Bab 11

67 20 0
                                    

Hari ni dia tak pernah rasa segembira ini. Sepetang dia bersama Syaz. Sungguh dia tidak percaya yang dia sudah punya kawan. Kalau dulu, hrmm... Jangan haraplah dia akan punya kawan. Semuanya berpunca daripada sebaris nama. Arshaq Rayyan. Di sebabkan nama itulah, terjadinya peristiwa hitam di dalam hidupnya. Sumpah, dia takkan sesekali lupakan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidupnya dulu. Huh?! Bila ingat kejadian dulu, sungguh hatinya masih terasa perit dan sakit. Pedih sangat-sangat.

Dalam perjalanan ke rumah, hatinya tiba-tiba terasa lain. Namun, dia cuba positifkan fikirannya. Ingatkan hendak dekat maghrib ini, dia ingin solat di rumah Syaz saja. Solat berjemaah bersama-sama keluarga Syaz. Tak perlu lah dia ulang-alik ke rumahnya.

Tapi siapa sangka, hatinya tadi yang terasa lain macam itu memang membawa petanda buruk. Kereta warna hitam di hadapan rumah Syaz. Dia amat cam kereta itu. Baru saja dia ingin buka mulut, Syaz pula melihat telefonnya. Mungkin ingin buka mesej yang baru diterimanya.

"Han. Kau... okay?"

Soalan Syaz membuatkan dia terdiam seketika.

"Erm, Syaz... Aku rasa aku kena balik rumah aku dulu lah," aku meminta diri terlebih dahulu kerana ingin mengelak daripada menjawab soalan Syaz.

"Err, okay... Tapi nanti makan malam kau datang kan?"

Sekali lagi Syaz ajurkan soalan kepadanya. Dia jawab dengan anggukkan kepala perlahan. Mendengar suara Syaz yang memberi salam, maka tahu lah dia bahawa Syaz sudah masuk dalam rumahnya.

"Ehem... Takkan nak blah macam itu saja kot. Tak nak jumpa ke daddy kau kat dalam rumah tu? Dia dah rindu sangat dah dengan 'anak kesayangan' dia sorang ni,"

Suara tu. Shit! Aku sudah agak parasit macam dia ni pasti akan terus ganggu hidupnya sampailah apa yang dia mahu itu tercapai.

Tubuh badan aku pusingkan ke belakang menghadap parasit keji itu.

"Heh?! Kalau aku jumpa atau tidak pun, jadi masalah pada kau ke?" sinis aku membalas.

"Well, aku lupa. Yang nak jadi anak derhaka itu kan kau. Buat apa aku nak sibuk-sibuk kan," senyuman sinis terukir.

Tangan mula mengenggam kuat sehingga keluar urat-urat di lengannya apabila mendengar suara api-api yang keluar daripada mulut parasit di hadapannya ini.

"Oh, ya! Perempuan tu. Hmm, cantik. Kalau aku dengan dia, mesti sesuai, kan? Bagai pinang di belah dua. Pendapat kau pulak macam mana? Ermm, nama dia Syaz kan? Nur Syazra Imani? Betul tak?"

Mendengar nama penuh Syaz yang keluar dari mulut parasit, langsung membuatkan hatinya mendidih. Kolar baju parasit itu dicengkamnya kuat.

"Kalau kau rasa teringin nak makan penumbuk aku, kau cakaplah lagi. Kau dengar sini. Sekali lagi kau bersuara depan aku, aku tak teragak-agak nak bagi makan penumbuk aku," aku bisik di telinganya memberikan amaran keras.

"Woo, woo... Chill, lah. Kau ingat aku kejam sangat ke nak rampas hak kau. Ops, silap! Dia bukan official lagi kan jadi awek kau. So, tak jadi masalah pun kalau aku jadikan dia girlfriend aku, kan?"

Senyuman keji itu. Senyuman yang pernah dilemparkan padanya suatu ketika dahulu.

"Kalau kau sayang dekat adik perempuan kau, kau cuba lah cari pasal dengan aku. Kau tahu apa aku boleh buat, kan? Setakat budak perempuan 5 tahun tu, petik jari sajalah kalau aku nak buat sesuatu,"  ugut Han.

"Kk.. Kau! Kau jangan sesekali berani sentuh atau jentik pun tubuh adik perempuan aku. Kalau kau cuba apa-apa kan dia, aku berani sumpah hidup kau akan gelap buat selama-lamanya," keras suara Arshaq menarik baju Han ke depannya.

"Heh?! Kenapa? Kau takut ke kalau terjadi apa-apa dekat adik kau? Sayang jugak kau kau ni dengan adik perempuan kau tu. Aku ingatkan perangai parasit macam kau ni tak ada perasaan. Sebab setahu aku, kau ni cuma tahu hendak menghancurkan kehidupan orang saja," senyuman sinis terukir di bibir.

Tangan Arshaq yang masih menggenggam bajunya di tepis kasar sebelum dia berlalu masuk ke dalam rumahnya.

Syaz HansWhere stories live. Discover now