Bab 5

78 20 0
                                    

Oh My Allah! Kenapa dalam 30 orang pelajar dalam kelas ni, aku perlu berpasangan dengan Si Bahenol tu?! Sahlah, pasti aku kena buli dengan Si Bahenol tu untuk siapkan semua kerja ni seorang diri nanti. Oh, tidak! Abang Haidar! Tolong Syaz... Rintih hati ku.

Ahh, aku tak kira! Aku kena jumpa juga dengan Cik Yana Singa tu pulang sekolah nanti. Sebelum ni elok je aku selalu berpasangan dengan Diana. Kenapa tiba-tiba Cik Yana Singa tu nak dengar kata Si Bahenol tu?! Adakah sebab alasan yang direka oleh Si Bahenol tu? Sumpah, tak masuk akal gila.

"Cikgu Yana... Boleh tak kalau saya berpasangan dengan Syaz? Bukan apa, saya cuma kenal dia sorang je dalam kelas ni. Lagipun, rumah kami dekat. Senang nak discuss. Dia pun boleh tunjuk ajar pada saya kalau saya perlukan bantuan," bodek Han dengan memberi ayat 'dramatik' nya pada Cik Yana Singa.

Perghh... geli siak dengan Si Bahenol ni. Kaki bodek betul. Macam perempuan. Banyak lah kau punya minta tunjuk ajar ya. Umur dah besar gajah. Aku bagi ajaran sesat nanti pada kau, siaplah kalau tak ikut. Aku sunat kau sekali lagi.

"Apa hal tengok aku macam tu? Tak puas hati?" sinis Si Bahenol menyoal.

"Huh?! Senyap lah kau, Bahenol," jeling aku tajam.

"Kk... Kau?!"

"Hah, Bahenol?! Siapa Bahenol?!" soal Diana menyampuk.

"Ni lah orang sebelah aku ni. Siapa lagi kalau bukan dia," balas aku geram.

"Habis tu, kau tu Hantu Langsuir. Kerja asyik nak mengilai je," bidas Han tersenyum sinis.

"Hei, kenapa bergaduh tiba-tiba ni? Semalam elok je kan?" pelik Diana memandang kami silih berganti.

Soalan Diana dibiarkan berlalu di bawa angin taufan yang telah dicipta antara aku dan Si Bahenol. Diana pula hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tidak mengerti dengan situasi yang berlaku antara kami berdua.

Tiba-tiba Adam, Hairul dan Jaafar maju rapat ke meja Han. Termasuklah geng perempuan yang sotong. Iya lah, tadi selepas Han memperkenalkan dirinya, diorang semua tidak sempat nak berkongsi cerita dengan Han sebab Sir Fathi dah mulakan pembelajaran.

Selesai saja sesi berkenalan antara satu sama lain, Ara mulai merapat dengan Han.

"Hi, Danial. Nama I, Ara. Ermm, tuliskan nombor telefon you ehh. Nanti boleh I masukkan dalam group kelas," ucap Ara dengan suara buat-buat manja sambil menghulurkan sticky note dan pen pada Han.

Aku dengan Diana usahkan mahu termuntah dengan reaksi Si Ara tu, kaki ni rasa ringan je nak menapak ke mukanya. Euww... ni lah baru boleh dikatakan 'gedik tahap gaban'. Sotong.

"Aku tak ada telefon. Sorry," balas Han dengan gaya menganjing Ara.

Pfttt... Malu siakk... kena reject depan-depan. Hahaha. Siot betul perangai Si Bahenol ni. Kalau tak suka dengan orang tu, tak ada cover-cover langsung. Direct wehh... Bukan setakat saham je jatuh, silap hari bulan maruah pun boleh jatuh oleh orang yang macam Han ni. Jangan main-main dengan dia.

"Bro, kau dah berpunya ke? Gaya macam menjaga hati awek je," soal Jaafar tersengih.

"Ni lah awek aku. Kau ingat aku ni jenis suka-suka nak duduk sebelah perempuan?" ucap Han santai sambil menjeling sekilas ke arah arah aku.

Dengar saja ayat yang keluar dari mulut Si Bahenol tu sumpah tekak aku terasa gatal. Rasa nak muntahkan segala isi perut yang baru aku melantak tadi.

"Ehem... Diam-diam kau cucuk jarum eh. Tak bagi tahu aku pun. Class kau nyah..." bisik Diana mencucuk-cucuk pinggang aku sambil mengenyit matanya sebelah.

"Kau nak makan penumbuk aku cakap. Tak perlu nak segan silu nak bagi tahu," kecik besar, kecik besar je aku tengok Si Diana ni. Tak pasal-pasal jadi bahenol kang kejap lagi.

Syaz HansWhere stories live. Discover now