Bab 7

66 20 0
                                    

Pulang saja dari sekolah, aku pantas masuk bilik air. Mandi. Bagi basahkan badan dan hati aku supaya sejuk sedikit. Kalau tidak, mahu menggelegak serasa nak keluarkan 'larva' saja. Setelah itu, aku turun bawah untuk makan petang. Lapaq wehh...

Baru saja tangan aku mahu ambil pinggan, ibu menahan aku.

"Kenapa tak boleh, ibu? Syaz lapar ni,"

"Pergi panggil Han dulu. Ajak dia makan. Kita makan sekali," arah Puan Zainab.

"Apasal pulak nak ajak dia makan sekali ibu? Dia kan ada rumah sendiri. Pandai-pandailah dia nak cari makan. Kalau dia lapar sekali pun, boleh je order dari Food Panda tak pun Grab Food. Apa susah sangat?" soal aku tak puas hati.

"Ish, kalau ibu suruh panggil tu, pergi jelah buat. Banyak pulak alasannya. Lagipun, dia pun anak angkat ibu. Abang Haidar kamu tu ada minta tolong supaya ibu dengan babah tengok-tengokkan si Han masa dia bekerja. Dah, sekarang ni kamu pergi sarung tudung, ajak dia makan sekali," tegas Puan Zainab dengan menjengkilkan matanya apabila melihat tingkah laku aku yang mengada-ngada.

Patuh dengan arahan ibu walaupun terpaksa, aku tetap berlalu panjat tangga mengambil tudung sarung di bilikku. Dengan Si Bahenol tu tak perlu tak lawa-lawa. Last-last, Kak Lang jugak dia panggil aku. Huh?! Biadap.

"Bahenol! Oh, Bahenol!" tanpa beri salam, nama gelarannya aku jerit.

"Woi, bisinglah Kak Lang! Mana adab datang rumah orang, hah?! Tak belajar tauhid ke dulu kat sekolah agama?" bidas Han lantang.

Cis, tak guna betul! Boleh dia kenakan aku balik.

"Kau pun apa kurangnya. Dah lah buka pintu rumah tak pakai baju. Pakai seluar hitam pendek paras lutut. Dulu sekolah agama tak belajar pasal aurat lelaki ke, hah?!" bidas aku kembali.

"Siapa suruh kau tengok? Kau datang ni, apa kau nak?" soal Han kasar dengan sengaja mengusutkan rambut depannya.

Heh?! Kau ingat kacak lah kau gaya macam tu? Hensem lagi abang Haidar aku lah. Haii, sebut namanya saja boleh buatkan hati berdebar-debar. Dah lah kerja doktor. Sesuai sangatlah buat jadikan menantu pak cik Zainuddin dengan mak cik Zainab berdanding si Bahenol ni, huh?!

"Ibu aku ajak kau makan sekali dekat rumah. Cepatlah sikit. Aku lapar gila dah ni," jawab aku tanpa basa basi.

"Cun! Aku pun memang tengah lapar jugak ni. Jimat duit aku," ujar Han seraya mencapai baju jersi bolanya. Pintu rumahnya dikunci. Kemudian dia merapati aku menuju ke rumah aku.

"Tak malunya muka," gumam aku perlahan.

"Senyap lah kau. Ingat aku tak dengar kau kutuk aku?"

"Memang sengaja nak bagi kau dengar pun," aku menjelirkan lidah.

"Hodoh," kutuk Han lagi.

"Kau pun, apa bezanya," ujar ku tersenyum sinis.

"Hah, datang pun. Ibu ingatkan Han tertidur. Dah, jom kita makan. Syaz, sendokkan nasi," arah Puan Zainab.

"Baik, ibu,"

"Terima kasih, ibu. Buat susah-susah je ajak Han makan kat sini," ucap Han ikhlas.

"Sama-sama. Tak ada susahnya lah. Kamu dengan Haidar tu, ibu dah anggap macam anak ibu sendiri. Jadi kalau Han ada apa-apa nak minta tolong, panggil je ibu dengan babah ya. Jangan segan-segan," ucap Puan Zainab.

Tak adanya Bahenol ni nak segan, ibu. Munafik je tu semua. Taubat perangai dia ni akan selama-lamanya 'bangang abadi'.

"Mana babah, ibu? Aril pun tak nampak bayang?" soal Han sambil menjeling aku sekilas. Confirm dia tahu aku tengah kutuk dia dalam hati. Ahh, lantak laa... Asal aku kenyang makan masakan ibu. Sedapnya, Ya Tuhan...

"Babah keluar pergi pancing ikan dengan kawan lama dia kat sungai. Aril pulak macam biasa lah, sibuk training bola sepak. Tinggal je lah ibu dengan si Syaz berdua je dalam rumah ni," jelas ibu.

"Oh, patutlah. Emm, sedapnya masakan ibu. Tiba-tiba rindu pula dengan masakan mommy. Rasa dia sama macam ibu masak," puji Han. Ada sedikit getaran di sebalik suaranya. Mungkin sedih.

"Lah, kenapa mommy tak ikut sekali hantar kamu dengan Haidar ke sini hari tu? Kalau tidak, boleh ibu berkenalan dengan mommy kamu. Mana tahu boleh kamceng, kan," kata Puan Zainab gembira.

"Nak buat macam mana ibu, ajal mommy dah sampai dulu," ucap Han tersenyum pahit.

"Ya Allah, ibu minta maaf. Ibu tak tahu. Tak apa lah, Han. Lepas ni, kalau Han teringin nak makan apa-apa bagitau je ibu. Ibu akan masakan semuanya untuk Han ya," pujuk Puan Zainab.

"Terima kasih sekali lagi, ibu," ucap Han terharu.

"Sama-sama, Han," balas Puan Zainab.

Mendengar ayat Han, automatik aku mula pasang telinga. Tapi sayangnya, dia hanya senyap tunduk kepala meneruskan makan makanannya. Sekilas aku melirik memandangnya. Nampak sedikit warna merah di matanya. Tiba-tiba dia angkat kepalanya dan memandang aku. Di jelingnya aku tajam sejam mata pisau yang baru di asah.

Huh?! Masih dengan egonya. Baru je aku acah-acah nak jadi kawan yang prihatin. Sedia menadah telinga untuk mendengar keluhan dia. Alih-alih, jelingan pula yang dia dapat. Hampeh betul.

Syaz HansWhere stories live. Discover now