Bab 1

15.7K 740 38
                                    

    "Arghh!!" Kedengaran seorang lelaki menjerit akibat disepak perutnya sehingga bermuntahkan darah. Di hadapan beliau, ada seorang lelaki yang bermata biru mula merendahkan tubuhnya yang tegap itu lantas mula bertanya kepada beliau,

"Tell him or... you'll never exist in this world! "

Walaupun diugut, lelaki yang diseksa tadi tetap berkeras diri daripada bersuara dan ini membuatkan semua lelaki di situ naik angin kepada dirinya.

"Bos,amacam?" Salah seorang lelaki yang mendera lelaki tadi mula bersuara. Dia sebenarnya sudah tidak sabar dengan agenda seterusnya.

Masyuk!

Kerusi yang daripada tadi membelakangkan mereka mula berpusing perlahan lahan menghadap ke arah mereka yang sedang menyeksa. Terlihat seorang lelaki yang berwajah gerun berserta dengan pandangan helang di matanya itu mula bersuara,

"Hm.. cut his nails."

Takut?

Dia, Tengku Azriel Mikael. Ketua daripada kumpulan Mafia The Matrix Higher. Dengar saja namanya pasti orang awam akan lari bertempiaran. Dia juga dikenali sebagai The Killer of Matrix Higher, baginya kematian seseorang yang dia benci memang tertulis pada tangannya.

Lelaki bermata biru mula akur dengan arahan yang diberikan oleh tuannya. Dia mula mengambil sebilah pisau Rambo yang tajam lalu mengkikis kikis kuku mangsa nya tadi tanpa berasa sedikit pun belas kasihan.

"ARGHHH!! AKU... BAGI.. TAU!!" tempik mangsanya kuat sambil menahan kesakitan yang teramat kerana kukunya sudah tidak serupa kuku. Azriel mula mengangkat tangannya menandakan cukup. Dengan serta merta, lelaki bermata biru tadi menghentikan kelakuannya.

"Raynolds... dia nak lan.. carkan serangan dekat... kau!" kata mangsa nya tadi dengan terketar-ketar akibat sakit yang dialaminya sebentar tadi dan juga takut akan kemarahan orang yang ada dihadapannya tika ini terpapar.

"Dia nak lawan bos kitorang!? heh, tah-tah tak lawan lagi dah mati dulu.." perli seorang lagi lelaki yang juga dikenali sebagai Carl, pembantu tinggi di dalam kumpulan The Matrix Higher.

"Hmm.."

Azriel Mikael, beliau mula bangkit daripada duduknya lantas berjalan perlahan-lahan mengelilingi mangsanya. Melihat akan dirinya seakan singa yang sedang kelaparan yang sedang menghidu santapannya. Tangannya mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya dan dihalakan ia ke arah lelaki yang melutut dihadapannya,

"Adios."

Mungkin dari luaran nampak macam beku tetapi ada masa kepanasannya datang. Kau cari pasal kau mati.

Ya,dialah Tengku Azriel Mikael

"manda i miei saluti al diavolo quando raggiungerai l'inferno "

(give my greetings to the devil when you reach hell)

.
.
.

.
.

    "Bhaa!!" seorang gadis tidak bertudung mengejutkan rakannya yang sedang berjalan seorang diri daripada tadi.

"Ya allah,terkejut aku!!" ujar gadis yang dikejutkan oleh rakannya tadi. Mawar Natasha, sepupu kepada gadis yang terkejut akibat gurauannya tadi mula ketawa besar sambil berkata dengan nada mengejek,

"Ahahahha... bapak buruk muka kau ayra!".

Nur Ayra Natasha, sepupu kepada Mawar inilah yang dikejutkan oleh mawar tadi. Ayra mula mengurut dadanya perlahan-lahan supaya tenang sedikit daripada kejutan tadi.

"Astaghfirullah.. kau ni, terkejut aku kau tau!?" ujar Ayra sambil memukul perlahan bahu milik mawar manakala mawar masih dalam tawanya.

"Hurm... tak tau!" Dia menyambung kembali tawanya. Ayra pula membulat kan matanya sedikit lalu menggelengkan kepala perlahan.

Baru saja Ayra berpaling ke hadapan, tiba-tiba matanya tertangkap wajah abangnya sedang menatapnya dengan tajam.

"Eh, mawar! Lebih baik kau balik dulu" bisik Ayra perlahan. Hatinya sudah berasa tidak sedap apabila melihatkan pandangan abangnya sebegitu. Mesti ada sesuatu yang berlaku.

"Oh abang kau ke? ok..ok". Mawar terus memusing badannya lalu beredar dari situ. Dia sendiri takut dengan abang si Ayra tu, selalu pukul cousin aku ni sorang.

Debaran masih didadanya. Tanpa berfikir panjang, Ayra terus naik ke rumahnya tanpa menyoal apa apa.

.
.
.
.

"Assalamualaikum."

Ayra mula melangkah ke dalam rumah dengan debaran yang penuh di dada. Kakinya mula menggeletar kerana ketakutan.

Tiba tiba, tanpa angin tanpa ribut seorang lelaki berusia 40-an mula menarik rambut Ayra kuat.

"AHH!"

"Kau keluar dengan jantan mana pulak,hah!?" tempelak Encik Afzal, kuat. Dia ialah ayah tiri Ayra yang sememangnya suka menderanya daripada dulu.

"Ayra keluar dengan mawar.." ucap Ayra, ketakutan berserta kesakitan.

"Ahh,alasan! tadi abang kau nampak ada jantan rempit mana ntah hantar kau balik!!"tempelak Encik Afzal lagi,timbul segala urat di wajahnya akibat kemarahan yang melampau.

"Abang tipu!!adik...." tak habis lagi Ayra berkata-kata abangnya iaitu Hazim terus memotong,

"Alamak aii, dah buat dosa tak nak mengaku! kau tu pembunuh, takde siapa yang akan percaya kau lagi dah...ayah!ayah sebat je dia ni,
Biar dia sedar sikit siapa diri dia!!!"ujar Hazim, kuat. Ayra memandang Hazim tidak percaya.

Apa semua ni!?

Encik Afzal terus mencengkam rambut Ayra lalu menarik ke dalam bilik Ayra. Dia bertempik keras kepadanya,

"Kau memang tak guna!! sini kau!"

'Bukk!!'Ayra terjatuh di atas katil, terasa sakit kakinya akibat terseliuh. Dia mula mengerang kesakitan.

"Ayah..ayra tak nak..sakit ayah!!!!" rayu Ayra bersungguh-sungguh. Dia mula melutut di hadapan encik Afzal serta merta.

Encik Afzal abaikan rayuan tersebut. Dia mula menarik tali pinggang dari pinggangnya lalu diangkat setingginya dan..

'Zasss!!!" bunyi libasan tali pinggang berkali-kali melekat pada belakang tubuh halus milik Ayra..

"Arghhh!!!"Ayra menjerit kuat, kesakitan. Air matanya laju saja menurun membuatkan dirinya semakin terasa kesakitan. Dadanya berdegup kencang dan dia merasakan dunianya seakan terhenti. Hazim pula daripada kejauhan sudah tersenyum sinis, kau cari pasal dengan aku sangatkan semalam? memang layak kau kena.

HAHAHAHA!!
.
.

.

7:31a.m
Selasa

(TBC)

MY TRAVIESO HUSBAND (OG)Where stories live. Discover now