Bab 4

82 19 0
                                    

Bila minggu bertugas ni, sungguh letih. Tak terkejar masa dia. Budak lain pagi-pagi steady, aku pula pagi-pagi dah mandi peluh. Nak buat macam mana. Banyak jawatan yang aku sandang pada tahun ni berbanding tahun lepas. Dua kali ganda. Memang besarlah tanggungjawab aku nak kena jalankan. Tak buat nanti dikira berdosa. Tak pasal-pasal nanti aku tak terjawab dekat akhirat. Nauzubillahi min zalik... Mudah-mudahan aku dijauhkan dari sifat yang suka mengelat daripada menjalankan tanggungjawab.

Mana tak nya, pagi-pagi lagi aku dah kena bertugas di depan pintu pagar dan meronda pada waktu rehat nanti. Lepas tu, nak kena menghantar kerja-kerja kat bilik guru lagi, sudahlah bilik guru sekolah ni ada dua. Jauh pula tu beza jaraknya. Memang lenguhlah kaki dibuatnya. Dengan persatuan silat aku lagi nak kena uruskan. Fiuhh, letih mak...

Itu pun mujurlah ada seorang dua guru yang bertimbang rasa dengan aku. Beri aku sedikit masa agar dapat jalankan tanggungjawab aku dengan sempurna. Terima kasih, cikgu. Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayatku.

Loceng yang berbunyi nyaring menandakan bermulanya waktu persekolahan. Jam di pergelangan tangan aku di jeling. Ada berbaki masa 20 minit lagi. Di sekolah ini, kalau pengawas yang bertugas akan diberi masa 20 minit untuk berada di dalam kelas.

Lokasi terakhir sebelum masuk kelas ialah bilik guru lama. Aku kena serahkan buku rekod kehadiran persatuan silat yang hadir pada minggu lepas kepada Cikgu Syakir. Dan seterusnya ambil buku rekod kehadiran kelas sekali. Alang-alangkan. Nanti hanya kehadiran keseluruhan pelajar biarlah ketua kelas yang tolong tuliskan pada papan kenyataan sekolah.

"Eh, Syaz! Sini kejap, tolong cikgu ya," Cikgu Firdaus memanggil nama aku.

"Ya, cikgu. Cikgu nak minta tolong apa tu?" soal aku sambil menjeling sekilas pelajar lelaki yang duduk di kerusi depan Cikgu Firdaus.

"Tolong tunjukkan Danial kelas kamu berdua. Dah alang-alang kamu ada dekat sini. Dia pelajar baru. Jadi nanti suruh dia perkenalkan diri dulu. Lepas tu, nanti tolong bagi tahu Shahrul suruh dia pindah tempat duduk. Bagi Danial duduk sebelah kamu ya. Baiklah, ada apa-apa soalan?" arah Cikgu Firdaus padaku sebelum menanyakan soalan.

'Hrmm, tak sangka pula mulut si Diana tu masin. Pagi-pagi lagi dah terpaksa jadi Dora Explorer untuk mamat ni,'

"Err, kenapa dia kena duduk sebelah saya, cikgu?" soal aku teragak-agak.

"Oh, abang dia Haidar, minta tolong cikgu. Kalau boleh dia nak Danial duduk sebelah kamu. Katanya, kamu berdua ni dah kenal. Jiran kan? Senang nak minta tolong atau tanya apa-apa nanti," jelas Cikgu Firdaus padaku.

"Oh, okay lah kalau cikgu kata macam tu. Kalau begitu, saya minta diri dulu ya, cikgu," aku meminta izin balik ke kelas.

"Oh, ya! Sebelum cikgu terlupa. Nanti masa kelas cikgu, cikgu tak masuk. Cikgu tak ada, pergi kursus. Cik Yana nanti akan gantikan kelas saya. Ni kerja untuk latihan hari ni. Sikit je. Kalau sudah siap semua, suruh ketua kelas hantar letak atas meja cikgu. Jangan bising pula masa saya tiada. Okay, tu saja. Kamu berdua boleh balik ke kelas," ujar Cikgu Firdaus sambil menghulurkan satu kotak bersaiz A4 pada ku.

"Baiklah, cikgu,"

Sejurus keluar bilik guru, Han tarik sikit tudung di belakang aku.

"Ishh, apa ni main tarik-tarik tudung orang. Kot iya pun nak panggil orang, sebut lah nama," jeling Syaz sekilas. Kotak bersaiz A4 tadi diletakkan di atas kerusi di luar bilik guru. Tudungnya yang sudah terkebelakang sedikit dia betulkan.

"Macam mana kau boleh kenal abang aku? Apa hubungan korang berdua sebenarnya?" tak ada mukadimah, terus saja Han serang dengan soalan-soalan padanya.

"Abang Haidar tu abang angkat aku lah. Kenal dari Instagram. Apa hal kau tiba-tiba tanya? Takkan abang kau tak ada cerita apa-apa dengan kau pasal aku?" balas aku pada soalannya.

"Abang, abang... Geli telinga aku. Panggil nama sudah lah. Gedik," sinis Han berkata sebelum mengangkat kotak tadi.

'Ishh... suka hati dia je kutuk aku gedik. Kalau jeles tu cakap lah. Main kutuk-kutuk pulak,'

"Woii, Kak Lang! Kalau iya pun nak kutuk aku, kutuk je lah dalam kelas nanti. Sekarang ni, tunjuk dulu jalan ke kelas kau arah mana," bidas Han lagi.

'Kak Lang, what?! Aishh, ingat aku bodoh ke?! Kak Lang atau lebih spesifiknya adalah Hantu Langsuir. Kurang asam betul! Ini betul-betul dia nak aku isytiharkan perang ni. Okay, fine! Mulai sekarang kau, aku, kita perang!'

"Huh?! Cari lah sendiri kelas kau kat mana. Dasar Bahenol anak Si Nopal," kau gelarkan aku Kak Lang, aku gelarkan kau Bahenol. Sesuai dengan perangai kau yang bengong tu.

"Kau...!!!"

Syaz HansWhere stories live. Discover now