti Abdullah, aku janji tidak akan menyentuh pakaian dalam kau lagi. Aku janji."

Sudah semestinya kau tak akan sentuh benda ni lagi.

"Lebih baik kau buka pintu ini sebelum aku menelefon orang yang bekerja di tempat agama islam tu.. Apa nama dia? Jais?"

HUh, macam berani je mamat tu. Dah sah lah jika dia menelefon mereka, dia juga yang akan terjebak. Yang berada di dalam rumah ini hanya aku dan dia. Maknanya dia lah yang harus berkahwin dengan aku nanti. Lainlah jika--- oh sebentar. Kahwin dengan aku? Rayyan kahwin dengan aku?

Apabila telah sedar, aku segera membuka pintu bilikku. Ada senyuman yang terukir di bibir Rayyan namun senyuman itu tiba-tiba berubah menjadi muka masam mencuka. "Nampak sangat tak mahu kahwin dengan aku." katanya lalu mengeluh.

"Saya cuma tidak mahu kena tuduh buat benda tak senonoh dengan awak. Tolonglah kalau mahu berkahwin pun saya tidak mahu berkahwin dengan cara ini." balas aku sambil menyilangkan tangan di dada. Wajahku dikerutkan.

"Oh bermakna kau mahu kita berkahwin dengan cara yang lebih sopan? Hm boleh boleh boleh. Esok kita pergi jumpa tok kadi ya?" usik Rayyan lalu mengenyitkan sebelah matanya.

Jujur dari hati; Ya Allah betapa kacak dan comelnya apabila Rayyan mengenyitkan matanya! Imanku telah berteraburan di atas lantai. Bagaimana hendak kutip semula? Aku yakin jika setiap hari Rayyan buat begitu, kemungkinan besar aku akan mengalami penyakit jantung.

Cerita bohong; Ee dia fikir dia sangat kacak? Tolonglah! Bangla jual ais krim lebih berkali ganda kacak dari dia! Huh, menyampah.

"Saya. Tak. Mahu. Kahwin!" Aku memandang mata Rayyan dengan pandangan yang paling tajam pernah aku lakukan. "Lebih baik awak pergi sekarang juga sebelum saya menjerit sekuat hati dan kata awak mahu merogol saya!" sambungku.

"Berani?" soal Rayyan. Dia menyandarkan tubuhnya di bingkai pintu sambil tersengih.

Oh, cabar aku ya?

Dengan kiraan satu, dua dan tiga aku segera menjerit sekuat hatiku. Sengihan di wajah Rayyan kini bertukar menjadi cemas. Dia segera menekup mulutku menggunakan tangannya.

"Kau ni gila ke?! Bagaimana jika jiran dengar nanti?"

Aku hanya menjulingkan mataku ke atas. Padan muka! Siapa suruh tidak percaya?

*******
an; sorry dapat update sikit je sebab tengah final exam dari 18 oct hingga 2 november. so sampai 2 nov lah tak dapat update ya.. sorry :(
jangan lupa vote!;)

Cinta MawarDonde viven las historias. Descúbrelo ahora